Mekanisme di sebalik Kaedah Penyembuhan Rohani

SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan remedi penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit fizikal dan psikiatri.

Pembaca dinasihatkan untuk mengambil apa-apa remedi penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.

1. Pengenalan kepada penyembuh rohani

Artikel ini merupakan lanjutan daripada artikel tentang “Mekanisme di sebalik Kaedah Perubatan Rohani yang menggunakan objek.”

Sumber pengetahuan yang terkandung dalam artikel ini adalah daripada Penyelidikan Kerohanian.

Syarat bagi seseorang untuk menjadi seorang penyembuh rohani (spiritual healer), adalah dia perlu berada di atas tahap kerohanian 50%, walau bagaimanapun, adalah lebih baik  jika dia berada di atas tahap kerohanian 60%. Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu boleh menyembuh walaupun berada di bawah tahap kerohanian ini dan dalam artikel ini kita akan meliputi kriteria yang diperlukan untuk membolehkan ini berlaku. Kami akan menjelaskan mekanisme asas tentang bagaimana seseorang itu mampu memberikan tenaga penyembuhan kepada orang lain. Artikel ini mengandungi maklumat penting, baik dari sudut pandangan seorang penyembuh rohani dan juga orang yang mencari penyembuhan.

2. Kepentingan tahap kerohanian bagi seorang penyembuh rohani

Tahap kerohanian: Sekiranya kita mempertimbangkan bahawa tahap kerohanian seseorang yang merealisasikan Tuhan ( God-realised ) adalah 100%, maka mod tahap kerohanian orang biasa pada masa kini adalah 20%. Lebih daripada 90% populasi dunia berada pada tahap kerohanian kurang daripada 35%. Tahap kerohanian minimum seseorang diakui sebagai Orang Suci/Saint adalah 70%.

Tahap kerohanian seorang penyembuh rohani adalah aspek yang terpenting yang mentakrifkan:

  • bagaimana mereka dapat merawat atau menyembuhkan orang lain.
  • apakah kaedah penyembuhan yang dapat mereka gunakan dan.
  • jenis-jenis tenaga alam semesta yang dapat mereka akses.

3. Analogi bagaimana seorang penyembuh rohani dapat menyembuhkan pesakit

Kami akan menerangkan bahagian ini dalam bentuk satu analogi yang mudah dengan menyalakan lampu. Langkah pertama dalam menyalakan mentol adalah dengan menghidupkan  suis mentol tersebut. Kemudian arus elektrik mengalir melalui wayar dan output akhir adalah mentol mula bercahaya. Bergantung kepada mentol mana yang ingin kita menyalakan, suis yang sesuai perlu ditekan. Begitu juga, dalam penyembuhan rohani, pelbagai kaedah penyembuhan membawa pelbagai kesan. Dalam semua kes, kesan/hasil akhir penyembuhan (contohnya, mentol bercahaya atau hasil akhirnya) diatur melalui lima Unsur Kosmik Mutlak (five Absolute Cosmic Principles / Panchatattva).

Mekanisme di sebalik Kaedah Penyembuhan Rohani

 

Di sini ‘suis’ yang digunakan oleh penyembuh rohani merujuk kepada kaedah seperti bercanta (chanting), berdoa, Reiki, penyembuhan Prana/Pranic, Niat Suci (Resolve) dan Kehadiran (Presence). Bergantung kepada kemampuan rohaninya, seorang penyembuh rohani dapat mengakses pelbagai ‘suis’ dan menghantar tenaga kepada pesakit atau orang yang memerlukan penyembuhan.

4. Kepentingan tahap kerohanian seorang penyembuh rohani (wayar)

Kami telah mengumpamakan aspek tahap kerohanian ini sebagai kapasiti/kemampuan penyembuh rohani untuk mengakses atau menjadi saluran bagi pelbagai peringkat tenaga alam semesta.

Sebagai manusia, kita terdiri daripada badan fizikal (termasuk lima deria), badan tenaga vital (vital body/prāṇa-dēha), minda, intelek, ego-halus dan Jiwa. Minda adalah sumber bagi emosi dan fikiran, sedangkan akal adalah sumber bagi penaakulan atau hubungan sebab-dan-akibat antara peristiwa. Setiap satu daripada badan-badan ini adalah lebih halus (tak terlihat/intangible) dibandingkan dengan yang lain. Rujuk kepada artikel, “Manusia terdiri daripada apa?

Ketika kita maju secara rohani melalui amalan kerohanian, kita mula untuk membubarkan lima deria, minda dan intelek. Dengan ini, kami maksudkan bahawa kita mula menyesuaikan usaha dan pemikiran ke arah merealisasikan atau bersatu dengan Tuhan. Melalui proses ini, kita mengatasi minda dan intelek individu dan dengan itu kita mendapat keupayaan untuk mengakses Minda dan Intelek Alam Semesta. Dalam rajah di bawah, kami telah menunjukkan pandangan keratan rentas kerohanian tentang bagaimana Jiwa (ātmā) atau prinsip Tuhan dalam diri kita mula bersinar melalui amalan kerohanian yang sesuai. Hasilnya, kita pun mula memperoleh semakin banyak kualiti-kualiti ketuhanan seperti ‘kasih sayang tanpa pengharapan’ bagi orang lain (prīti), rendah hati,dan kekurangan ego.

