Kesedaran diri adalah langkah pertama untuk perkembangan personaliti
Dartar kandungan
- Kesedaran diri adalah langkah pertama untuk perkembangan personaliti
- 1 Pengenalan kepada kepentingan kesedaran diri
- 2 Apakah itu kesedaran diri?
- 3 Bagaimana untuk meningkatkan kesedaran diri – Dengan memerhatikan diri sendiri
- 4 Bagaimanakah untuk meningkatkan kesedaran diri – Seseorang memberikan kita maklum balas atau memberitahu kesilapan kita
- 5 Bagaimanakah untuk meningkatkan kesedaran diri – Mengamati kesilapan orang lain dan kemudian introspeksi
- 6 Mimpi kita juga boleh memberitahu kita tentang diri kita sendiri
- 7 Secara ringkas
1 Pengenalan kepada kepentingan kesedaran diri
Dalam bahagian pertama kami, kami membincangkan maklumat latar belakang penting mengenai apa yang membentuk personaliti seseorang dan mengapa kelemahan personaliti kemungkinan besar akan mengurangkan kemampuan seseorang untuk maju dan berkembang sebagai manusia. Kelemahan personaliti adalah salah satu sebab utama mengapa kita tidak bahagia. Jika disebabkan oleh takdir (destiny) seseorang perlu mengalami kesakitan, maka kelemahan personaliti adalah salah satu medium utama bagi kita untuk mengalami ketidakbahagiaan ini. Lebih penting lagi bagi mereka yang benar-benar mencari kemajuan kerohanian, kelemahan personaliti boleh menyekat kemampuan mereka untuk maju tanpa mengira jalan kerohanian yang mereka ikuti. Apabila seseorang mengalami kesihatan dan kestabilan mental yang lebih baik (iaitu, dengan kelemahan personaliti yang kurang), lebih mudah baginya untuk memperoleh kemajuan kerohanian yang cepat dan mencapai personaliti yang ideal dengan mengamalkan Kerohanian.
2 Apakah itu kesedaran diri?
Sesiapa yang berdedikasi untuk kemajuan diri (self-improvement), perkembangan peribadi (personal development) atau bermatlamat untuk pertumbuhan kerohanian (spiritual growth) yang lebih tinggi, perlu berusaha untuk memahami diri sendiri secara aktif. Ini kerana hanya apabila seseorang memahami di mana terdapat kekurangan, dia boleh menumpukan usahanya terhadap apa yang perlu diperbaiki?
Definisi kesedaran diri:
- Kesedaran diri ialah keupayaan seseorang untuk introspeksi (mengkaji diri).
- Ia termasuk mendapatkan pemahaman dan pemahaman diri (insight) tentang kekuatan, kualiti, kelemahan, kecacatan, idea, fikiran, kepercayaan, cita-cita, jawapan, tindak balas, sikap, emosi dan motivasi seseorang.
- Oleh itu, introspeksi juga termasuklah menilai bagaimana seseorang dilihat oleh orang lain dan
- Bagaimana orang lain terpengaruh berdasarkan tingkah laku, jawapan dan tingkah laku seseorang.
Ahli psikologi sering membahagikan kesedaran diri kepada dua jenis, sama ada awam atau peribadi.
- Kesedaran Diri Awam (Public Self-Awareness): Jenis ini timbul apabila orang menyedari bagaimana dia kelihatan kepada orang lain. Kesedaran diri awam sering muncul dalam situasi apabila orang berada di pusat perhatian, seperti ketika memberi persembahan atau bercakap dengan sekumpulan teman. Jenis kesedaran diri ini sering memaksa orang untuk mematuhi norma sosial. Apabila kita menyedari bahawa kita sedang diperhatikan dan dinilai, kita sering berusaha untuk bersikap dengan cara yang boleh diterima dan dikehendaki oleh masyarakat. Ringkasnya kita memaparkan tingkah laku terbaik kita, yang mungkin tidak mencerminkan keperibadian/personaliti kita yang sebenar. Kesedaran diri awam juga boleh menyebabkan ‘kebimbangan penilaian’ (‘evaluation anxiety’) di mana orang menjadi tertekan, cemas, atau bimbang tentang bagaimana mereka dilihat oleh orang lain
- Kesedaran Diri Peribadi (Private Self-Awareness): Jenis ini berlaku apabila orang menyedari beberapa aspek diri mereka, tetapi hanya dengan cara yang tersendiri. Sebagai contoh, melihat wajah anda dalam cermin adalah sejenis kesedaran diri peribadi. Rasa sakit perut apabila menyedari bahawa anda terlupa untuk belajar bagi ujian yang penting atau merasa kesunyian jantung anda apabila anda melihat seseorang yang anda tertarik, juga merupakan contoh kesedaran diri sendiri. Keluarga terdekat dan rakan-rakan mempunyai pengetahuan/maklumat peribadi mengenai beberapa aspek peribadi diri kita disebabkan oleh kita meluahkan perasaan / isi hati kita di hadapan mereka. Oleh itu, mereka menjadi teman yang tidak ternilai untuk membantu kita menilai diri kita sendiri.
