1-Malay-sixth-sense

1. Apakah itu deria keenam?

Deria keenam atau keupayaan persepsi halus, adalah keupayaan kita untuk mengesan dimensi-halus atau dunia ghaib iaitu malaikat, hantu, Syurga (Swarga) dsb. Ia juga merangkumi keupayaan kita untuk memahami punca halus dan kesan perhubungan sebalik kebanyakkan peristiwa yang di luar pemahaman intelek. Pengamatan luar deria (ESP), klairvoyans, prarasa, intuisi adalah sinomin dengan deria keenam atau keupayaan persepsi halus. Seluruh laman web ini kita menggunakan perkataan deria keenam, ESP dan keupayaan persepsi halus secara bergantian.

2. Bagaimana kita boleh melihat dan memahami dunia yang tidak dapat dilihat?

SSRF mendefinisikan perkataan ’dunia halus’ atau ’dimensi halus’ sebagai dunia yang di luar pemahaman lima deria, minda dan intelek. Dunia halus merujuk kepada dunia ghaib malaikat, hantu, syurga dsb yang hanya boleh mengesan melalui deria keenam kita.

Kita melihat dunia kasar atau dilihat melalui lima deria fizikal (iaitu bau, rasa, penglihatan, sentuhan dan pendengaran), minda kita (emosi kita) dan intelek kita (keupayaan membuat keputusan). Apabila datangnya dunia ghaib atau dunia-halus, kita mengesannya melalui lima deria-halus, minda-halus dan intelek halus – yang lebih dikenali sebagai deria keenam kita. Apabila deria keenam dibangkitkan atau diaktifkan, ia menolong kita untuk mengalami dunia-halus atau dimensi-halus. Pengalaman dunia-halus juga dikenali sebagai ’pengalaman rohani’.

Sebuah Pengalaman

Sebuah Pengamalan Rohani

experience spiritual-experience

Apakah yang dialami?

Seorang wanita mendapat aroma bunga
mawar dari seikat mawar

Seorang wanita mendapat aroma cendana
tanpa adanya sebarang cendana

Sumbernya

Jelas dan wujud dari dimensi kasar

Tidak jelas dan wujud dari dimensi halus

Medium yang merasakan hal itu

Dikesan melalui 5 organ deria, minda dan intelek. Di dalam contoh ini, melalui organ deria bau iaitu hidung

Dikesan melalui deria keenam iaitu melalui medium organ deria halus, minda halus dan intelek halus. Di dalam contoh ini, melalui organ deria halus bau.

Dalam gambar di atas, kita melihat seorang wanita menghidu seikat mawar. Ini merupakansebuah pengamalan kerana terdapat sumber yang pasti untuk aroma mawar iaitu seikat bunga mawar. Dalam gambar lain, kita melihat seorang wanita tidak menghidu bunga mawar malahan merenung untuk memulakan hari kerjanya. Tiba-tiba dan tanpa sebab yang jelas, dia mendapat aroma cendana. Pada awalnya dia menolak hal ini, sebab dia tidak dapat melihat dari mana datangnya bau dan dia terus merenung hari kerjanya. Walau bagaimanapun, aroma mengikutinya ke tempat kerja dan bersamanya sepanjang pagi. Dia bertanyakan orang lain jika mereka boleh menghidu aroma tersebut tetapi tidak sesiapa pun. Ini merupakan pengalaman rohani. Dalam kes ini, wanita tersebut menghidu aroma yang berasal daripada dimensi-halus dan mengalami aroma melalui medium deria halus baunya. Keupayaan mengesan dan mengalami dimensi-halus melalui lima deria-halus, minda-halus dan intelek-halus dikenali sebagai deria keenam.

