Jenis – jenis teknik autosuggestion

Jenis – jenis teknik autosuggestion

1. Pengenalan

Autosuggestion merupakan bahagian yang paling penting dalam proses penyucian kelemahan personaliti (PDR) kerana ia memberikan penyelesaian kepada pemikiran negatif atau reaksi dari minda kita. Minda kita sering suka untuk mengekalkan kita dalam lingkaran negatif atau pemikiran yang salah. Autosuggestion bantu dalam menghapus kecenderungan negatif minda kita, hal ini kerana supaya tidak ada reaksi yang salah, yang  muncul sebab kelemahan personaliti (PD) berulang dan kita pun bertindak dengan sewajarnya. Ia secara langsung menangani impresi-impresi negatif pada akarnya dan menukarnya, supaya menjadi lebih positif. Dengan ini, kelakuan kita secara automatik berubah menjadi lebih baik. Ini adalah kaedah terapi saintifik, dan yang telah diuji masa, dimana ia boleh mengurangkan kelemahan personaliti (PD) kita.

Apabila kita bermula dengan proses penyucian kelemahan personaliti (PDR), kita mula dengan mengumpul data tentang diri kita sendiri, dan di mana kita salah dengan membuat kesilapan, pada tahap pemikiran, reaksi, atau emosi. Dengan mengekalkan sebuah diari, ia membantu kita memahami sifat personaliti kita – kedua-dua sifat positif (sifat-sifat bermoral) dan sifat negatif (kelemahan personaliti). Selepas menulis kesilapan atau pemerhatian tentang diri kita selama kira-kira 10-15 hari, dan turut mengambil input atau maklum balas daripada orang lain, seperti rakan atau ahli keluarga, kita dapat melihat kelemahan mana yang timbul dengan lebih kerap, dan kelemahan mana yang lebih utama dalam diri kita, dan juga kelemahan mana yang memberi impak pada diri kita, dan juga pada orang lain. Berdasarkan pemahaman ini, kita memilih maksimum 1 hingga 3 kelemahan personaliti (PD) pada satu masa untuk diusahakan. Kita boleh berusaha pada set kelemahan personaliti (PD) ini selama 2-3 bulan. Selepas memilih 1-3 kelemahan personaliti (PD) untuk diusahakan mengikut keutamaan, kita perlu membentuk autosuggestion yang sesuai untuk setiap kelemahan tersebut. Berikut adalah kaedah atau teknik yang boleh kita gunakan untuk membentuk autosuggestion.

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Sebagai contohnya, katakan kita telah memilih 3 kelemahan personaliti (PD) yang ingin kita usahakan: ketakutan, kebimbangan, dan ketidakteraturan. Kemudian kita memilih satu kesilapan bagi setiap kelemahan di mana ketiga-tiga kelemahan ini menunjuk dari diari PDR kita.

Contoh-contoh

  • Kesilapan/Kelemahan – Ketakutan : Saya berasa takut untuk bertemu rakan-rakan saya di parti hari jadi abang saya John, kerana saya berfikir mereka akan memandang rendah terhadap saya kerana saya tidak dapat mencari pekerjaan. Saya cuba mencari alasan untuk mengelak parti itu, supaya saya tidak bertemu dengan mereka.
  • Kesilapan/Kelemahan – Kebimbangan : Apabila Sam (rakan niaga saya) menipu saya, saya berasa kecewa dan bimbang tentang apa yang akan berlaku pada saya pada yang masa akan datang.
  • Kesilapan/Kelemahan – Ketidakteraturan : Saya tertinggal pasport saya di rumah dan hanya sedar apabila sudah separuh jalan ke lapangan terbang. Oleh sebab itu, saya hampir terlepas penerbangan antarabangsa saya.

2. Bagaimana cara untuk memilih teknik autosuggestion tersebut

Terdapat pelbagai jenis teknik autosuggestion yang digunakan bergantung pada kejadian tertentu. Carta alir di bawah menunjukkan bagaimana kita boleh memutuskan teknik autosuggestion untuk digunakan untuk menangani pemikiran, emosi, tindakan, reaksi atau kedua-duanya yang salah.

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Selepas memilih satu kesilapan, di mana kelemahan yang ingin kita usahakan muncul, bagi menentukan jenis teknik autosuggestion untuk digunakan, kita perlu bertanya satu soalan –

‘Siapakah yang bertanggungjawab atas kesilapan ini, atau kelemahan personaliti (PD) siapakah menjadi punca utama kesilapan atau stres berlaku pada sebuah situasi. Adakah saya (diri) bertanggungjawab atau orang lain ?’

Apabila stres disebabkan terutamanya oleh kelemahan personaliti (PD) diri kita sendiri, maka autosuggestion jenis A digunakan. Sebaliknya, apabila kesilapan telah dilakukan oleh orang lain atau kelemahan personaliti (PD) mereka menjadi punca utama kesilapan atau keadaan tersebut, maka autosuggestion jenis B digunakan.