Apabila kita berlatih menjadi lebih menyedari diri kita dan bagaimana kita dilihat oleh orang lain, kita belajar lebih banyak lagi ciri-ciri kita ketahap yang terperinci. Oleh itu kita berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengatasi kelemahan personaliti kita dan memahami di manakah terletaknya kekuatan kita. Dalam perenggan berikut, kita akan meneliti beberapa cara yang dapat meningkatkan kesedaran diri seseorang.
3 Bagaimana untuk meningkatkan kesedaran diri – Dengan memerhatikan diri sendiri
Untuk memahami keperibadian kita, kita perlu memahami sifat minda kita. Minda ini terdiri daripada dua bahagian – minda sedar dan minda bawah sedar. Minda bawah sedar adalah luas dan kesan yang terpendam di dalamnya tidak mudah untuk dijumpai dan dianalisis. Bagaimanapun, selalunya minda seseorang muncul secara tiba-tiba (erupts) dan bertindak balas terhadap beberapa peristiwa dan situasi yang negatif. Akibatnya, seseorang merasakan jumlah kegelisahan dan emosi tertentu seperti perasaan tidak yakin pada diri sendiri/ tidak selamat (insecurity), ketakutan atau kemarahan. Kebanyakan daripada kita yang menjalani kehidupan seharian dengan susah payah tidak mengambil sedikit masa untuk berhenti sejenak dan introspeksi (mengkaji diri) mengapa kita mengalami emosi pada permulaan. Malah, melalui keadaan seperti itu dalam kehidupan sehari-hari seseorang, minda seseorang, dengan bertindak secara negatif kepada situasi dan peristiwa membolehkannya/ memahami sesuatu dengan jelas dan memberikan vignet/ penerangan ringkas menjadi sifatnya. Jika seseorang itu peka/sedar dan berobjektif terhadap sudut pandangan / cara pemikiran seseorang, seseorang boleh mengikuti laluan melalui peluang untuk bertindak dengan minda terbuka. Hasilnya, melalui proses ini seseorang mula mendapat kesedaran diri yang lebih tinggi tentang bagaimana minda seseorang berfungsi dan bagaimana ia bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan (stimuli). Ini dikenali sebagai metakognisi (metacognition), yang bermaksud kesedaran dan pemahaman tentang proses pemikiran sendiri. Jenis perkembangan diri (self-development) yang khusus ini adalah untuk menjadi sedar tentang tubuh sendiri dan keadaan mental termasuk pemikiran, tindakan, idea, perasaan dan interaksi dengan orang lain. Oleh itu, ia adalah langkah pertama dalam mengatasi emosi dan tindak balas negatif.
Seseorang secara umumnya bertindak balas secara negatif terhadap situasi dan peristiwa disebabkan oleh tanggapan kelemahan personaliti (personality defects) dalam minda sub-sedar (sub-conscious mind).
Marilah ambil contoh. Annette terasa gelisah apabila bosnya memuji rakannya. Dia terus memikirkan kejadian sepanjang hari yang hanya menimbulkan kegelisahannya. Dia mempunyai pemikiran negatif bahawa ‘Tidak kira berapa keras saya cuba, saya tidak pernah mendapat perhatian.”Dengan ringkas Annette berasa tidak baik. Selepas tidur malam yang baik, dia terlupa mengenainya dan tetap meneruskan hidupnya. Sebagai alternatif, jika Annette telah berjaga-jaga dengan perasaan tidak peka dan introspeksi tentang mengapa dia merasakan seperti itu, dia dapat memperoleh pemahaman tentang mindanya dan memahami kelemahan personaliti mana yang dimilikinya menyebabkan kegelisahan itu. Sehubungan itu, pada masa akan datang dia akan menjadi lebih berorientasikan penyelesaian (solution oriented) untuk mengelakkan kegelisahan yang disebabkan oleh kejadian tersebut dan memperoleh kestabilan.
Oleh kerana Annette menjadi lebih sedar/peka terhadap introspeksi mengenai perasaan dan emosinya dalam situasi sedemikian, terdapat peringkat seterusnya untuk dia menjadi lebih sedar diri (self-aware). Sebagai contoh,
- Berapa lamakah kegelisahannya berterusan sebelum dia menyedarinya?
- Adakah dia dapat memperhentikannya dan mengawal perasaan kegelisahan?