3. Persepsi deria keenam melalui lima organ deria halus

Dunia ini diperbuat daripada lima Prinsip Mutlak Kosmik (Panchatattva). Prinsip Kosmik ini tidak dapat dilihat tetapi membentuk setiap ciptaan. Apabila deria keenam kita diaktifkan, kita mula menyedari Prinsip Mutlak Kosmik secara berperingkat, permulaan dari yang paling kasar ke paling halus. Oleh itu, kita berupaya menyedari mereka mengikut elemen-elemen Bumi Mutlak (Pruthvī), Air (Āpa), Api (Tēj), Udara (Vāyu) and Eter (Ākāsh) melalui deria-halus bau, rasa, penglihatan, sentuhan dan pendengaran masing-masing.

Jadual berikut memberi contoh-contoh pengalaman rohani yang positif dan negatif yang kita mungkin menyedari melalui deria keenam kita, iaitu, melalui medium lima deria-halus.

Deria Keenam Organ halus

Elemen Mutlak Kosmik yang terlibat

Contoh berkaitan dengan pengalaman rohani

+ Pengalaman positif

Contoh berkaitan dengan pengalaman rohani

– Pengalaman negatif

Bau

Elemen Mutlak Bumi

Mendapat aroma cendana apabila sumber jelas tidak ada

Mendapat bau kencing di sekeliling rumah tanpa sebab

Rasa

Elemen Mutlak Air Merasai rasa manis di dalam mulut tanpa memasukkan apa-apa ke dalam mulut Mengalami rasa pahit di dalam mulut

Penglihatan

Elemen Mutlak Api

Melihat dewa atau melihat aura

Melihat hantu

Sentuhan

Elemen Mutlak Udara

Rasa seumpama tangan diletakkan di atas kepala apabila ketiadaan sesiapa

Diserang pada waktu malam oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb)

Pendengaran

Elemen Mutlak Eter

Mendengar bunyi loceng atau bunyi siput kon apabila tidak adanya loceng atau siput kon

Pendengaran suara yang mengancam apabila tiada sesiapa

Apabila seseorang mengesan sesuatu melalui organ deria halus, contohnya bau, sumbernya boleh dalam bentuk tenaga positif seperti dewa atau tenaga negatif seperti hantu.

4. Bagaimana seseorang mengembangkan deria keenamnya?

Dunia-halus adalah di sekeliling kita, tetapi kita tidak boleh menyedari dunia ini. Walaupun kita tidak boleh menyedarinya, ia memberi kesan terhadap kehidupan kita dengan tahap yang kuat. Untuk dapat menyesuaikan ke dunia ini kita memerlukan suatu ’antena rohani’ iaitu deria keenam kita perlu dibangkitkan. Deria keenam kita mengembang apabila kita melakukan amalan rohani. Dengan amalan rohani yang tetap dilakukan mengikut enam prinsip asas Kerohanian, kita meningkatkan tahap rohani dan berupaya menyedari dan mengalami dunia-halus dengan peringkat yang lebih tinggi.
5-Malay-Eng_TV-antenna

Minda dan intelek alam semesta: Sama seperti ciptaan Tuhan seperti manusia, haiwan dsb mempunyai minda dan intelek, begitu juga kesemua ciptaan Tuhan, Alam semesta mempunyai Minda dan Intelek Alam Semesta yang mengandungi maklumat yang benar-benar tulen mengenai semua benda di Alam Semesta. Ia boleh dianggap sebagai Minda dan Intelek Tuhan. Apabila seseorang maju dalam kerohanian, minda dan inteleknya bergabung dengan Minda dan Intelek Tuhan dan maka begitulah bagaimana seseorang berupaya mendapat maklumat mengenai keseluruhan ciptaan Tuhan.

Ini adalah sama seperti televisyen memberi sinaran hitam dan putih yang kabur apabila ia tidak disambung ke antena. Walaupun stesen televisyen menghantar isyarat, televisyen tidak dapat menangkapnya sehingga ia disambungkan ke antena. Cara yang sama, dunia-halus dan kehadiran Tuhan sentiasa ada di sekeliling kita, tetapi kita tidak menyedarinya sehingga kita mula melakukan amalan rohani, iaitu membolehkan deria keenam.

