SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan remedi penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit fizikal dan psikiatri.
Pembaca dinasihatkan untuk mengambil apa-apa remedi penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.
Faktor yang mempengaruhi keberkesanan remedi penyembuhan rohani adalah berbeza-beza dan bergantung kepada banyak aspek. Interaksi antara pelbagai aspek ini adalah kompleks dan faktor asas utama dalam keberkesanan penyembuhan rohani adalah kualiti dan kuantiti amalan kerohanian seseorang. Hanya orang yang mempunyai persepsi luar indera yang maju (ESP) atau deria keenam sebenarnya boleh memahami peranan setiap variable/pembolehubah dalam permasalahan seseorang.
Berikut adalah pelbagai aspek:
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penyembuhan rohani? | |
---|---|
1. | Orang yang terpengaruh |
2. | Faktor-faktor penyebab, iaitu jenis-jenis punca kerohanian |
3. | Permasalahan yang disebabkan |
4. | Remedi penyembuhan rohani yang digunakan |
5. | Pengamal penyembuhan rohani |
1. Orang yang terpengaruh
A. Takdir orang tersebut
Kecepatan serta sejauh mana permasalahan seseorang dapat disembuhkan, bergantung kepada sama ada permasalahan tersebut disebabkan oleh takdir yang ringan, sederhana atau teruk. Sekiranya takdir yang teruk di mana seseorang itu harus menderita untuk tempoh masa yang ditetapkan, orang yang terjejas itu tidak akan mendapat pemikiran untuk mencari pengamal penyembuhan rohani di sejak awal atau mungkin penyembuhan rohani tidak tersedia baginya. Walaupun dia diberitahu tentang penyembuhan rohani, dia mungkin menjadi keras kepala dan mengatakan tidak percaya akan hal tersebut. Sila rujuk pada jadual di atas kesan takdir terhadap kemungkinan untuk disembuhkan melalui pelbagai jenis penyembuhan rohani.
B. Amalan kerohanian dan tahap pencapaian kerohanian seseorang
Tahap pencapaian kerohanian seseorang dan amalan kerohanian yang mereka lakukan adalah satu faktor yang paling penting dalam menentukan berapa banyak perlindungan daripada Tuhan yang dapat diakses oleh seseorang. Walaupun tahap pencapaian kerohanian orang tersebut rendah, Tuhan akan membantu mengatasi permasalahan mereka jika keinginan mereka untuk mencapai kesedaran-Tuhan (God-realisation) yang tinggi. Ini kerana permasalahan tersebut boleh menjadi halangan kepada amalan kerohanian mereka. Dengan mengatasi permasalahan, bermaksud sama ada permasalahan tersebut akan dihilangkan atau dikurangkan/diperkecilkan atau orang tersebut mendapat kekuatan untuk menanggungnya dan dengan itu terlindung daripada permasalahannya.
Orang-orang yang melakukan amalan kerohanian yang
- berdasarkan enam prinsip asas amalan kerohanian dan
- cuba untuk meningkatkan amalan kerohanian secara progresif
mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan manfaat lebih awal, menyeluruh dan kekal daripada remedi penyembuhan rohani.
C. Keyakinan dalam remedi penyembuhan rohani
Orang-orang yang yakin kepada remedi penyembuhan rohani, mendapat manfaat lebih cepat dan lebih menyeluruh daripada mereka yang mempunyai kurang atau tiada keyakinan dalam hal tersebut. Namun, bahkan mereka yang tidak mempunyai keyakinan juga akan tetap mendapat manfaat daripada remedi penyembuhan rohani, walaupun tidak sepenuhnya.
D. Kekerapan dan intensiti dalam melakukan remedi penyembuhan rohani
Kekerapan dan intensiti dalam melakukan remedi penyembuhan rohani menentukan kecepatan penyembuhan.
E. Seberapa saintifik atau tepat remedi penyembuhan rohani tersebut dilakukan
Sekiranya remedi penyembuhan rohani tidak digunakan dengan cara yang betul secara kerohanian, maka keberkesanan akan berkurang atau bahkan menjadi hilang. Hal ini menekankan kepentingan mempelajari ilmu Kerohanian di sebalik remedi penyembuhan rohani dan pengaplikasian/penggunaan yang sepatutnya.
F. Seberapa cepatkah remedi penyembuhan rohani dapat dilakukan setelah timbulnya permasalahan
Semakin cepat remedi penyembuhan rohani dilakukan setelah timbulnya permasalahan yang mempunyai akar umbi (root cause) di alam rohani, maka akan semakin baik juga hasilnya.