Mekanisme di sebalik Kaedah Penyembuhan Rohani

Dari perspektif seorang penyembuh rohani, sesuatu yang lebih penting mula terjadi selaras dengan bermulanya pembubaran pelbagai badan atau lapisan–lapisan badan penyembuh tersebut yang disebabkan oleh amalan kerohanian. Penyembuh tersebut  menerima akses ke tenaga alam semesta yang tahapnya semakin meningkat tinggi.

Adalah disyorkan bahawa seorang individu seharusnya mencapai tahap kerohanian minimum sekurang-kurangnya 50% untuk menjalankan amalan sebagai seorang penyembuh. Ini kerana pada tahap kerohanian ini seseorang mula mendapat akses kepada tenaga alam semesta yang boleh digunakan untuk penyembuhan. Walau bagaimanapun, tahap kerohanian 60% adalah lebih baik kerana pada tahap kerohanian ini minda seorang pencari kerohanian mula hilang/bubar (dissolve). Oleh itu, orang tersebut akan lebih mampu untuk memahami secara halus (subtly understand) akan punca permasalahan kerohanian dan juga untuk mengakses ke tahap perlindungan rohani yang lebih tinggi.

Jadual berikut memberikan maklumat mengenai keupayaan seseorang untuk mengakses tenaga Tuhan yang ketara/manifes (manifest energy) dan tidak nyata /tidak manifes (unmanifest  energy) bergantung kepada tahap kerohanian seseorang. Tenaga Tuhan yang ‘tidak nyata’ adalah lebih kuat dibandingkan dengan ‘tenaga yang nyata’.

Tahap Kerohanian Tenaga Nyata/Manifes (Sagun) Tenaga tidak Nyata/ tidak Manifes (Nirgun)
60% 100 0
70% (Tahap Orang Suci/ Saint bermula) 70 30
80% 50 50
90% 20 80
100% 0 100

Pada awalnya, sebarang keupayaan penyembuhan berlaku kerana dapat mengakses tenaga Tuhan yang nyata (sagun). Ketika minda, intelek dan ego seseorang terus hilang (dissolve) disebabkan oleh tahap amalan kerohanian yang semakin tinggi, seseorang memperoleh akses yang lebih besar ke tenaga Tuhan yang tidak nyata/ tidak manifes (nirgun). Pada tahap kerohanian 90%, tenaga tidak nyata ini memberikan keupayaan untuk menyembuhkan ke tahap yang tak terbatas.

Penyembuhan yang dilakukan oleh Orang Suci pada tahap Niat Suci (Resolve) dan Kehadiran dilakukan hanya mengikut kehendak Tuhan. Oleh kerana pembubaran pelbagai badan telah terjadi setakat yang hebat pada seorang Suci, maka Beliau memahami pemikiran Tuhan dan dengan demikian bertindak sesuai dengan kehendakNya.

Sila rujuk kepada Mekanisme tindakan Niat Suci (Resolve) sebagai kuasa di Alam Semesta dan Hierarki kuasa di alam semesta.

5. Risiko dalam penyembuhan ketika dilakukan pada tahap kerohanian rendah

Seseorang juga boleh menyembuhkan pada tahap kerohanian 40%, jika dia mempunyai keinginan yang besar. Walau bagaimanapun pada tahap ini, seseorang hanya mungkin dapat menyembuhkan kesan daripada hantu tahap lebih rendah yang mempengaruhi orang lain. Bersama-sama dengan keupayaan yang terbatas ini, terdapat bahaya serius yang boleh muncul daripada mencuba untuk menyembuhkan orang lain apabila penyembuh itu berada pada tahap kerohanian yang lebih rendah.

  • Orang tersebut mudah dipengaruhi oleh distres kerohanian (spiritual distress)  daripada.seseorang yang dia cuba menyembuhkan.
  • Jika orang yang sedang disembuhkan itu dirasuki oleh entiti tahap yang lebih tinggi, maka entiti ini boleh bertindak balas dengan teruk terhadap penyembuh tersebut. Akibatnya, penyembuh tersebut dapat menjadi terpengaruh.
  • Pada tahap kerohanian yang lebih rendah, penyembuh juga memiliki tenaga yang terbatas dan oleh itu mengambil masa yang lebih lama untuk mengatasi serangan pada tahap halus (subtle level) dan menyembuhkan.
  • Hal tersebut juga boleh menyebabkan hasil penyembuhan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan dan mengakibatkan pengurangan keyakinan masyarakat dalam penyembuhan rohani. Akibatnya, pesakit mungkin mengalami depresi/kemurungan kerana penyembuhan tidak berlaku seperti yang dijangkakan.
  • Pada tahap kerohanian yang lebih rendah, ego penyembuh itu lebih cenderung untuk naik yang mana sangat merugikan dari sudut pandangan kerohanian. Tahap ego yang lebih tinggi dalam diri si penyembuh boleh digunakan oleh tenaga negatif untuk mempengaruhi dan merasuknya.
  • Jika seseorang menyembuhkan untuk mendapatkan pengiktirafan duniawi, maka dalam tempoh masa tertentu seseorang itu boleh menjadi sasaran tenaga negatif.