Sila rujuk bahagian dalam amalan rohani dalam mengembangkan deria keenam atau keupayaan persepsi halus.

Kadang-kadang kita melihat orang yang mempunyai keupayaan mengesan dunia halus dari usia muda walaupun mereka tidak melakukan sebarang amalan rohani. Ini adalah sebab mereka mencapai tahap rohani yang diperlukan daripada amalan rohani yang dilakukan dalam kelahiran yang lalu (kehidupan yang lalu). Sebab yang lain mungkin berlaku adalah disebabkan mereka dirasuk oleh hantu seperti ahli sihir-halus (māntrik) sejak kelahiran. Dalam kes ini, ia sebenarnya deria keenam ahli sihir-halus yang dipaparkan.

5. Deria keenam dan tahap rohani

Luasnya (bahagian) dunia yang dikenali dibanding dengan dunia halus atau dimensi halus adalah 1 kepada infiniti.

Apabila tahap rohani semakin meningkat, kita berupaya secara berperingkat menyedari lebih banyak dunia-halus melalui keupayaan persepsi halus iaitu deria keenam kita. Jadual berikut menunjukkan bagaimana deria keenam berkembang dengan peningkatan tahap rohani.

Tahap rohani seseorang (%)

Deria halus

Halus dan intelek halus

40%

10%

40%

50%

30%

50%

60%

70%

60%

70%

100%

70%

80%

100%

80%

90%

100%

90%

100%

100%

100%

Dari jadual di atas, kita dapat melihat bahawa jumlah maksimum yang dapat dirasakan oleh deria organ halus yang dicapai pada tahap rohani 70%. Maka, dengan peningkatan yang seterusnya dalam tahap rohani, tidak ada peningkatan yang seterusnya dalam persepsi halus melalui lima deria organ halus. Walau bagaimanapun, minda halus dan intelek halus terus semakin berselaras dengan Minda Alam Semesta dan Intelek Semesta sehingga tahap rohani 100% dicapai. Jadual di bawah menunjukkan tahap rohani yang minimum yang diperlukan untuk berupaya menyedari setiap lima deria-halus secara individu jika deria keenam seseorang adalah semata-mata fungsi tahap rohani. Sebagai contoh, seseorang boleh menyedari deria-halus bau pada tahap rohani 40%.
9-Malay-level-for-perception-tableManakala graf bar berfungsi sebagai panduan untuk menerangkan perhubungan langsung di antara tahap rohani dan deria keenam, ia adalah penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:

  • Apabila seseorang memperolehi pengamalan rohani iaitu bau-halus, ia tidak semestinya bermaksud bahawa dia mencapai tahap rohani 40%. Lebih sering daripada setidaknya, ia adalah kes sementara atau peningkatan sementara tahap rohani atau keupayaan sebab amalan rohani yang kuat seperti mengucap dan mengulang Nama Tuhan atau berada bersama Orang Suci/Saint, dsb.
  • Mungkin juga ada faktor lain yang menyumbang kepada pengalaman ini. Sebagai contoh, jika hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) mahu seseorang menghidu bau kencing di sekitar rumah untuk menakutkan orang tersebut, ia menggunakan tenaga rohani untuk melakukannya. Ini adalah tanpa sebarang peningkatan tahap rohani pada orang yang disasarkan.
  • Ini tidak bermaksud semua orang pada tahap rohani 40% akan menyedari bau-halus. Tahap rohani seseorang adalah fungsi yang bergabung dari kebanyakkan sifat; deria keenam adalah salah satu daripada sifatnya. Rujuk ke artikel tahap rohani.
  • Ia juga tidak bermaksud bahawa seseorang boleh menyedari sehingga 100% pelbagai bau-halus yang ada atau boleh menyedarinya setiap masa dan pada bila-bila masa.
  • Ia juga tidak bermaksud bahawa seseorang pada tahap rohani lebih daripada 40% akan menghidu aroma-halus. Seseorang boleh mencapai status Orang Suci/Sainthood (iaitu 70% tahap rohani) tanpa sekali pun telah mengesan melalui lima deria-halus. Salah satu sebab tidak menerima pengamalan seumpama itu mungkin seseorang telah mengamalinya pada kelahiran yang lalu dan tidak perlunya sekarang. Kesemua Orang Suci/Saint mempunyai deria keenam yang menyedari minda dan intelek halus.

