Dartar kandungan
1. Pengenalan
Sejak kecil lagi saya cuba menjadi seorang yang baik, dan melaksanakan segala tugas ketika umur saya kian meningkat. Namun, pada usia remaja, soalan-soalan seperti ‘Kenapakah kita berada di sini?’, ‘Apakah tujuan hidup?’, ‘Tentu ada sebab kepada segala apa yang sedang berlaku?’ ‘Tuhan semestinya wujud?’ dsb. mula muncul di fikiran saya, dan inilah permulaan jelajah kerohanian saya. Pada mulanya saya membaca banyak buku-buku kerohanian. Selepas itu, saya melakukan carian melalui pelbagai bentuk seni seperti menulis puisi, menyanyi, menggubal muzik, bermain instrumen, dsb. Ketika proses ini sesuatu introspeksi dalaman bermula dan pengalaman kerohanian yang berbeza telah berlaku, tetapi semua ini adalah agak tidak lazim dan masih dalam tahap permulaan. Selepas menghabiskan universiti, semua soalan-soalan saya masih belum terjawap dan saya mula sangsi bahawa terdapat sesuatu makna yang lebih tinggi kepada kehidupan berbanding cara hidup orang lain di sekitar saya. Jadi saya mula mengalami depresi. Walaupun saya mempunyai pekerjaan yang memuaskan dan sebuah apartmen yang besar, saya berasa kosong dan tidak berhaluan pada dalaman. Di siang hari saya pergi bekerja dan di waktu malam saya menghisap marijuana untuk mendapat sedikit ketenangan minda.
2. Memulakan amalan kerohanian di tahun 2001
Perkara yang mengubah kehidupan saya ini berlaku di tahun 2001. Saya hilang pekerjaan saya, tetapi terasa agak senang kerana saya akhirnya memperoleh masa untuk diri sendiri setelah sekian lama. Kemudian saya befikir untuk pergi ke bandar lain untuk mencari penerbit untuk puisi-puisi saya. Di situ saya terjumpa seorang pencari dari SSRF (kini isteri saya). Apabila saya menunjukkan puisi-puisi saya, beliau memberi beberapa komen dan melalui itu saya sedar yang beliau memahami apa yang diinginkan oleh saya. Saya sedar yang beliau sudahpun memahami kehendak jiwa hati saya. Apabila kami duduk berbual, saya mengalami pengalaman rohani yang sangat kuat: saya terasa seperti suatu awanan tenaga suci keemasan mencurah ke atas kami berdua, dan dalam masa 2 jam saya telah mendapat jawapan kepada semua soalan yang terpendam sekian lama. Dari saat itu, saya sedar bahawa inilah jalan kerohanian untuk saya dan saya mula mencanta (chanting) Nama Tuhan. Tabiat saya menghisap marijuana berhenti sepenuhnya selepas 6 bulan mencanta tanpa usaha khas yang lain. Kali terakhir saya menghisapnya, saya mendapat visi-halus (subtle-vision) suatu awan kelabu gelap disekitar saya yang menekan kepala saya dan cuba masuk ke dalam. Selepas itu, saya pasti akan kemudaratan marijuana.
3. Cabaran – mengalami takdir : 2001 – 2008
Segala perkara mula berlaku dengan serta-merta selepas itu. Selang setiap beberapa hari saya akan mendapat beberapa pengaIaman kerohanian positif dan diikuti pengalaman kerohanian yang negatif. Ianya seolah-olah tenaga positif dan negatif sedang berlawan untuk memiliki saya. Saya telah didorongi sepenuhnya oleh amalan kerohanian, dan saya cuba berkongsi semua itu bersama kawan-kawan saya. Mereka akan mendengar apa yang saya kata dengan teliti, tetapi tiada banyak yang berlaku selepas itu. Selepas beberapa lama, keluarga saya sedar yang saya sedang melakukan amalan kerohanian dan saya cuba menerangkan apa ia sebenarnya. Namun, tanpa memahami kepentingan amalan kerohanian bagi saya, perkara yang sebaliknya berlaku – mereka menggunakan kuasa, tenaga, wang dan juga tindakan undang-undang untuk memaksa saya untuk menghentikan amalan kerohanian. Walaupun dulu saya akan sentiasa mengikut cakap mereka, kali ini saya percaya kuat bahawa amalan kerohanian adalah perkara terbaik yang berlaku pada saya, dan saya akan terus melakukannya walau apa sekali pun kos yang saya perlu tanggung. Ini adalah masa yang susah dan mencabar. Saya berpindah ke bandar lain dan mendapat pekerjaan baru yang lebih baik. Saya hilang semua kawan dan keluarga saya tidak menyebelahi pada saya lagi. Saya sering berasa ragu-ragu: Adakah amalan kerohanian berbaloi berbanding dengan kesusahan yang saya perlu lalui? Adakah patut bahawa saya telah melakukan keputusan sebegini? Hanya dengan pertolongan Tuhan dan pencari lain saya berupaya meneruskan canta (chant), menghadir satsang (Perkumpulan Kebenaran Mutlak) dan melakukan Khidmat kepada Kebenaran Mutlak (satsēvā).
