Mempersembahkan kepada Tuhan berdasarkan bakat dan kemampuan anda

Prinsip-prinsip Asas Kerohanian

Mempersembahkan kepada Tuhan berdasarkan bakat dan kemampuan anda

Kita semua mempunyai sejumlah sumber daya yang boleh kita gunakan. Hal ini adalah anugerah daripada Tuhan kepada kita. Salah satu prinsip asas kerohanian adalah bahawa kita menggunakan sumber daya tertentu ini untuk melayan-Nya sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian kita dan untuk berkembang maju / membesar dari segi kerohanian. Sumber daya yang kita miliki secara meluas terbahagi kepada empat kategori seperti berikut:

1. Tubuh / badan kita

2. Hartabenda dan hubungan duniawi kita

3. Minda dan intelek kita

4. Deria keenam / gerak hati (intuisi) kita

Mari kita lihat keempat – empat aspek ini secara terperinci:

 

1. Tubuh / badan kita

Melayani (memberikan khidmat) dengan tubuh kita bererti menggunakan tubuh fizikal kita untuk melayani (memberikan khidmat kepada) Tuhan. Sebagai contoh:

  • Membersihkan dan menyediakan tempat untuk ceramah tentang kerohanian.
  • Menghantar – jemput para pencari Tuhan (seekers) ke tempat tersebut
  • emasang poster untuk mengiklankan ceramah tentang kerohanian.

 

2. Hartabenda dan hubungan duniawi kita

Contoh melayan / berkhidmat kepada Tuhan dengan menggunakan hartabenda dan hubungan duniawi adalah:

  • Membayar sewa untuk tempat di mana ceramah kerohanian akan diadakan
  • Mengatur untuk mengadakan ceramah kerohanian di institusi yang ada hubungan dengan kita

 

3. Minda dan intelek kita

Menggunakan minda dan intelek adalah berkenaan cara kita melayan / berkhidmat kepada Tuhan dengan menggunakan proses kreativiti dan intelek kita. Contohnya seperti berikut:

  • Menggunakan intelek untuk mempelajari Kerohanian, mengamalkannya dan memberitahunya kepada orang lain.
  • Menggunakan kebolehan menulis kita untuk tujuan menyebarkan Kerohanian dengan menulis artikel mengenai Kerohanian.
  • Membantu dalam menyimpankan rekod dan pentadbiran majlis dan upacara.

 

4. Deria keenam / gerak hati (intuisi)

Sebahagian daripada kita telah dikurniakan dengan deria keenam ( gerak hati / intuisi ) sejak usia muda lagi. Hal ini disebabkan oleh amalan kerohanian sama ada dari kelahiran sebelumnya mahupun kelahiran ini. Tanggungjawab terletak pada kita untuk menggunakan anugerah tersebut hanya untuk tujuan pertumbuhan kerohanian diri kita dan orang lain. Penggunaan deria ke enam (intuisi) kita perlu berada di bawah bimbingan seorang Guru Kerohanian.

 

Secara ringkasnya, sila renungkan hal-hal di bawah ini dalam fikiran:

  • Dengan mempersembahkan secara tekal (konsisten) apa yang kita miliki untuk melayan Tuhan sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian, kita berkembang maju / tumbuh dari segi kerohanian.
  • Bahkan jika seseorang tidak memiliki harta / kekayaan atau intelek yang tinggi, ia masih boleh mempersembahkan tubuh fizikalnya/ badannya dalam perkhidmatan / pelayanan kepada Tuhan dan dengan demikian berkembang maju / tumbuh dari segi kerohanian.
  • Ke empat-empat jenis pemberian yang disebutkan di atas tidak saling terbatas sesamanya. Jika sesorang mempunyai intelek yang bagus dan pengertian yang kuat tentang Kerohanian, dia mungkin hanya cenderung untuk mencurahkan keupayaan inteleknya sahaja. Namun prinsipnya tentang ‘menawarkan segala-gala yang dimiliki’. Oleh kerana orang tersebut memiliki tubuh/badan dan juga beberapa bentuk kekayaan, ia sebaiknya menawarkannya berserta dengan inteleknya sekali
  • Dalam kesemua jenis sumbangan, minda dan intelek adalah yang terunggul sekali, kerana melalui media/perantara tersebut sesorang dapat membantu orang lain untuk mengerti dan memulakan Amalan Kerohanian.