Anda juga boleh melihat daripada graf di atas bahawa deria-halus sentuhan dan pendengaran adalah hanya disedari pada tahap yang tinggi. Alasan untuk ini adalah bahawa ia adalah lebih halus daripada lima deria-halus.

6. Deria keenam dan jantina

Wanita, secara amnya, mempunyai deria keenam yang lebih kuat daripada lelaki. Keupayaan pengamatan luar (ESP) lebih semulajadi pada perempuan dan perempuan adalah lebih cenderung menjadi intuitif berbanding lelaki. Salah satu sebab untuk ini adalah lelaki lebih berorientasikan intelektual dan lebih cenderung ke arah rasional.

7. Pengalaman rohani yang melibatkan minda halus dan intelek halus.

Kadang-kadang seseorang mengalami perasaan yang aneh seperti pulang ke rumah apabila melihat sebuah rumah yang tidak dikenali, prarasa berlakunya bencana atau perasaan cinta abadi terhadap seseorang bertentangan dengan keinginan seseorang. Ini adalah pengamalan melalui minda-halus. Kita tidak boleh memahami sebab sebalik perasaan ini. Kadang-kadang kita mendengar mengenai orang yang menerima maklumat daripada dimensi-halus dan yang berbual dengan makhluk di rantau-halus. Perenggan berikut akan menerangkan fenomena ini dengan lebih mendalam.

7.1 Bagaimana seseorang menyedari maklumat ini?

Orang yang menerima pengetahuan daripada dimensi-halus secara amnya menerima secara tiga cara:

  • Melalui membiarkan entiti-halus menggunakan tangan seseorang untuk menulis mesej mereka (dikenali sebagai penulisan automatik)
  • Melalui penglihatan di mana mereka sebenarnya boleh melihat perkataan atau ayat-ayat di hadapan mata mereka
  • Melalui pemikiran

Di antara keadah-keadah di atas, menerima jawapan di dalam pemikiran adalah paling halus di antara tiga cara tersebut.

7.2 Sumber pengetahuan

Orang yang menyedari pengetahuan daripada dimensi-halus menerimanya sama ada:

  • Secara automatik disebabkan keupayaan mereka untuk menerokai Minda dan Intelek Alam Semesta, atau
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya khususnya melalui mereka kepada entiti-halus. Mereka berupaya melakukan sedemikian melalui deria keenam mereka melalui medium minda dan intelek-halus.

Dalam kedua-dua kes, seseorang yang memahami dimensi-halus, tetapi hanya seorang yang telah berkembang secara rohani boleh membezakan pengetahuan yang diterima dari cara pertama atau kedua. Dalam kebanyakkan kes, orang yang berbual dengan tubuh-halus dari pelbagai rantau-halus seperti rantau Nether (Bhuvarlok) dan rantau Neraka (Pātāl), dan jarang sekali dari dewa atau Tuhan, iaitu Minda dan Intelek Alam Semesta.

Jenis dan mutu atau tahap maklumat yang diterima bergantung kepada tahap rohani orang yang menerimanya.

10-Malay-Eng_Access-to-subtleMaklumat daripada sumber yang lebih rendah:

Pengetahuan Mutlak, juga dikenali sebagai pengetahuan Ketuhanan bahawa pengetahuan yang lengkap, benar-benar tulen dan tidak berubah atau Kebenaran muktamad.