4. Amalan Kerohanian menjadi aktiviti penuh masa saya – 2008
Selepas beberapa tahun, saya menjadi penat dari segi mental dan fizikal kerana terpaksa melalui cabaran disebut di atas. Saya akan menghabiskan masa 10 jam bekerja, pulang ke rumah dan melakukan penyembuhan rohani dan bercanta selama beberapa jam, dan saya hanya mempunyai masa 1-2 jam untuk berkhidmat untuk Kebenaran Mutlak (Absolute Truth). Apabila saya berasa tidak boleh teruskan lagi, selepas mencuba sedaya upaya dan berada di penghujung kelaratan saya, segalanya berubah lagi sekali. Selepas beberapa tahun, isu guaman dengan keluarga saya selesai dan penghakiman dijatuhkan menyebelahi saya. Saya kukuh dari segi kewangan yang saya boleh berhenti kerja sementara dan meluangkan segala masa untuk amalan kerohanian. Jadi secara tiba-tiba, segala kesusahan luaran terhenti, dan saya sedari yang segala apa yang telah berlaku adalah hikmah dari Tuhan. Tuhan menyingkatkan takdir buruk saya kepada beberapa tahun sahaja supaya saya boleh mendedikasikan baki hidup saya untuk Kerohanian, dan hanya Tuhan yang telah memberikan saya tenaga untuk menanggung segalanya!
5. Penyucian Ego – 2012
Akhirnya saya mempunyai masa yang cukup untuk amalan kerohanian, jadi saya meluangkan masa lebih dan lebih lagi untuk aktiviti sāttvik dan mengamalkan dengan lebih tekun aspek-aspek lain kerohanian seperti penyucian kelemahan personaliti and penyucian ego. Oleh kerana usaha tambahan, ekspektasi saya kini mula menonjol. Contohnya, saya kerap berfikir bahawa kini saya seharusnya berkembang cepat daIam kerohanian, dan orang lain harus memuji usaha saya, yang saya sepatutnya ditingkatkan kepada khidmat Tuhan yang lebih tinggi tanggungjawabnya, dsb. Namun, ini tidak berlaku. Pencari yang lain berkembang maju lebih cepat dan usaha-usaha mereka diakui dan dikongsi sebagai contoh, jadi saya mula membandingkan diri saya dengan mereka. Kemudian saya rasa kurang baik dan mengalami depresi dan mula berfikir seperti ‘Saya bukan pencari yang baik’, ’Saya tidak memahami apa Tuhan dan Guru sedang melakukan’, ‘Kenapa pencari lain boleh berkembang maju tetapi saya tidak?’. Jadi saya menjadi musuh diri sendiri dan bila pemikiran sebegitu mula mendominasi, saya menceritakan perasaan ragu-ragu dan pemikiran saya kepada pencari. Ianya meluap dari saya bagaikan gunung berapi terpendam, kerana saya menahannya sekian lama. Kuasa dalaman sebegitu kuat, menyebabkan saya meluahkan segalanya, walau pada kos menghentikan amalan kerohanian! Apabila saya berkongsi segalanya, imej yang saya punyai tentang diri saya telah musnah. Saya takut yang Tuhan akan singkirkan saya daripada amalan kerohanian setelah berkongsi semua ini. Namun ini tidak berlaku. Pencari lain tidak menyatakan pendapat bahawa saya tersilap atau bersalah, tetapi menyokong saya dengan ikhlas supaya meneruskan. Hanya kini, saya sedari bahawa ini adalah saat-saat ketika Tuhan menunjukkan dengan jelas ego yang saya punyai dan supaya saya dapat melihatnya sendiri. Kini saya tidak boleh berpura-pura lagi yang segalanya baik tentang diri saya. Penyedaran ini adalah demi memusnahkan ego saya untuk kebaikan diri saya sendiri.