G. Adakah remedi penyembuhan rohani tersebut dilakukan atas kehendak sendiri atau melalui bimbingan seorang Suci (Saint)
Remedi rohani yang sama akan menghasilkan hasil yang jauh lebih baik jika disarankan oleh seorang Suci (Saint), dibandingkan jika dilakukan atas kehendak sendiri. Ini kerana apabila disarankan oleh seorang Suci, maka niat suci (resolve) Beliau juga berada di balik remedi penyembuhan rohani tersebut. Selain itu, selepas seorang Suci menyarankan suatu remedi rohani tertentu, maka mempraktikkannya dengan segera akan mempunyai kesan yang besar terhadap hasilnya..
H. Tahap selubung tenaga hitam di sekeliling orang yang terpengaruh
Semakin tebal selubung tenaga hitam (covering of black energy) di sekeliling seseorang, maka semakin lama juga remedi penyembuhan rohani akan berhasil. Sebenarnya, pada awalnya remedi tersebut berfungsi untuk mengurangkan selubung hitam sehingga kesan daripada remedi penyembuhan rohani dapat mencapai orang yang terpengaruh.
2. Faktor-faktor penyebab
1. Kekuatan nenek moyang atau hantu yang mempengaruhi
Jika kekuatan nenek moyang atau hantu yang mempengaruhi yang bertanggungjawab atas permasalahannya adalah rendah, maka remedi penyembuhan rohani akan menyembuhkan orang tersebut daripada permasalahannya dengan cepat dan lebih menyeluruh. Oleh itu, salah satu sebab mengapa seseorang mungkin pada awalnya menjadi kebal terhadap suatu remedi penyembuhan rohani, mungkin disebabkan oleh tingginya kekuatan nenek moyang atau hantu yang mempengaruhi dan oleh itu mereka dapat menahan kesan daripada remedi penyembuhan rohani.
2. Faktor penyebab tunggal (satu) atau berbilang (banyak)
Jika masalah itu disebabkan oleh faktor penyebab rohani sahaja maka masalah ini bertindak balas agak baik terhadap remedi penyembuhan rohani. Sebagai contoh jika seseorang yang menderita kerana ekzema (eczema) akibat kesusahan yang disebabkan oleh permasalahan nenek moyang/leluhur mula mencanta (chanting) ‘Shri Gurudev Datta‘, ekzema mungkin akan hilang dalam masa seminggu seperti yang berlaku dalam kes seorang peserta dalam salah satu bengkel (workshop) kami di Melbourne. Tetapi jika kes yang sama adalah rumit akibat serangan oleh hantu, maka remedi penyembuhan rohani tidak boleh memberikan hasil yang segera itu.
3. Jika penyebabnya adalah sepenuhnya berada di dimensi fizikal atau psikologi
Jika punca permasalahan ini adalah sepenuhnya berada di dimensi fizikal atau psikologi, maka kesan remedi penyembuhan rohani mungkin tidak dramatik seperti ketika penyebabnya berada di alam rohani. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai suatu ketagihan kerana permasalahan leluhur dapat bebas daripada ketagihan dalam masa seminggu seperti dalam kes seorang peserta dari bengkel (workshop) kami di Dubai. Jika ketagihan orang tersebut adalah disebabkan oleh penyebab fizikal atau psikologi, penyembuhan yang terhasil tidak akan menjadi seperti yang dramatik.
Namun, penting untuk diingat, walaupun penyebabnya berada sepenuhnya di alam fizikal dan psikologi, remedi penyembuhan rohani tetap akan memberikan manfaat bagi orang tersebut. Hal tersebut bertindak dengan meningkatkan keberkesanan rawatan fizikal atau psikologi. Selain itu, apa-apa selubung tenaga hitam di sekeliling orang tersebut juga terhapus, sehingga semakin meningkatkan lagi kesejahteraan orang tersebut dan tindak balas terhadap rawatan konvensional.
4. Adakah faktor penyebab mempengaruhinya hanya sekali atau secara berterusan
Jika faktor penyebab rohani hanya mempengaruhi seseorang sekali sahaja, maka hasil remedi penyembuhan rohani adalah lebih cepat dan lebih menyeluruh dengan percubaan terhad. Tetapi jika faktor penyebabnya terus mempengaruhi orang tersebut, maka remedi penyembuhan rohani juga perlu digunakan secara berterusan selagi faktor penyebab tersebut masih aktif.