Maklumat yang diterima daripada tubuh-halus yang termasuk dalam kawasan lebih rendah, iaitu dari kawasan Nether atau kawasan Neraka, kebanyakkannya bersifat duniawi dan hanya terhad sebahagian dari dunia dan pada tempoh masa yang singkat. Sebagai contohnya mendapat maklumat mengenai sama ada Presiden Bush akan mengisytiharkan perang dengan Iran dan jika demikian bila atau parti politik yang mana akan berkuasa di sesetengah negara.

Maklumat yang diterima oleh Nostradamus sebagai contoh dalam kategori ini. Nostadamus, beliau berada pada tahap rohani 50%, menerima maklumat daripada tubuh-halus pada tahap rohani 40%. Kebanyakkan medium jatuh dalam kategori ini untuk menerima pengetahuan. Tubuh-halus pada tahap rohani 40% mungkin menerima pengetahuan yang berada di luar batasannya daripada tubuh-tubuh halus yang lebih tinggi. Juga, tubuh-tubuh halus yang sama atau sedikit lebih tinggi tahapnya mempunyai pengetahuan yang diperlukan, mungkin dapat menyampaikannya. Ini adalah seperti seorang tukang batu meminta pengetahuan mengenai seni bina atau pertukangan daripada orang lain.

Pengetahuan daripada sumber yang lebih tinggi:

Seluruh alam semesta terdiri daripada empat belas rantau atau alam (lokas) yang wujud, merangkumi tujuh alam positif dan tujuh alam negatif. Bumi adalah satu-satunya alam fizikal manakala alam yang lain bersifat halus secara semulajadi. Syurga adalah hanya salah satu alam positif yang kita pergi selepas meninggal dunia.

Pengetahuan yang diterima daripada tubuh-halus dari rantau yang lebih tinggi seperti Maharlok (melebihi Syurga) dan ke atas, adalah bersifat kerohanian. Pengetahuan yang diperolehi secara progresif adalah keperluan sejagat dan kepentingannya berpanjangan dari segi tempoh masa abad. Penerimaan pengetahuan ketuhanan daripada Minda Alam Semesta dan Intelek Alam Semesta (iaitu minda dan intelek aspek Tuhan) merupakan jenis yang tertinggi. Seperti yang ditunjukkan di atas, ia adalah hanya untuk Orang Suci/Saint untuk menerima pengetahuan ini. Sebagai contohnya penerima pengetahuan yang terkandung dalam Vēdās Suci oleh Orang Bijak/Sage dari India kuno (Bharat).

Untuk memastikan kebenaran sumber pengetahuan atau ketepatan, seseorang perlu mempunyai tahap rohani yang sangat tinggi iaitu Orang Suci/Saint 90% atau ke atas.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang kesemua alam-halus dan rantau sila baca artikel ‘Ke mana seorang pergi selepas kematian fizikal?’.

7.3 Bagaimana seorang mengetahui bahawa pengetahuan yang diterima dari sumber luar atau pemikiran separa sedar seseorang?

Terdapat beberapa petunjuk yang mencadangkan bahawa pengetahuan yang diterima dari sumber luar berbanding dengan imaginasi sendiri.

  • Apabila kandungan pengetahuan tersebut benar-benar asing terhadap bidang pengetahuan si penerima. Sebagai contoh, terdapat seorang pencari Tuhan yang hampir nyaris ke sekolah tinggi namun menerima gambar rajah kompleks mengenai mesin.
  • Kuantiti pengetahuan yang dikumpulkan adalah petunjuk lain. Seorang pencari Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian (SSRF) telah menerima Pengetahuan Ketuhanan daripada dimensi-halus sejak 28 Oktober 2003. Setiap hari dia menerima pengetahuan lebih 15-20 halaman saiz A4. Pengetahuan rohani ini pada masa ini dianalysis dan dikategorikan untuk manfaat manusia.