6. Transformasi: 2013 – 2014
Sebelum terjadinya peristiwa disebut di atas, saya memikirkan bahawa saya seorang yang berciri rohaniah (spiritual). Namun, saya sedar bahawa saya tidak tahu apa sebenarnya Kerohanian. Selepas itu, saya terasa yang saya ‘bukan sesiapa’ (‘nobody’). Segala ekspektasi bahawa saya akan mencapai kemuncak kerohanian di dalam kehidupan ini terus hilang, dan di saat itu, transformasi dalaman saya bermula. Saya mula menikmati setiap hari amalan kerohanian dan khidmat kepada Tuhan, dan berasa syukur nikmat kerana berpeluang untuk berada di dalam jalan rohani (spiritual path) ini. Saya mula pergi ke Pusat Penyelidikan Kerohanian (Spiritual Research Centre SSRF) di India setiap tahun dan berada selama minimum 3-5 bulan di situ. Ini dapat saya lakukan hanya kerana rahmat Tuhan. Saya memahami yang saya tidak boleh mengharap atau memaksa Tuhan untuk meningkatkan tahap saya. Apa yang saya boleh lakukan adalah melakukan amalan kerohanian secara ikhlas, sentiasa bersyukur, dan perkembangan kerohanian akan berlaku mengikut masa yang ditentukan oleh Tuhan. Saya tidak tahu berapa banyak takdir yang saya perlu alami di dalam kehidupan ini, tetapi setakat yang ini saya tahu: Tuhan telah menyelamatkan saya daripada kesengsaraan yang besar dan hidup tanpa tujuan dan menunjukkan saya arah untuk mencapai Kebahagiaan abadi!
Semua orang adalah berbeza, jadi kita tidak seharusnya membanding. Semua orang mempunyai jalan kepada Tuhan. Tuhan menunggu kita untuk mengambil langkah pertama dengan memiliki keimanan dan berusaha untuk mencapaiNya. Kemudian, Tuhan akan membantu kita dan membimbing kita melepasi rintangan. Ini adalah sebenarnya apa yang berlaku pada saya. Ramai orang ingat bahawa meluangkan masa di dalam Kerohanian adalah membazir kerana kejahilan mereka, jadi mereka meluangkan tenaga di dalam mengejar matlamat berkaitan duniawi/Maya/Great Illusion. Hakikat sebenar adalah bertentangan sama sekali. Segala pemikiran dan masa yang didedikasikan kepada Tuhan dan amalan kerohanian kekal dalam ingatan kesedaran Tuhan, (memorized in God’s consciousness), dan ianya tidak hilang. Ianya dimasukkan ke dalam ‘akaun kerohanian’. Walau bagaimana pun, semua hal-hal duniawi, matlamat dan pencapaian akan termusnah dan segalanya adalah sementara belaka. Apabila saya mengimbas balik, jika seseorang memberitahu saya dulu apa yang akan berlaku pada saya di masa depan, saya mungkin tertawa senda. Melalui ini saya sedar bahawa Tuhan mempunyai rancangan yang besar untuk kita semua, lebih besar daripada apa yang kita boleh bayangkan, hanya jika kita secara rela meletakkan hidup kita pada tanganNya.
Banyak perubahan dalaman berlaku:
- Kemarahan reda dan saya sentiasa tenang dan dapat menerima situasi
- Ketakutan yang saya kurang baik dan saya tidak akan mencapai Tuhan telah hilang
- Tabiat kehidupan telah menjadi lebih baik. Saya lebih berdisiplin dan rajin dari dulu
- Mementingkan diri sendiri telah berkurangan dan saya juga memikirkan tentang keperluan orang lain
- Introspeksi dan introversi meningkat
- Saya rasa gembira dan puas hati pada kebanyakan masa
- Saya mengalami Kebahagiaan Abadi
Kesyukuran kepada Tuhan
– Mr. A.K., Serbia, Eropah