1. Definisi

  • Amalan kerohanian dengan harapan (sakām sādhanā): Ini adalah amalan kerohanian yang dilakukan dengan harapan untuk memperolehi keuntungan duniawi.

    Sebagai contoh: Berdoa, mempersembahkan (sesuatu), berpuasa atau melakukan beberapa ritual (tatacara dalam upacara keagamaan) untuk:

    • Memperoleh harta kekayaan

    • Mendapatkan pekerjaan

    • Mencari objek yang hilang

    • Mengandung anak

    • Mengatasi penyakit

    • Memastikan keselamatan orang yang disayangi

  • Amalan kerohanian tanpa harapan (nishkām sādhanā): Ini adalah amalan kerohanian yang dilakukan dengan satu tujuan untuk kemajuan/pertumbuhan kerohanian. Oleh itu, dalam mod / cara amalan kerohanian ini, para pencari terhadap pertumbuhan kerohanian akan meneruskan amalan kerohanian mereka sambil menggunakan setiap peristiwa dalam kehidupan mereka untuk pertumbuhan kerohanian. Sekiranya mereka berhadapan dengan situasi yang sukar, mereka akan menggunakan situasi tersebut untuk pertumbuhan kerohanian dengan mengurangkan ego mereka atau menyerahkan hasil daripada situasi tersebut kepada kehendak / hajat Tuhan (Īshwarēchhā).

Lihat artikel tentang doa dengan harapan dan tanpa harapan

2. Perbandingan di antara mod / cara sakam dan nishkam dalam amalan kerohanian

  • Apabila kita melakukan amalan kerohanian sejumlah tenaga rohani akan dihasilkan. Sekiranya tenaga rohani ditumpukan terhadap keuntungan duniawi seperti dalam mod/cara amalan kerohanian sakam, keinginan- keinginan tersebut mungkin akan tercapai tetapi pertumbuhan kerohanian tidak akan berlaku. Ini adalah seumpama mencuba mengisi sebuah balang yang bocor; balang tersebut tidak akan penuh. Apabila kita melakukan amalan kerohanian nishkam maka semua tenaga yang dihasilkan daripada amalan kerohanian digunakan untuk menjana pertumbuhan kerohanian. Apabila seorang pencari Tuhan melakukan amalan kerohanian nishkam bukan sahaja pertumbuhan kerohanian berlaku, malahan kebendaan dan keperluan duniawi juga terurus / diberi perhatian dengan sunguh – sunguh.

  • Para pencari Tuhan akan mengalami kebahagian duniawi dengan melakukan amalan kerohanian sakam sementara dia mengalami Kebahagiaan Abadi (Ānand) dengan melakukan amalan kerohanian nishkam.

MAL_Sakaam-and-Nishkam

  Amalan kerohanian dengan harapan (Sakām sādhanā) Amalan kerohanian tanpa harapan (Nishkām sādhanā)
Mengaktifkan: Aspek penyelamat Tuhan Guru atau Prinsip Pengajaran Tuhan
Hasil:

Bagi keinginan duniawi untuk dikabulkan bergantung kepada:

– Intensiti / keamatan amalan kerohanian

– Takdir yang harus dialami oleh seseorang

Pencari Tuhan mengalami pertumbuhan kerohanian

Mengaktifkan:   Aspek penyelamat Tuhan
Hasil:   Aspek duniawi kehidupan pencari Tuhan dijaga / diberi perhatian oleh Tuhan.
Mengaktifkan:   Aspek pemusnah Tuhan
Hasil:   Aspek pemusnah prinsip Tuhan akan menghilangkan halangan / gangguan daripada sesiapa yang menyusahkan pencari Tuhan. 
  • Apabila kita melakukan amalan kerohanian sakam, kita mengaktifkan aspek penyelamat prinsip Tuhan. Hasil terakhir daripada apa yang kita doakan atau inginkan sebahagian besarnya dipengaruhi oleh intensiti/keamatan amalan kerohanian dan takdir kita. Apabila kita melakukan amalan kerohanian nishkam, kita mengaktifkan prinsip Guru atau Prinsip Pengajaran Tuhan yang menjaga pertumbuhan kerohanian kita. Walau bagaimanapun, bersama-sama dengan ini, kita juga mengaktifkan aspek penyelamat (tārak) Tuhan. Sekiranya seorang pencari Tuhan yang mengamalkan amalan kerohanian nishkam dihalang atau diganggu oleh sesiapa, maka Tuhan dalam bentuk pemusnah (mārak) diaktifkan untuk melindungi pencari Tuhan dan memberi pengajaran kepada orang yang menggangu pencari Tuhan tersebut.

  • Amalan kerohanian sakam tidak boleh memberi keabadian / keteguhan. Sebagai contoh, katakan seseorang melakukan amalan kerohanian untuk memperolehi harta kekayaan. Sebaik sahaja dia menerima kekayaan keinginannya tidak berhenti di situ. Dia mungkin meminta kesihatan yang baik, pasangan hidup yang baik, anak dan sebagainya. Oleh itu, dia terperangkap dalam lingkaran ganas yang cuba memuaskan pelbagai keinginan. Hasrat seupama itu tidak berakhir, kerana sentiasa ada sesuatu yang belum dicapai / dipenuhi. Jadi, seseorang tidak boleh mengalami kepuasan yang sepenuhnya daripada mod amalan kerohanian ini. Namun, ketika tujuan tunggal mod amalan kerohanian nishkam sesorang tercapai, dia menyedari dirinya yang sebenar dan menyedari / merealisasikan Tuhan. Pada peringkat evolusi kerohanian ini, dia mendapat pengalaman kekal daripada Kebahagiaan Abadi yang berterusan.

  • Amalam kerohanian sakam adalah mengenai (mengalami) semua ciptaan atau benda-benda yang dicipta, manakala amalan kerohanian nishkam adalah mengenai (mengalami) Pencipta. Amalam kerohanian sakam adalah mengenai mendapatkan sesuatu / berbagai hal dalam Ilusi Besar (Māyā), manakala amalan kerohanian nishkam adalah mengenai menyedari dan mengalami Kebenaran Mutlak, iaitu Tuhan.