7.4 Faktor-faktor yang menentukan siapa yang menerima pengetahuan melalui intelek halus.

Terdapat kombinasi faktor yang menentukan siapa yang menerima pengetahuan daripada yang halus. Tahap rohani seseorang adalah salah satu faktor utama yang menentukan siapa yang menerima pengetahuan daripada yang halus. Selain tahap rohani, faktor-faktor yang menentukan dalam memperoleh pengalaman rohani yang lebih tinggi, seperti penerima pengetahuan adalah:

  • Motivasi dan hasrat keinginan yang kuat daripada orang tersebut
  • Kepentingan untuk misi Tuhan
  • Tekad dan berkat Guru (tuan rohani dan bimbingan yang melebihi tahap rohani 70%)
  • Takdir seorang

Perlu dinayatakan bahawa jika seseorang pada tahap rohani yang lebih tinggi berminat untuk menimba ilmu yang bersifat lebih rendah, misalnya melibatkan kejadian harian di Bumi, walaupun beliau berupaya menerima pengetahuan daripada tubuh-halus yang lebih tinggi, beliau boleh menerima pengetahuan seumpama melalui tubuh-halus yang lebih rendah. Sebaliknya, jika seorang pada tahap rohani yang rendah iaitu 50% mempunyai motivasi yang mendalam untuk belajar prinsip-prinsip yang lebih tinggi mengenai sains kerohanian, dia akan menerima pengetahuan daripada tubuh-halus lebih tinggi atau tubuh-halus dari rantau yang lebih tinggi, terutamanya diberkati Guru.

7.5 Deria keenam, prarasa dan masa dan ruang

Kadang-kadang orang mempunyai prarasa mengenai hal-hal yang akan berlaku atau sebuah perasaan mengenai hal-hal yang telah berlaku di masa lalu. Ini adalah dimungkinkan dalam dua cara:

  1. Melalui tubuh-halus: Prarasa (maklumat) telah dimasukkan ke dalam minda separa sedar oleh tubuh-halus. Dalam kebanyakkan kes, tubuh-halus atau entiti adalah hantu dari rantau Nether atau rantau Neraka. Tubuh-halus ini dalam beberapa kes mempunyai keupayaan untuk melihat masa lampau. Jika mereka sendiri tidak mempunyai keupayaan, mereka mendapat maklumat daripada hantu yang lebih tinggi seperti ahli sihir-halus dengan keupayaan ini.
  2. Mengakses Minda dan Intelek Alam Semesta: Terdapat tujuh lapisan ke Minda dan intelek Alam Semesta. Bergantung kepada mutu deria keenam seseorang, seorang mungkin berupaya meneroka ke lapisan lebih rendah atau lebih tinggi Minda dan Intelek Alam Semesta.

Dalam kebanyakkan kes prarasa (peringatan awal dari masa depan), klairvoyans (maklumat yang diterima dari tempat yang jauh) dan prekognisi (maklumat yang diterima dari waktu yang jauh), maklumat yang diterima daripada tubuh-halus dan bukan melalui keupayaan seseorang mengakses Minda dan Intelek Alam Semesta. Kemudaratan tubuh-halus yang boleh disebabkan akan diterangkan dalam bahagian seterusnya.

7.6 Ketepatan pengetahuan yang diterima dari dunia halus

Seseorang secara am menerima pengetahuan daripada tubuh-halus dengan tahap rohani yang sama dengan orang tersebut, dan ketepatan dan mutu pengetahuan adalah juga sama. Untuk memahami konsep ini, ambil kira skala 0 hingga 100%, iaitu tiada pengetahuan adalah 0%. Pengetahuan yang terendah yang difahami melalui intelek ialah 1% dan yang tersedia ada dari Intelek Alam Semesta ialah 100%.

