Dartar kandungan
1. Pengenalan kepada sains perubatan moden dari perspektif kerohanian
Sejak zaman dahulu lagi, kajian penyakit dan remedi telah menawan manusia. Hari ini, sains perubatan moden iaitu, Allopathy, telah menjadi terkenal dan diterima dengan meluas sebagai kaedah yang sesuai untuk mengubati penyakit. Kemajuan dalam perubatan moden telah menjelaskan sebab-sebab fizikal dan psikologi di sebalik pelbagai penyakit. Walau bagaimanapun, ia juga adalah benar bahawa sebab-sebab di sebalik pelbagai penyakit masih tidak difahami sepenuhnya oleh sains perubatan moden.
2. Batasan sains perubatan moden
Ia adalah penting untuk memahami sebab-sebab di sebalik apa-apa penyakit atas sebab-sebab yang jelas, seperti mengubati penyakit; ia adalah sama penting untuk memahami mengapa salah seorang daripada dua orang mendapat sakit, walaupun kedua-dua mereka mempunyai peluang yang sama untuk menghidap penyakit itu. Sains perubatan moden banyak menjelaskan tentang perkara pertama, tetapi adalah jarang mengatakan banyak tentang perkara kedua. Banyak kali dalam sains perubatan moden, merawat penyakit bermakna merawat gejala-gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Oleh itu, bagi kebanyakan penyakit, walaupun selepas gejala telah dikawal (suppressed), seseorang itu perlu meneruskan rawatan sepanjang hidup seseorang untuk mengawal diri mereka daripada menghidap penyakit. tanpa benar-benar mengubati penyakit itu sendiri. Kemudian kerana tidak ada penawar kekal, seseorang itu perlu menahan distress/kesusahan fizikal dan psikologi yang berkaitan dengan penyakit tersebut bersama-sama dengan kesan-kesan sampingan rawatan.
3. Kepentingan remedi penyembuhan rohani untuk kesihatan yang lebih baik
Āyurvēda, sistem kesihatan tradisional India, mengakui bahawa punca penyakit boleh berada pada tiga peringkat, iaitu, fizikal, psikologi dan kerohanian. Pada SSRF, melalui penyelidikan kerohanian, kami telah mengenal pasti bahawa punca utama penyakit adalah bersifat kerohanian. Malah sehingga 80% daripada punca mengapa seseorang mendapat penyakit tertentu adalah bersifat kerohanian. Sebab-sebab kerohanian boleh termasuk takdir atau karma seseorang individu, disebabkan leluhur atau tenaga negatif (hantu, iblis, syaitan dan lain-lain). Sebab-sebab kerohanian ini adalah khusus untuk seorang individu. Inilah sebabnya mengapa salah seorang daripada dua orang mendapat sakit, walaupun kedua-dua daripada mereka mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit itu.
Amalan kerohanian dan langkah-langkah penyembuhan rohani adalah alat penting untuk mengatasi penyakit di mana punca, kebanyakan masa, bersifat kerohanian. Kerana ia adalah sukar untuk memahami atau sedar bahawa sebab kerohanian yang bertanggungjawab ke atas penyakit seseorang, pesakit perlu meneruskan rawatan perubatan biasa yang ditetapkan dan bersama-sama dengannya dia harus mengamalkan remedi kerohanian. Apabila seseorang individu menjalankan amalan kerohanian, tahap kerohanian seseorang meningkat dan terdapat perubahan intrinsik dalam konstitusi kerohanian (spiritual constitution). Ia juga mempunyai kesan ke atas minda dan badan. Manfaatnya adalah peningkatan dalam perlindungan daripada penyakit dan lain-lain distress yang timbul daripadanya. Sebagai contoh, walaupun seseorang itu boleh dijangkiti penyakit, distress/kesusahan fizikal dan psikologi yang dialami kerana penyakit tersebut adalah kurang jika dibandingkan dengan seseorang yang tidak melakukan amalan kerohanian. Amalan kerohanian dan langkah-langkah penyembuhan rohani bukan sahaja membantu untuk mengatasi penyakit tetapi juga membantu menjadikan minda seseorang lebih murni dari segi kerohanian dan tidak mementingkan diri sendiri.
4. Kepentingan kaedah penyembuhan rohani berbanding sains perubatan pada masa akan datang
Dunia kini dalam peringkat huru-hara/kekacauan. Orang-rang Suci (Saints) ramai yang telah meramalkan kemungkinan Perang Dunia Ketiga dan bencana alam yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Hasil daripada perang ini akan wujud kekurangan dalam banyak komoditi asas. Kilang-kilang akan ditutup dan ubat-ubatan yang dihasilkan melalui sains perubatan akan tidak boleh didapati. Pada masa itu, seseorang perlu bergantung kepada langkah-langkah penyembuhan rohani dan terapi alternatif (alternative therapies) yang tersedia untuk menyembuhkan penyakit. Dari sudut pandangan ini, belajar dan mengamalkan langkah-langkah penyembuhan rohani dari sekarang adalah penting.
Sila rujuk pada bahagian – ‘Canta (pengucapan) penyembuhan rohani untuk pelbagai penyakit’