Pertimbangkan satu contoh daripada seseorang yang telah mengembangkan tingkah laku yang tidak normal selepas melawat sebuah rumah berhantu dan terpengaruh /dirasuk oleh tenaga hitam di rumah tersebut. Dia akan mendapat manfaat dengan sedikit daripada remedi penyembuhan rohani.
Tetapi jika dia dirasuk oleh hantu di rumah berhantu tersebut dan kemudian mengembangkan tingkah laku yang tidak normal, maka dia harus melanjutkan remedi penyembuhan rohani untuk jangka masa yang lebih lama agar gejala permasalahan tersebut hilang dan masa yang sangat lama lagi untuk terlepas daripada kerasukan.
3. Permasalahan
1. Satu atau banyak permasalahan
Jika seseorang itu mempunyai satu permasalahan sahaja seperti ekzema yang disebabkan oleh serangan hantu, maka hal tersebut akan hilang lebih cepat daripada jika terdapat pelbagai permasalahan seperti ekzema dengan tingkah laku yang tidak normal dan lain-lain.
2. Kerosakan yang terjadi dapat dipulihkan atau kekal
Kecepatan dan sejauh mana kesan remedi penyembuhan rohani juga bergantung kepada sama ada kerosakan yang tidak dapat dipulihkan (irreversible damage) telah terjadi atau tidak. Sebagai contoh, jika kerosakan tak berbalik (irreversible damage) dilakukan untuk buah pinggang seseorang disebabkan oleh serangan hantu, maka dia harus melaksanakan remedi penyembuhan rohani yang tahapnya lebih tinggi secara gigih. Pemulihan daripada kerosakan (reversal of damage) organ tubuh mungkin terjadi, tetapi seseorang itu harus melakukan amalan kerohanian yang intensif bersama-sama dengan remedi rohani yang bertahap lebih tinggi.
4. Remedi penyembuhan rohani yang digunakan
1. Jenis remedi penyembuhan rohani yang digunakan
Amalan kerohanian yang sesuai dengan enam prinsip asas amalan kerohanian yang dilakukan secara teratur adalah remedi penyembuhan rohani yang terbaik.
Antara remedi penyembuhan rohani yang lain, remedi penyembuhan rohani yang berkaitan dengan unsur-unsur kosmik yang lebih tinggi, akan memberikan hasil yang lebih cepat daripada remedi rohani yang berkaitan dengan unsur kosmik yang lebih rendah.
Sebagai contoh, remedi penyembuhan rohani yang menggunakan bau berhubungan dengan unsur kosmik yang paling rendah, iaitu unsur Mutlak Bumi (Absolute Earth element). Remedi tersebut lebih rendah dibandingkan dengan remedi air garam, yang berhubungan dengan unsur Mutlak Air (Absolute Water element).
2. Adakah remedi rohani yang digunakan sesuai dengan diagnosis tertentu atau dengan pemilihan secara rawak
Penggunaan remedi penyembuhan rohani selepas diagnosis tertentu daripada faktor penyebabnya memberikan keputusan yang lebih cepat dan menyeluruh. Ini kerana dengan penggunaan persepsi luar indera (extrasensory perception-ESP) yang sangat maju atau deria keenam kita boleh mendiagnosis faktor penyebab yang tepat atau faktor-faktor serta mekanisme tindakan yang tepat di sebalik perbuatan jahat daripada permasalahan. Ini membuka jalan kepada pemilihan remedi penyembuhan rohani yang sesuai. Hal tersebut memberikan hasil yang lebih cepat dan lebih menyeluruh serta keputusan yang kekal. Walau bagaimanapun, jika seseorang mengamalkan remedi penyembuhan rohani tertentu secara rawak atau atas kehendak sendiri, maka kurang berkemungkinannya untuk hal tersebut menjadi 100% berkesan. Ini adalah kerana deria keenam kebanyakan orang dalam masyarakat belum lagi dikembangkan dan dengan itu diagnosis yang tepat mengenai faktor penyebab tidak mungkin didapati. Oleh itu remedi penyembuhan rohani yang sesuai tidak boleh dijumpai. Walaupun begitu, hanya dengan menggunakan remedi penyembuhan rohani, kita dapat meningkatkan peluang kita untuk mengurangkan permasalahan kita.