- Adakah dia cuba introspeksi (mengkaji diri) dan belajar lebih lanjut mengenai dirinya dan kelemahan personalitinya?
- Di mana lagi jenis ketidakselesaan ini berlaku? Siapa lagi yang terlibat?
4 Bagaimanakah untuk meningkatkan kesedaran diri – Seseorang memberikan kita maklum balas atau memberitahu kesilapan kita
“Kurangkan volume muzik itu Raul”, bapa Raul menjerit. “Tidak ada kedamaian, sedikitpun di rumah ini dengan anda terus bermain muzik yang begitu kuat.” Raul mengutuk secara senyap-senyap supaya orang lain tidak dapat mendengar dan kurangkan volume muzik itu.
Tidak mudah untuk mengambil maklum balas negatif (negative feedback) daripada orang lain tentang tindakan atau kehidupan kita. Pada masa-masa seperti itu, pemikiran seperti, ‘mengapa mereka tidak dapat memahami saya’, ‘Saya tidak seperti itu’ dan ‘Saya tidak mahu mendengar tentangnya’ selalunya akan terlintas di minda kita.
Katakan Raul berhenti sekejap dan melihat keadaan secara objektif; dia mungkin akan belajar satu atau dua perkara tentang bagaimana orang lain melihatnya. Apabila orang lain memberikan kita beberapa maklum balas namun tegas mungkin, ia memberikan kita petunjuk tentang bagaimana kita dilihat oleh orang lain. Sekiranya seseorang mengalami kesakitan akibat tindakan kita, ia sebahagian besarnya disebabkan oleh beberapa kelemahan personaliti dalam diri kita yang menyebabkan tindakan kita memberi impak kepada orang lain dengan buruk.
5 Bagaimanakah untuk meningkatkan kesedaran diri – Mengamati kesilapan orang lain dan kemudian introspeksi
Jeremy dan Ruth bertengkar tentang kerja rumah tangga. Ruth menegaskan bahawa Jeremy tidak melakukan kerja rumah yang secukupnya sementara Jeremy terus memberikan alasan yang lemah bagi mengapa dia tidak dapat melakukan kerja rumah dalam tempoh masanya. Apabila sahabat mereka Mark mendengar hujah mereka, dia menyedari bahawa dia adalah sama seperti Jeremy. Sekarang sebagai orang ketiga dan tidak terlibat secara emosional, Mark secara objektif dia dapat melihat bahawa alasan lemah Jeremy tersebut adalah kebudak-budakan dan tidak logik, dan telah mengecewakan isterinya Ruth. Melihat kesan ini, Mark membuat keputusan/ keazaman mental untuk mengatasi sifat kemalasannya dan menolong isterinya di rumah tanpa memberikan sebarang alasan.
Inilah adalah satu contoh bagaimana apabila seseorang mengamati/ memperhatikan keadaan yang melibatkan orang lain, seseorang akan mendapat pemahaman yang lebih besar tentang diri sendiri. Sebagai seorang yang tidak terlibat secara emosional dalam keadaan, seseorang itu lebih objektif dan dengan itu keupayaan untuk belajar lebih banyak.
6 Mimpi kita juga boleh memberitahu kita tentang diri kita sendiri
Kadang kala impresi (impressions) yang lebih kuat dalam minda bawah sedar (subconscious mind) kita muncul dalam mimpi kita sehingga kita dapat mengingati mimpi itu dan juga mengetahui/ belajar tentang minda kita. Seorang pencari (kerohanian) mendapat mimpi di mana dia mengalami ketakutan sebelum pergi ke pentas untuk menyampaikan ceramah.Dia bangun tidur dengan peluh dan tidak dapat tidur semula selama lebih kurang sejam. Mimpi yang semacam itu sememangnya amat bernilai untuk introspeksi kerana ia dapat memberikan sedikit gambaran tentang isu-isu yang lebih mendalam dalam minda sub-sedar kita.
7 Secara ringkas
- Menjadi sedar diri adalah langkah pertama dalam mengatasi kelemahan personaliti.
- Kesedaran diri dapat dicapai dengan mengamati kesilapan sendiri, meminta orang lain untuk maklum balas, memerhatikan kesilapan lain secara objektif dan melalui beberapa mimpi.
- Apabila seseorang menjadi tidak stabil secara emosi, gelisah atau kecewa seseorang perlu sedar / peka terhadap introspeksi yang lebih mendalam, ia biasanya memberi gambaran tentang beberapa kelemahan personaliti yang telah dicetuskan.
- Kita harus bersifat terbuka untuk belajar tentang diri kita sendiri dan mempunyai keberanian untuk mengambil maklum balas daripada orang lain. Oleh itu, kita boleh menganalisis kesilapan kita secara objektif dan mencari penyelesaian praktikal untuk berubah menjadi lebih baik.