Contoh-contoh

Kesilapan/Kelemahan – Ketakutan : Saya berasa takut untuk bertemu rakan-rakan saya di parti hari jadi abang saya John, kerana saya berfikir mereka akan memandang rendah terhadap saya kerana saya tidak dapat mencari pekerjaan. Saya cuba mencari alasan untuk mengelak parti itu, supaya saya tidak bertemu dengan mereka.

Analisis kesilapan tersebut – Jenis A

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Kesilapan ini boleh disebabkan oleh pemikiran atau emosi yang salah, bergantung pada jenis personaliti saya. Apabila menganalisis kesilapan, persoalan utama yang menentukan jenis autosuggestion ialah – kelemahan personaliti (PD) siapa yang menjadi penyebab utama kesilapan ini? Di sini, oleh sebab ketakutan itu ada dalam minda saya, maka rakan-rakan saya mungkin tidak tahu yang saya mempunyai pemikiran seperti ini, jadi kesilapan itu disebabkan terutamanya oleh kelemahan personaliti (PD) diri saya sendiri. Inilah sebabnya mengapa kita boleh menggunakan teknik autosuggestion jenis A bagi kesilapan ini.

Kesilapan/Kelemahan – Kebimbangan : Apabila Sam (rakan niaga saya) menipu saya, saya berasa kecewa dan bimbang tentang apa yang akan berlaku pada saya pada masa yang akan datang.

Analisis kesilapan tersebut – Jenis B

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Kesilapan ini adalah dari segi reaksi. Apabila menganalisis kesilapan, persoalan utama yang menentukan jenis autosuggestion ialah – kelemahan personaliti (PD) siapa yang menjadi penyebab utama kesilapan ini? Di sini, oleh sebab rakan saya menipu saya, kelemahan personaliti (PD), dia yang telah menyebabkan keadaan ini. Maka, di sini kita boleh menggunakan teknik autosuggestion jenis B.

Kesilapan/Kelemahan – Ketidakteraturan : Saya tertinggal pasport saya di rumah dan hanya sedar apabila sudah separuh jalan ke lapangan terbang. Oleh sebab itu, saya hampir terlepas penerbangan antarabangsa saya.

Analisis kesilapan tersebut – Jenis A

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Kesilapan ini adalah suaty tindakan yang tidak betul. Di sini, sifat saya yang tidak teratur adalah penyebab kesilapan tersebut. Oleh sebab saya yang bertanggungjawab atas kelupaan pasport saya, maka, teknik autosuggestion jenis A digunakan.

Maklumat lebih lanjut mengenai setiap teknik autosuggestion tertentu diberi di bawah.

3. Jenis teknik autosuggestion yang berbagai-bagai

3.1 Autosuggestion jenis A

Jenis – jenis teknik autosuggestion

A1 – Teknik psychofeedback  Teknik ini  memberi kesedaran tentang semua tindakan, pemikiran, dan emosi yang salah dan membolehkan seseorang itu untuk mengawalnya. Autosuggestion jenis A1 memberi maklum balas psikologi kepada minda tentang bagaimana ia harus berfikir, berkelakuan, dan bertindak. Oleh sebab impresi-impresi kelemahan personaliti (PD), minda kita mempunyai pemikiran dan emosi yang salah, atau tindakan tidak betul yang laju. Teknik A1 digunakan untuk semua kesilapan yang berkaitan dengan pemikiran, emosi, dan tindakan yang salah, di mana kita yang bertanggungjawab, bermakna kelemahan personaliti (PD) diri kita sendiri yang telah menyebabkan kesilapan atau menghasilkan stres dalam keadaan tersebut.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis A1

A2 – Teknik pengganti tindak balas  :  Teknik ini berguna untuk mengatasi reaksi yang salah yang disebabkan oleh kejadian yang berjangka pendek, iaitu kejadian yang berlaku kurang dari 1 hingga 2 minit. Jangka masa reaksi itu tidak penting. Di sini, jangka masa kejadian itu yang diambil kira. Ia digunakan untuk mengatasi reaksi di mana kelemahan kita sendiri adalah penyebab utama reaksi tersebut.

Melalui teknik ini, kita memberitahu minda kita untuk mengganti tindak balas yang tidak betul dengan tindak balas yang betul, apabila kita mempunyai reaksi terhadap kejadian tertentu atau terhadap seseorang.

Dalam setiap kejadian, reaksi positif atau negatif terlintas di minda atau diluahkan oleh seseorang individu. Respon yang salah disebabkan oleh kelemahan personaliti (PD), sementara yang betul disebabkan oleh sifat yang baik. Dengan mengambil autosuggestion terhadap reaksi salah kita secara berterusan, kelemahan dalam minda kita digantikan dengan impresi-impresi yang bersifat baik, dan ini menjadikan personaliti kita jauh lebih positif.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis A2

A3 – Teknik hipnotis desensitisasi (Mengimbau kejadian tersebut di dalam minda)  :  Ia berguna untuk mengatasi reaksi yang salah yang disebabkan oleh kejadian yang berpanjangan yang menyebabkan stres, iaitu kejadian yang berkekalan lebih dari 1 hingga 2 minit.