Penyembuh pada tahap kerohanian yang lebih tinggi, yang positif secara kerohanian dan yang melakukan penyembuhan tanpa memikirkan diri sendiri, tanpa memberi tumpuan kepada keuntungan material, berupaya mengekalkan kepositifan kerohanian (spiritual positivity) mereka. Lebih-lebih lagi apabila mereka melakukan penyembuhan rohani di bawah bimbingan seorang Guru.

Sebaliknya, penyembuh yang mempunyai ego yang besar dan menyembuhkan untuk kemasyhuran dan wang selalu dirasuki oleh tenaga negatif dan mengurangkan tenaga kerohanian mereka.

Sebagai amalan biasa, 30% daripada para penyembuh adalah positif secara kerohanian, manakala 70% menyembuhkan di bawah pengaruh tenaga negatif. Daripada 30% dari para penyembuh yang positif secara kerohanian, 10% dibantu oleh tenaga positif dari dimensi kerohanian dan 20% menggunakan tenaga kerohanian mereka sendiri. Dalam kes penyembuh rohani yang menggunakan tenaga mereka sendiri dengan tujuan untuk keuntungan peribadi atau pengiktirafan, mereka mengurangkan tenaga kerohanian mereka.

Sumber: Penyelidikan Kerohanian yang dijalankan oleh SSRF

6. Hingga berapa peratuskah, tiga cara ini dapat menyembuhkan permasalahan seseorang yang berkaitan dengan takdir?

3 mod/cara yang kami maksudkan di sini adalah:

  1. Penyembuhan melalui benda-benda tidak bernyawa (inanimate objects)
  2. Penyembuhan melalui orang (penyembuh rohani)
  3. Penyembuhan melalui Orang Suci (Saints)

Bergantung kepada takdir (destiny) seseorang, orang tersebut mengalami jumlah kebahagiaan dan kesedihan dalam hidup yang berbeza-beza. Seperti yang kami telah nyatakan sebelum ini, satu cara yang pasti untuk mengatasi takdir atau sekurang-kurangnya dapat dilindungi daripada kesakitan yang ditimbulkan oleh takdir tersebut adalah dengan mengamalkan Kerohanian mengikut enam prinsip asas amalan kerohanian.

Carta berikut ini memberikan pecahan keamatan permasalahan yang dihadapi oleh orang dalam kehidupan dan bagaimana tiga mod/cara penyembuhan (oleh objek, orang dan Orang Suci) ini boleh membantu dalam mengurangkan permasalahan  tersebut.

Permasalahan dalam kehidupan dan mod/cara penyembuhan kerohanian

  Ringan Sederhana Teruk
Permasalahan dalam kehidupan   
Berapah keamatan ringan, sederhana, teruk? 10% 40% 70%1
% daripada penduduk dunia yang terpengaruh dengan permasalahan menurut keamatan pada tahun 2006. 30% 60% 10%
Bagaimanakah penyembuhan kerohanian boleh membantu?   
Penyembuhan melalui benda-benda tidak bernyawa 30% 10%2 10%
Penyembuhan melalui orang 50% 30% 30%
Penyembuhan melalui Orang Suci 70% 50% 50%

Nota kaki:

  1. 100 bermakna permasalahan yang mengakibatkan kematian yang tidak dijangka
  2. Sebagai contoh bagi bagaimana untuk membaca carta ini, hal tersebut bererti bahawa hanya 10% daripada permasalahan tahap menengah dapat diatasi dengan penyembuhan melalui benda-benda tidak bernyawa

7. Apakah pemangkin yang diperlukan untuk mendapat akses kepada tenaga rohani?

  • Faktor penentu utama sama ada seseorang mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan adalah bergantung kepada tahap kerohanian mereka. Orang-orang dengan tahap kerohanian yang lebih tinggi mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk menyembuhkan secara rohani.
  • Amalan kerohanian yang tetap/teratur meningkatkan tahap kerohanian seseorang. Tahap kerohanian seseorang dapat dicapai disebabkan oleh amalan kerohanian yang dilaksanakan sama ada dalam hidup mereka sekarang atau dalam hayat sebelumnya..
  • Keinginan si penyembuh untuk menyembuhkan merupakan faktor sekunder yang   membantu meningkatkan keupayaan seorang penyembuh rohani untuk menyembuhkan.

Bacalah artikel yang akan datang dalam siri ini tentang, “Bagaimana seorang penyembuh rohani harus melakukan penyembuhan?”.