Kasih sayang kerohanian ( Priti )
Lazimnya apabila seseorang mencintai sesiapa ada beberapa bentuk harapan dan ia adalah bersyarat. Walau bagaimanapun kasih sayang kerohanian (Priti) adalah tanpa syarat, tidak kira walau apa pun keadaan persekitarannya. Kasih sayang seperti ini bersifat ketuhanan dan hanya dapat berkembang setelah melakukan sejumlah amalan kerohanian yang cukup intensif, di mana seseorang dapat menyedari kehadiran Tuhan di dalam semua orang. Begitu juga, kita menjadi individu yang lebih bahagia apabila kasih sayang kita tidak palsu (pura –pura) atau tercemar dengan harapan.
Gambar rajah di atas menunjukkan bagaimana kasih sayang duniawi iaitu kasih sayang dengan harapan berdasarkan pada persamaan dengan sifat-sifat semula jadi orang lain. Tetapi, tiada jaminan bahawa semua aspek sifat-sifat semula jadi kita mempunyai persamaan (mirip) dengan orang lain atau melengkapi sifat-sifat semula jadi orang lain. Persengketaan dan masalah bermula apabila kita menemui perbezaan di antaranya.
Di sebaliknya, kasih sayang kerohanian yang tanpa harapan ini adalah berdasarkan pada Jiwa (Roh/Atma) yang tidak berubah-ubah. Ini adalah serupa dengan bagaimana seuntai tali menghubungkan manik-manik pada kalung , walau apa pun bentuk , warna atau saiznya – di mana sifat luarannya tidak penting. Lubang di dalam setiap manik mewakili Jiwa kita, yang mana sama bagi semua orang, iaitu Tuhan di dalam diri seseorang tidak berbeza daripada Tuhan di dalam diri orang lain.
<< Sebelum