1. Kesan negatif daripada kekurangan personaliti dalam keperibadian seseorang pada amalan kerohanian
Ada ungkapan dalam kitab-kitab kuno yang mengatakan bahawa:
Seperti yang kita lihat dalam bab-bab sebelumnya kekurangan personaliti/ keperibadian seseorang itu adalah bertanggungjawab untuk ketidakbahagiaan seseorang, sedangkan keperibadian yang berkualiti/sifatnya menyumbang terhadap kebahagiaan dan kepuasan seseorang. Kekurangan dan kualiti personaliti seseorang juga memberi impak/kesan kepada masyarakat khususnya jika seseorang berada dalam kedudukan untuk mempengaruhi masyarakat. Hari ini dengan populariti Internet dan media sosial, skop bagaimana seseorang boleh mempengaruhi orang lain di seluruh dunia telah meningkat secara dramatik. Kekurangan personaliti secara umumnya mengakibatkan seseorang dan orang lain berasa ketidakbahagiaan dan juga memberi kesan kepada sikap seseorang terhadap kehidupan. Walau bagaimanapun, selain daripada ketidakbahagiaan, juga terdapat kesan kerohanian terhadap kekurangan personaliti. Mari kita lihat apa yang berlaku pada seorang pencari yang cuba mengamalkan ilmu Kerohanian tetapi memiliki banyak kekurangan personaliti.
- Kekurangan penumpuan: SSRF mencadangkan Jalan kerohanian rahmat/anugerah Guru yang mempunyai 8 langkah dalam amalan kerohanian. Walaupun mengucap/mencanta (chanting) nama Tuhan adalah asas bagi jalan kerohanian ini, akan menjadi sukar untuk mencipta sebuah pusat canta (centre of the chant) (pusat ibadat/pengabdian) dalam minda bawah sedar (subconscious mind) kerana ianya sudah penuh dengan kekurangan personaliti/keperibadian dan ego. Disebabkan oleh pelbagai kekurangan personaliti seorang pencari tidak dapat menumpukan perhatian kepada canta (chant) yang beliau mengucap. Malah disebabkan oleh kekurangan personalitinya, seseorang mendapati sukar untuk menumpukan perhatian kepada apa-apa jenis amalan kerohanian.
- Tidak boleh bersatu dengan Tuhan: Matlamat utama amalan kerohanian adalah untuk bersatu dengan Tuhan. Walau bagaimanapun seperti setitik minyak tidak boleh bercampur dalam air kerana sifat asasnya memang berbeza, begitu juga, bagi orang yang mempunyai banyak kekurangan personaliti, adalah mustahil untuk bersatu dengan Tuhan yang sempurna dan penuh kesucian.
- Tidak ada kepuasan daripada amalan kerohanian: Seorang pencari yang mempunyai banyak kekurangan keperibadian dan ego yang tinggi tidak boleh mendapat kepuasan daripada amalan kerohanian kerana sifat (semula jadi) negatifnya akan sentiasa merintangi.
- Kawalan tenaga negatif: Seorang pencari seperti itu sangat mudah akan terpengaruh dan bahkan lebih dikawal oleh tenaga yang berbahaya dari dimensi kerohanian kerana mereka mengambil kesempatan daripada pelbagai kekurangan personaliti dan ego.
- Mengurangkan keupayaan untuk amalan kerohanian: Kesalahan yang dilakukan oleh seorang pencari disebabkan oleh kekurangan keperibadian dan ego mengurangkan tenaga yang diperoleh melalui amalan kerohanian, dan keupayaan dan kecekapannya juga habis.
2. Keutamaan untuk menghilangkan kukurangan personaliti dalam amalan kerohanian
Disebabkan oleh semua sebab-sebab di atas, para pencari dengan banyak kekurangan personaliti tidak mencapai kemajuan dan terjebak dalam kitaran kelahiran dan kematian.
Untuk alasan inilah maka Yang Mulia Dr Athavale memberikan bimbingan seperti berikut
‘Untuk kemajuan kerohanian, adalah penting untuk menghilangkan kukurangan personaliti (PDs) dan ego. Apa sahaja jalan (path) yang diikuti oleh pencari seperti Jalan Tindakan/Perbuatan (Karmayoga), Jalan Pengabdian (Bhaktiyoga), Jalan Ilmu (Dnyanyoga), Jalan Latihan Fizikal & Kawalan bernafas (Hathayoga), Jalan Kundalini (Kundaliniyoga), dan sebagainya. Orang-orang di era sebelumnya iaitu Satyayug, Tretayug dan Dwaparyug secara relatifnya mempunyai sedikit PDs (Kekurangan Personaliti) dan ego. Dalam era semasa Kaliyug ini, kebanyakan orang tidak mengalami kemajuan kerohanian kerana PDs dan ego mereka yang teruk. Oleh yang demikian, seorang pencari yang mengikuti amalan kerohanian mana-mana jalan, harus memberikan kepentingan kepada penghapusan/penyucian kekurangan personaliti dan ego.’
– (Guru Paratpar) Dr Jayant Athavale
(28 Mei 2015)
8 Langkah amalan kerohanian berdasarkan Jalan rahmat/anugerah Guru meliputi:
- Menghilangkan/Menyucikan Kekurangan Personaliti
- Satseva: Berkhitmat untuk Kebenaran Mutlak
- Naam: Mencanta/mengucap Nama Tuhan
- Satsang: Berada dalam perkumpulan Kebenaran Mutlak
- Tyag: Pengorbanan untuk mencapai Tuhan
- Priti: Kasih sayang kerohanian untuk semua
- Bhavjagruti: Membangkitkan kesedaran emosi kerohanian
- Pelenyapan Ego
Sehingga kini, bagi pemula dalam amalan kerohanian keutamaan yang lebih penting telah diberikan kepada ‘Naam‘, ‘Satsang‘ dan ‘Satseva‘ antara 8 langkah-langkah amalan kerohanian. Namun sesuai dengan era saat ini dan menyedari kepentingan menghilangkan/menyucikan PDs dan ego, pencari harus mencuba untuk menjalankan amalan kerohanian dalam urutan yang berikut, iaitu, ‘Menghilangkan/Menyucikan Kekurangan Personaliti’, ‘Satseva‘, ‘Naam‘, ‘Satsang‘, ‘Tyag‘, ‘Priti‘, ‘ kebangkitan emosi kerohanian dan ‘pelenyapan ego. Apabila seorang pencari dengan ikhlas melakukan ‘penghilangan/penyucian kekurangan personaliti dan ‘penghilangan ego’ sebagai amalan kerohanian bersama-sama dengan lain-lain bentuk amalan kerohanian, kemajuan kerohaniannya yang cepat akan terjamin.