3. Menggunakan hanya satu atau berbilang remedi rohani
Remedi penyembuhan rohani memberi lebih banyak manfaat apabila digunakan secara kolektif. Sebagai contoh menggunakan abu Suci (Holy ash/ Vibhuti), melakukan remedi air garam dan mencanta/menyebut nama Tuhan akan memberikan hasil yang lebih baik daripada hanya melakukan salah satu daripada remedi-remedi rohani ini sahaja.
4. Ketersediaan bahan yang digunakan untuk remedi penyembuhan rohani
Ketersediaan kesemua bahan diperlukan dan ketulenan (authentic) yang diperlukan untuk remedi akan memastikan hasil yang lebih baik. Sebagai contoh untuk remedi penyembuhan rohani air kencing lembu (gomutra), penggunaan air kencing lembu yang segar daripada lembu bukan hibrid (non-hybrid cow) akan memberikan hasil yang lebih baik.
5. Kekuatan bahan-bahan yang digunakan untuk remedi rohani
Keberkesanan remedi penyembuhan rohani yang digunakan juga ditentukan oleh kesucian dan kekuatan bahan yang digunakan untuk remedi penyembuhan rohani. Sebagai contoh jika abu Suci (Holy ash) digunakan sebagai remedi penyembuhan rohani, abu Suci yang diperolehi dengan membakar kayu kemenyan (incense stick) SSRF di altar itu akan menjadi lebih kuat daripada abu yang diperolehi melalui kayu kemenyan lain yang dibakar pada altar.
6. Ketebalan selubung hitam (avaran) pada bahan-bahan yang digunakan untuk remedi rohani
Semua bahan-bahan yang digunakan untuk remedi penyembuhan rohani seperti abu Suci, air Suci dan lain-lain dapat tertutup oleh selubung Raja-Tama jika disimpan di persekitaran yang Raja-Tama. Selain itu, hantu di dalam premis atau hantu yang mempengaruhi orang tersebut boleh membuat selubung tenaga hitam di sekeliling bahan-bahan tersebut. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, keberkesanan bahan-bahan penyembuhan rohani tersebut sangat jauh berkurang. Oleh sebab itu, penjagaan harus diambil untuk menjaga bahan-bahan tersebut dalam persekitaran yang sattvik seperti altar, dan jauh dari pengaruh Raja-Tama seperti berada dalam hubungan dengan orang lain yang terpengaruh oleh hantu dan lain-lain. Selain itu, juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah untuk menyucikan bahan-bahan tersebut sebelum digunakan dalam setiap penyembuhan rohani. Hal tersebut dapat dilakukan hanya dengan berdoa kepada Tuhan untuk menyucikan bahan-bahan tersebut atau dengan memercikkan air kencing lembu yang dicairkan atau air Suci dan lain-lain.
5. Pengamal Penyembuhan rohani
1. Tahap pencapaian kerohanian dan kekuatan pengamal penyembuhan rohani
Ia adalah penting bahawa semua pengamal penyembuhan rohani (healers) yang mempraktikkan remedi penyembuhan rohani mempunyai tahap kerohanian yang minimum 50%. Pada tahap kerohanian ini, pembubaran minda (penyatuan fikiran dengan Tuhan) telah bermula dan oleh sebab itu pengamal penyembuhan rohani itu mula mengakses Tenaga kehendak Alam Semesta (Universal Energy of the will / (Iccha-shakti). Oleh kerana dia mempunyai akses kepada tenaga-halus (subtle-energy) rohani ini, maka keupayaan penyembuhan rohaninya meningkat amat banyak.
Sebaliknya, para pengamal penyembuhan rohani di bawah tahap pencapaian kerohanian 50%, di samping mempunyai keupayaan penyembuhan rohani yang minimum juga menghadapi risiko untuk dirasuk oleh hantu tahap lebih tinggi. Oleh sebab itu, orang yang menggunakan perkhidmatan para pengamal penyembuhan tersebut juga menghadapi risiko menjadi terpengaruh atau dirasuki oleh entiti yang merasuki pengamal penyembuhan tersebut.
Dalam remedi penyembuhan rohani seperti meniup abu Suci (Holy ash) di mana objek tidak bernyawa seperti abu Suci telah digunakan, hanya 5% daripada keberkesanan remedi penyembuhan rohani tersebut adalah disebabkan oleh objek, iaitu abu Suci dalam contoh ini. 95% daripada keberkesanannya bergantung kepada pengamal penyembuhan rohani yang meniup Suci tersebut.