Dalam teknik ini, kita membayangkan bahawa kita dapat menghadapi sebuah situasi yang sukar dengan berjaya. Oleh sebab minda mengimbau bagaimana menghadapi kejadian itu, ketika kejadian itu benar-benar berlaku, kita tidak berasa tertekan.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis A3

3.2 Autosuggestion jenis B

Autosuggestion jenis B digunakan untuk mengatasi stres yang disebabkan oleh kelemahan personaliti (PD) orang lain, situasi kehidupan yang berbeza yang kita lalui, atau beberapa kejadian tragis atau trauma.

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Autosuggestion teknik B1  :  Teknik ini digunakan ketika kita mengalami stres atau rasa tidak senang sebab kesilapan yang dilakukan oleh orang lain dan sesuatu dapat dilakukan untuk mengatasi kelemahan personaliti orang lain atau mengubah keadaan tersebut. Ia digunakan untuk kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak atau orang bawahan. Dengan menggunakan teknik ini, ia menjadi tidak mustahil untuk membimbing anak atau orang bawahan anda supaya bertindak dengan cara yang betul, dengan tenang. Satu aspek penting yang harus diingat ialah, walaupun teknik ini digunakan ketika orang lain bertanggungjawab utama atas kesilapan itu, fokusnya masih tetap untuk mengubah diri kita. Oleh sebab ia membantu kita untuk bertenang apabila memperbetulkan orang lain, maka kita dapat membantu kanak-kanak atau orang bawahan kita dengan lebih baik.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis B1

Autosuggestion teknik B2  :  Teknik B2 digunakan apabila tidak ada apa yang dapat dilakukan untuk mengatasi kelemahan pada orang lain atau untuk mengatasi keadaan tersebut. Sebagai contoh, kita mungkin tidak dapat membetulkan tingkah laku orang tua atau pegawai atasan kita di tempat kerja atau sesiapa sahaja yang tidak senang mendengar cadangan atau kritikan dan membuat perubahan. Juga, mungkin tidak ada apa yang dapat kita lakukan untuk mengubah keadaan tragis seperti kemiskinan yang melampau, penyakit yang sangat menyakitkan atau jarang berlaku, kemalangan, kelaparan, dll. Dalam situasi seperti itu, sikap berfalsafah adalah satu-satunya cara untuk tetap berpositif.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis B2

3.3 Autosuggestion jenis C

Terdapat juga beberapa jenis autosuggestion lain.

Jenis – jenis teknik autosuggestion

C1 – Teknik mantera  :  Ini dipanggil sebagai teknik berzikir. Ia adalah sebuah teknik pencegahan yang membantu mencegah pemikiran atau emosi negatif memasuki minda kita. Pelbagai impresi-impresi kelemahan personaliti aktif di dalam minda kita, dan impresi– impresi tersebut kerap menghantar impuls ke minda sedar dalam bentuk pemikiran yang berbeza sepanjang hari. Akibatnya, tenaga minda dihabiskan dengan pemikiran yang tidak berguna. Teknik autosuggestion C1 membantu minda khusyuk dalam menzikir Nama Tuhan, lalu menjimatkan tenaganya.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis C1

C2 – Teknik hukuman (keengganan)  :  Sekiranya teknik-teknik  lain tidak berkesan, maka seseorang itu boleh menggunakan teknik ini. Pada peringkat awalnya, kita cuba untuk mengusahakan kelemahan personaliti (PD) kita melalui teknik autosuggestion jenis A dan B, tetapi jika kita tidak nampak perubahan dalam tindakan atau reaksi yang salah walaupun setelah rajin mengambil autosuggestion selama 3-4 minggu, maka kita boleh menggunakan teknik C2 , atau kaedah hukuman.

Baca lebih lanjut mengenai autosuggestion jenis C2 (Akan Datang)

Catatan editor : Walaupun autosuggestion dapat diklasifikasikan berdasarkan teknik-teknik seperti yang diberikan di atas, perlu diketahui bahawa tidak ada permisahan sepenuhnya antara teknik-teknik tersebut. Seseorang itu dapat membentuk autosuggestion dengan menggabung teknik-teknik yang berbeza, dan ini diliputi dengan lebih terperinci dalam artikel kami – Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membentuk autosuggestion (Akan datang).

4. Kesimpulan

Jenis – jenis teknik autosuggestion

Dalam kehidupan, minda dan intelek kitalah yang menyebabkan sebahagian besar masalah yang kita hadapi. Ini kerana, oleh sebab emosi dan fikiran, kita membuat pilihan yang mempengaruhi interaksi dan situasi yang kita lalui. Oleh itu, untuk membebaskan diri kita dari masalah dan takdir yang kita menghadapi, perlulah kita meneliti dan menyedari proses pemikiran kita yang tidak betul dan membetulkannya dengan mengambil autosuggestion. Untuk mengambil satu set autosuggestion, ia hanya memerlukan 5 hingga 7 minit. Kami bahkan tidak boleh mula berkongsi dengan anda berapa banyak perubahan positif yang akan berlaku pada personaliti anda, interaksi harian anda dan kehidupan anda dengan usaha kecil ini untuk mengambil autosuggestion. Kami berdoa agar artikel ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mula mengambil autosuggestion dengan bersungguh-sungguh.