-
Meningkatkan amalan kerohanian: Doa memberikan kesan / impak pada amalan kerohanian pada tiga tahap; tindakan, pemikiran dan sikap:
-
Tindakan: Semua tindakan yang didahului dengan doa untuk faedah kerohanian dilaksanakan dengan emosi kerohanian; sehingga kurang kesilapan dilakukan. Oleh itu dengan berdoa, pelbagai tindakan amalan kerohanian (contohnya mengucap dan mengulangi Nama Tuhan (chanting), satsang, satsēvā dsb) berlaku mengikut jalan yang dikehendaki oleh Tuhan atau Guru (Prinsip pembimbing / panduan daripada Tuhan)
-
Pemikiran: Selagi minda ini aktif, pemikiran akan berterusan. Pemikiran merupakan penghalang kepada pembubaran (dissolution) minda. Pemikiran yang tidak berguna juga menyebabkan pembaziran tenaga. Doa adalah alat yang amat berguna untuk mencegah pembaziran tersebut. Doa mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan renungan.
-
Sikap: Doa yang dilakukan dengan emosi kerohanian memulakan proses renungan (bertafakur) dalam diri seorang pencari Tuhan (seeker), dan hal ini membantunya untuk menjadi bersifat introvert (bertafakur / berfikir dalam – dalam).
-
-
Meningkatkan potensi untuk mengucap & mengulangi Nama Tuhan: Seorang pencari Tuhan mengucap dan mengulangi Nama Tuhan (chanting) dengan tujuan untuk merealisasikan Tuhan. Hanya jika disertai dengan motivasi yang kuat untuk mencapai kesedaran Tuhan dan emosi kerohanian, Nama Tuhan yang diucap dan diulangi akan menjadi benar-benar efektif. Seorang Wali Suci (Saint) akan begitu asyik / khusyuk dengan mengucap dan mengulangi Nama Tuhan sehingga beliau menjadi lupa akan dunia. Kita sangat jarang menemui seseorang yang dapat mengucap dan mengulangi Nama Tuhan dengan emosi kerohanian yang begitu intensif. Namun, doa yang berulang kali diberkati dengan pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan (chanting) yang berkualiti, seiring dengan mengucap dan mengulangi Nama Tuhan, membantu dalam membangkitkan emosi kerohanian dan membuat pengucapan dan pengulangan kita dapat mencapai Tuhan.
-
Bantuan Ilahi / Ketuhanan dalam amalan kerohanian: Apabila seorang pencari Tuhan berdoa dengan ikhlas kepada Tuhan agar sesuatu tindakan/pemikiran/sikap berkaitan dengan amalan kerohanian, dilakukan melaluinya (pencari Tuhan), maka suatu tugas yang seolah-olah mustahil dapat dilaksanakan dengan mudah dengan rahmat Guru.
-
Mendapatkan pengampunan bagi kesalahan: Setelah melakukan kesalahan, jika seseorang berdoa dan menyerahkan diri kepada Tuhan atau Guru, maka Tuhan atau Guru akan mengampunkan kesalahan orang tersebut. Namun, doa dan penyerahan diri (pasrah) haruslah sepadan dengan intensiti (keamatan) kesalahan yang dilakukan.
-
Mengurangkan ego: Ketika berdoa kita merayu kepada Tuhan; oleh itu tempat di mana rasa bangga yang ada di dalam diri ditinggalkan dan dengan rendah diri kita mengakui keperluan/kelemahan manusia serta pergantungan kita kepada Tuhan. Maka, doa membantu untuk mengurangkan ego dengan lebih cepat. Sila rujuk pada kepentingan doa.
-
Perlindungan daripada hantu: Doa adalah alat yang ampuh / bersakti yang membantu melindungi seseorang daripada hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dan lain-lain) dan mencipta perisai (suatu aura pelindung) di sekitar diri sendiri.
-
Meningkatkan iman / keyakinan: Apabila doa dikabulkan, keyakinan kepada Tuhan atau Guru meningkat. Iman adalah satu-satunya matawang dalam perjalanan kerohanian kita.