2. Pengetahuan dan pemahaman tentang penyembuhannya
Kadang-kadang pengamal penyembuhan rohani mempunyai keupayaan penyembuhan rohani secara semula jadi/sifat bawaan (inherent) atau mereka mempelajari teknik-teknik penyembuhan rohani daripada ibu bapa atau pembimbing. Jika ini tidak disokong oleh pengetahuan dan pemahaman tentang sains kerohanian di sebalik remedi dalam penyembuhan secara khusus dan penyembuhan rohani secara umum, maka keupayaan penyembuhan rohani oleh pengamal penyembuhan rohani tersebut menjadi terbatas.
3. Kebolehan deria dan motor halus
Pengamal penyembuhan rohani dengan keupayaan deria halus yang lebih tinggi mampu mendiagnosis permasalahan serta faktor penyebab dengan lebih baik. (Rujuk pada Kedalaman keupayaan untuk melihat aktiviti paranormal dengan deria keenam kita (The depth of ability to perceive paranormal activity with our sixth sense).Hal Ini pada dasarnya membantu dengan mendedahkan entiti penyebab (entiti yang menyebabkan permasalahan tersebut), yang menempatkan entiti tersebut di bahagian pertahanan. Ia juga membantu untuk merancang remedi penyembuhan rohani yang khusus dengan lebih baik.
Pengamal penyembuhan rohani dengan keupayaan motor halus yang lebih tinggi dapat menghadapi hantu tahap yang lebih tinggi dan berjaya mengalahkan mereka.
4. Rahmat daripada seorang pembimbing kerohanian
Remedi penyembuhan rohani yang dilakukan oleh seorang pengamal penyembuhan rohani yang telah memperoleh rahmat daripada seorang Guru atau seorang Suci (Saint) memberikan hasil yang lebih cepat dan lebih menyeluruh daripada remedi yang sama dilakukan oleh pengamal penyembuhan rohani yang mempunyai pengalaman dan tahap pencapaian kerohanian yang sama tetapi tanpa rahmat daripada seorang Guru atau seorang Suci. Ini kerana si pengamal dengan rahmat daripada seorang Guru atau seorang Suci mendapat sokongan daripada kuasa ketuhanan. Oleh sebab itu kuasa penyembuhannya meningkat jauh lebih banyak.
5. Kerasukan oleh hantu tahap yang lebih tinggi dapat meningkatkan penyembuhan
Kadang-kadang si pengamal penyembuhan rohani sendiri dirasuk hantu tahap yang lebih tinggi seperti ahli sihir-halus (mantrik). Hal tersebut paling mungkin terjadi apabila
- tahap pencapaian kerohanian si pengamal penyembuhan rohani adalah kurang daripada 50%
- si pengamal itu dihanyut oleh perangkap-perangkap kemasyhuran, kuasa dan wang
- si pengamal berperanan sendiri tanpa pengawasan daripada seorang Suci atau Guru
- si pengamal mencuba untuk menyembuhkan atau mengusir hantu yang mempunyai kekuatan yang lebih tinggi daripada kekuatan kerohaniannya.
Dalam kes-kes tersebut, para pengamal penyembuhan rohani mungkin terlihat memberikan hasil yang lebih baik daripada kebolehan mereka sendiri. Hal tersebut mungkin kelihatan seperti aset penting, tetapi sebenarnya hantu yang merasuki menanamkan banyak tenaga hitam kepada orang yang terpengaruh dengan berpura-pura mengurangkan permasalahan orang tersebut.
6. Faktor- faktor lain
1. Sattvikta (kemurnian kerohanian) premis (tempat / bangunan) tersebut
Remedi penyembuhan rohani yang dilakukan di premis (tempat/ bangunan) yang sattvik akan memberikan hasil yang lebih cepat dan lebih baik kerana tidak ada tenaga yang hilang dalam mengatasi Raja-Tama di persekitaran. Oleh sebab itu adalah dinasihatkan untuk menghapuskan semua pengaruh Raja-Tama di dalam rumah dan mengambil langkah-langkah untuk pembersihan / penyucian rumah.
2. Gaya hidup seseorang
Seseorang yang sattvik memperoleh manfaat daripada remedi penyembuhan rohani lebih cepat daripada apabila remedi yang sama digunakan oleh orang yang tidak sattvik yang mempunyai permasalahan yang sama.