  • Seorang pada tahap rohani 40% secara am menerima pengetahuan daripada tubuh-halus yang sama tahap rohaninya iaitu 40%, tetapi ketepatan juga 40% dan mutu pengetahuan juga 40%.
  • Sehingga tahap rohani 70%, penerimaan pengetahuan adalah kemungkinan daripada hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) dan oleh itu disertai dengan sebahagian tenaga hitam. Mereka yang tidak menyedari mekanisme ini, penerimaan pengetahuan akan mungkin jahil mengenai aspek ini dan oleh itu secara buta-buta mempercayai akan kesemua pengetahuan yang diterima. Jika pengetahuan yang diterima melalui tubuh-halus, terdapat kemungkinan yang kuat bahawa ia adalah sebahagian atau sepenuhnya tidak benar. Tubuh-halus sering memberi beberapa pengetahuan yang betul pada permulaanya untuk mendapatkan kepercayaan. Setelah ini dicapai, mereka seterusnya memberi pelbagai peringkat maklumat yang tidak betul atau mengelirukan.
Faktor lain yang penting seseorang perlu memastikan bahawa pengetahuan yang diterima daripada tubuh-halus selalu menyelubungi tenaga hitam. Ini akan memberi kesan negatif kepada si penerima dalam pelbagai cara seperti jatuh sakit, lemah dari segi psikologi, muram pemikiran dll. Tetapi proses ini berlaku beransur-ansur sehingga ia terlepas daripada perhatian orang tersebut dan keluarga serta kawan-kawannya. Jika dalam proses penerimaan pengetahuan ini berterusan untuk beberapa waktu, secara perlahan orang itu akan menjadi boneka maya di tangan tubuh-halus yang digunakan dalam pelbagai cara untuk melanjutkan kepentingan tubuh-halus.
  • Tetapi selepas tahap rohani 70%, pengetahuan yang diberi oleh tubuh-halus positif seperti Orang Suci/Saint atau Orang Bijak/Sage dari rantau lebih tinggi di atas Syurga, atau diterima melalui media Minda dan Intelek Alam Semesta, dan tiada tenaga hitam bersama-sama pengetahuan.
  • Selepas mencapai tahap rohani 70%, seorang mula menerima Pengetahuan Mutlak daripada Minda dan Intelek Alam Semesta.

Terdapat pelbagai tahap untuk memahami aspek negatif dimensi-halus seperti hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb), perasukan syaitan dan diserang oleh hantu. Selalunya, apa yang orang berupaya mengalami hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu.Hanya dengan tahap rohani 90% ke atas seseorang berupaya menyedari keseluruhan spektrum dimensi-halus.

Sila rujuk artikel tentang kedalaman keupayaan untuk menyedari aktiviti paranormal dengan deria keenam.

8. Penyalahgunaan deria keenam (ESP)

Deria keenam digunakan hanya untuk perkembangan rohani terhadap realisasi-Tuhan, yang merupakan muktamad dalam perkembangan rohani. Dari prespektif rohani yang murni, ia dianggap penyalahgunaan apabila deria keenam digunakan untuk hal-hal lain, seperti hal duniawi. Dalam erti kata lain, jika psikik menggunakan keupayaan psikik untuk mengetahui jika seseorang akan berkahwin atau mendapat kerja, ia dianggap penyalahgunaan dari prespektif rohani.

Apabila deria keenam (ESP) disalahgunakan oleh seseorang iaitu psikik, dari masa ke semasa dua perkara akan berlaku:

  1. Mereka akan kehilangan keupayaan. Ini secara umumnya berlaku dalam masa 30 tahun.
  2. Mereka menjadi sasaran ahli sihir-halus dengan kuasa rohani yang tinggi. Ahli sihir pada mulanya akan memberi beberapa maklumat yang tulen, cukup untuk mendapat keyakinan seorang. Walau bagaimanapun, mereka kemudian menyesatkan mereka dan orang yang mereka bimbing. Dalam kes seperti ini, keupayaan psikik mereka berlansung untuk tempoh yang lama dan malah mungkin kelihatan bertambah mantap. Tetapi keupayaan psikik bukannya menurut kuasa orang tersebut tetapi disebabkan ahli sihir-halus yang membimbing psikik. Dalam kes ini, hadiah yang jarang ini iaitu deria keenam yang tersedia kepada orang tersebut boleh digunakan untuk realisasi-Tuhan disia-siakan untuk perkara-perkara kecil.