1. Kemampuan dan Ketidakmampuan seseorang untuk menangani tekanan
Di bahagian ini, untuk menggambarkan bagaimana kita menangani tekanan, kami telah mempamirkan dua gambar. Dalam gambar di bawah, kami menunjukkan seorang lelaki yang memikul 4 beban yang besar.
Setiap beban yang dibawa oleh lelaki itu berkaitan dengan masalah-masalah berikut dalam kehidupan:
- Anak Perempuan mengabaikan pengajian/pembelajaran
- Pertengkaran dengan pasangan
- Anak lelaki sedang sakit
- Masalah kewangan
Minda bawah sedar (subconscious mind) boleh menampung kebimbangan hanya sehingga ke tahap tertentu. Ini bergantung kepada kuantiti, intensiti dan tempoh masa masalah yang sedang dihadapi. Seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1A, orang ini mampu mengekalkan sikap dan cara bertindak dengan masalah/isu-isu dalam kehidupannya kini.
- Anak Perempuan mengabaikan pengajian
- Bertengkar dengan pasangan
- Anak lelaki sedang sakit
- Masalah kewangan
- Penambahan satu lagi masalah yang menjadikan kesemua bebanan tidak dapat ditanggung lagi – Tidak mendapat kenaikan pangkat / hilangtelefon bimbit.
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1B, apabila kebimbangan mula memuncak kerana masalah tambahan seperti tidak mendapat kenaikan pangkat, manifestasi klinikaltekanan menjadi jelas. Di sini, ‘tidak mendapat kenaikan pangkat’ menjadi masalah tambahan yang menjadikan kesemua bebanan tidak dapat ditanggung lagi, lantas membawa seseorang kepadakeadaan fikiran negatif seperti kemurungan. Situasi ‘penambahan satu lagi masalah yang menjadikan kesemua bebanan tidak dapat ditanggung lagi’ boleh berbeza dari individu ke individu berdasarkan kepada personaliti mereka. Ia boleh menjadi sesuatu yang lebih besar seperti tidak mendapat kenaikan pangkat atau sesuatu yang lebih kecil seperti hilangtelefon bimbit seseorang. Kedua-dua hal tersebut boleh membawa seseorang kepada titik penghujung sehingga kepada tahap kemurungan. Orang lain mungkin berfikir bahawa reaksi orang ini tidak berkadar dengan masalah yang dihadapinya. Namun apa yang mereka tidak melihat adalah siriperistiwa dan lapisan-lapisan masalah yang terjadi sebelum ‘penambahan satu lagi masalah’, yang akhirnya menyebabkan seseorang jatuh murung.
2. Apakah yang mempengaruhi kapasiti kita di dalam menghadapi tekanan hidup?
Kapasiti seseorang untuk menghadapi kebimbangan bergantung pada berapa banyak tenaga yang ada untuk menghadapi tekanan tersebut. Tenaga mental yang tersedia adalah kurang jika terdapatciri-ciri yang tidak diingini dalam personaliti (kelemahan personaliti) dan hal-hal yang belum selesai.(unfinished business)
- Kelemahan Personaliti seperti yang kami sebutkan terdahulu adalah ciri-ciri seperti marah, takut, kemalasan, berbelah-bahagi, berbohong dan sifatpesimistik. Ciri-ciriyang tidak diinginiinisering mengambil tempat di fikiran kita sepanjang hari dan ini membazirkan tenaga mental kita.
- Hal-hal yang belum selesaimerujuk kepada kejadian yang tidak menyenangkan pada masa lalu, yang seseorang masih mempunyai perasaan takut dan ianya menyebabkan kebimbangan. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar gagal dalam peperiksaan, ia menyebabkan kebimbangan dan kemurungan padanya. Dia akan mengingatipenderitaan lalu dan berasa takut bahawa jika beliau gagal lagi dalam hidup, dia mungkin perlu menderita seperti masa lalu. Jadi fikirannya terus dibebani denganurusan yang belum selesai. Masalah yang belum selesai juga menyesuaikan fikiran untuk bertindak terhadap ketegangan dan tekanan hidup dengan cara tertentu. Dengan mengambil contoh yang sama, kegagalan dalam peperiksaan, yang mengakibatkan kemurungan mungkin mengkondisi seseorang untuk bertindak balas terhadap kegagalan dalam bidang lain kehidupan juga, yakni dalam bentukdepresi atau ketagihan. Memiliki senaraian panjang urusan perlu diselesaikan juga boleh menjadi punca ketegangandan akan meningkatkan jumlah hal-hal yang belum selesai.
Jadi apabila terdapat banyak kelemahan personaliti dan beberapa urusan yang belum selesai, maka lebih banyak tenaga mental terguna untuk meneutralkan kebimbanganyang disebabkan oleh ciri-ciri yang tidak diingini dan perkara yang belum selesai.Disebabkan ini, setiap orang mempunyai jumlah tenaga yang berbeza-beza untuk menghadapi tekanan yang sama. Oleh sebab itu, ketidakupayaan seseorang untuk mengatasi tekanan hidup dan penyebab ketakbahagiaannya muncul disebabkan oleh ciri-ciri asas yang tidak diingini dalam personaliti dan kebimbangan yang disebabkan oleh peristiwa lampau atau urusan yang belum selesai.
3. Personaliti sebagai penyebab tekanan
Satu lagi perkara penting untuk dikenalpasti adalah bahawa sesuatu situasi itu secara sendirinya tidak menimbulkan tekanan; ia bergantung pada pandangan atau pendapat seseorang. Cara seseorang melihat dan membuat pengertian mengenai sesuatu situasi bergantung kepada personalitinya, misalnya menghadiri sebuah parti ialah sesuatu yang digemari oleh kebanyakan orang, tetapi bagi seseorang yang suka menyendiri, menghadiri sebuah parti adalah suatu peristiwa yang menyebabkan tekanan. Jadual berikut memberikan beberapa contoh bagaimana ciri-ciri / kualiti yang tidak diingini dalam personaliti menjadikansesuatu situasi penuh tekanan.
Kelemahan personaliti yang tidak diingini | Situasi yang menjadi punca tekanan |
---|---|
1. Kurang keyakinan diri | Menghadiri temuduga kerja, suatu situasi kerja yang mencabar |
2. Perasaan Sentimental | Hilang cincin yang dihadiahkan oleh nenek |
3. Rasa malu | Bercakap dengan jantina yang berlawanan |
4. Sikap emosi / Menaruh Harapan | Perselisihan dengan ahli keluarga atau rakan karib |
Dasarnya adalah, mereka yang mempunyai kelemahan personaliti yang kurang dan ego yang rendah akan lebih mampu untuk menangani tahap situasi yang memberi tekanan yang lebih tinggi. Sebaliknya orang yang mempunyai banyak kelemahan personaliti cenderung mengalah lebih awal dengan sebarang bentuk tekanan.