Kenapakah Seseorang Memerlukan Bantuan Kerohanian Selepas Mereka Mati?

Seseorang manusia mempunyai dua tubuh - tubuh kasar (sthūladēha) dan tubuh halus. Bersama dengan ini ianya juga mempunyai energi vital (Prāṇa-shakti) yang mengaitkan kedua tubuh ini bersama. Memahami perkara ini akan membantu kita melihat kenapa seseorang memerlukan bantuan kerohanian selepas kematian. Sila lihat diagram yang dipaparkan di bawah.

1-Malay_comprised-of-human-

Nota: Untuk memahami artikel ini dengan lebih mendalam, kami menyarankan supaya anda membaca artikel bertajuk Kemanakah kita pergi selepas kematian?

Apabila seseorang meninggal dunia, tenaga vitalnya akan terlepas balik ke alam semesta. Tubuh fizikal akan kekal di alam Bumi (Bhūlok) manakala tubuh halus akan bertolak ke alam-halus bergantung kepada merit atau dosa dan tahap kerohanian. Tubuh-halus menjadi berat kerana dosa dan ego yang keterlaluan, dan disebabkan itu mereka terjebak di alam-halus kewujudan peringkat rendah seperti alam Nether (Bhuvarlok). Jika dosa tersebut lebih berat maka tubuh-halus akan ke Neraka (Pātāl).

Dari segi yang lain pula, tubuh-halus menjadi ringan disebabkan oleh perbuatan baik (merit) dan intensiti amalan kerohanian. Semakin tinggi tahap kerohanian, lebih ringanlah tubuh-halus dan lebih lajulah progresnya di waktu persinggahan di tempat tinggal sementaranya.

Selepas kematian, mereka-mereka yang melakukan amalan kerohanian yang kurang berintensiti, akan terperangkap di alam Nether. Tubuh-halus seorang pencari Tuhan (seeker) melepasi alam Nether secara serta-merta kerana keringanan tubuh-halus disebabkan oleh amalan kerohanian. Ianya akan bertolak ke alam-halus kewujudan yang lebih tinggi seperti Syurga (Swarga).

Walau bagaimanapun tubuh-halus yang tidak mempunyai kekuatan dari segi amalan kerohanian akan menetap di alam-halus Nether dan terpaksa melalui/menghadapi distres. Ianya juga tidak akan memperoleh momentum kerana kurang energi kerohanian dan kesucian (keulungan Sattva) dan oleh itu terperangkap di dalam atmosfera berat alam-halus Nether.

Mereka memerlukan bantuan kerohanian untuk perjalanan yang seterusnya. Kini, mereka hanya dapat berharap pada ahli keturunan atau waris mereka untuk melakukan sesuatu (untuk membantu). Memandangkan hal bahawa ahli keturunan adalah pewaris kepada aset atau harta pusaka leluhur/moyang dalam satu atau lebih cara, mereka terikat secara kerohanian untuk mencurah bantuan yang diperlukan oleh tubuh-halus ini. Tetapi, di dalam banyak kes ahli keturunan adalah tidak mahir atau berpengetahuan di dalam hal upacara dan ritual yang perlu dilangsungkan dengan cara yang betul berdasarkan sains kerohanian untuk membantu leluhur mereka. Disebabkan ini, leluhur yang sudah meninggal tidak menerima pelepasan atau relif di dalam alam-halus Nether. Oleh kerana itu para leluhur menyusahkan (seperti disebut di sebuah artikel terdahulu) ahli keturunan mereka, untuk menarik perhatian mereka. Apabila, ahli keturunan di alam Bumi mengalami masalah secara terus-menerus, mereka mula mencari penyelesaian di luar kaedah-kaedah lazim atau konvensional. Di dalam setengah-setengah kes, ahli keluarga yang ditimpa kesusahan mula mendapatkan bantuan kerohanian yang akhirnya memberikan sedikit sebanyak relif kepada leluhur yang telah meninggal dunia.