1. Halangan kepada menjadi sedar diri
Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi halangan biasa untuk mempelajari tentang diri seseorang.
- Tidak mahu memperbaiki diri sebagai seorang manusia: Sesetengah orang tidak mempunyai keingingan asas untuk memperbaiki diri. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa kelemahan personaliti seperti keangkuhan atau kemalasan.
- Kekurangan sikap belajar: Seseorang yang kurang keingingan untuk membelajar tentang kesilapan mereka dan bagaimana untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.
- Sikap ekstrovert: Dalam hal ini, bersikap ekstrovert bermaksud tidak mempunyai kebolehan untuk bersifat meneliti fikiran atau persaan diri dalam situasi hidup. Mari kita ambil tiga contoh dari bab sebelum ini dan lihat bagaimana bezanya sikap meneliti diri dengan sikap ekstrovert.
Contoh | Sikap ekstrovert | Sikap meneliti (introvert) |
---|---|---|
Annette | Mengapa bos saya tidak memuji saya? Saya pun bekerja keras. | Apakah sifat baik rakan sekerja saya yang boleh saya pelajari? |
Raul | Saya tidak mempunyai kebebasan di dalam rumah ini. Saya patut keluar. | Ayah telah melalui hari yang sangat panjang. Bagaimanakah boleh saya membuat dia lebih selesa? Mengapa saya perlu diberitahu perkara yang sama berulang kali? – Dimanakah kekurangan saya? |
Mark | Ruth adalah sama sahaja seperti isteri saya. Semua isteri adalah sama. Saya dan Jeremy patut keluar untuk minum bir. | Jika saya dapat melihat diri saya dalam Jeremy, maka saya hanya malas, saya benar-benar perlu memperbaiki bahagian ini. |
Setelah melihat contoh-contoh di atas, seseorang dapat memahami mengapa dikatakan bahawa, “Mereka yang menghabiskan masa dengan hanya mencari kesalahan pada orang lain, biasanya tidak mengambil masa untuk membetulkan kesalahan mereka sendiri.”
- Ego yang tinggi: Orang dengan ego yang tinggi biasanya tidak suka untuk mengaku kesalahan yang dibuat oleh mereka, apa lagi memperbaiki diri mereka.
- Faktor-faktor kerohanian: Terdapat banyak jenis punca kerohanian pada masalah dalam kehidupan kita. Selalunya orang mengalami kesakitan disebabkan peristiwa yang ditakdirkan, kesan tenaga negatif, masalah yang dicipta oleh nenek moyang, halangan di tenaga vital, dan sebagainya. Kadangkala, sesorang itu mungkin melalui banyak halangan dalam usaha untuk menjadi lebih sedar diri kerana dia tidak dapat berfikir dengan jelas akibat nasib dan takdir yang sederhana ke berat. Tenaga negatif dari dimensi rohani juga mungkin mengaburi pemikiran seseorang dan meningkatkan kelemahan personalitinya. Dari pandangan yang lain, pemahaman bahawa masalah seperti ini wujud dan boleh memberi kesakitan pada kita membantu kita mengambil pandangan yang lebih berfalsafah terhadap kehidupan. Sebenarnya, semua peristiwa-peristiwa besar dalam kehidupan seseorang – baik atau buruk – adalah terutamanya disebabkan oleh takdir.
Seorang pencari (Tuhan) yang terlibat dalam kemalangan kereta yang bukan salahnya, secara intuitif merasakan bahawa sebahagian daripada nasibnya telah selesai. Dia merasakan bahawa dalam kehidupan sebelum ini, dia telah membuat kesalahan terhadap orang itu, maka dalam kehidupan ini, orang tersebut telah membuat kesalah terhadapnya pula. Dengan pemikiran ini, dia mampu kekal stabil dan menjalani kehidupan hariannya dengan tenang.
2. Secara ringkas
- Kita perlu peka terhadap halangan sebegini yang menghalang keupayaan kita untuk menjadi sedar akan kelemahan personaliti kita.
- Walau kesalahan yang kecil ditunjuk oleh orang lain perlu diambil serius kerana ia boleh membawa kepada pendedahan masalah yang lebih mendalam dalam personaliti kita.
- Mempunyai reaksi terhadap maklum balas orang lain kepada kita adalah tanda ego yang tinggi.