1. Pengenalan
Kajian kerohanian telah menunjukkan bahawa 90% daripada dunia dipengaruhi oleh hantu pada satu masa atau yang lain dalam kehidupan mereka. 30% daripada penduduk dunia dirasuki hantu. Terjejas atau dirasuki hantu menyebabkan seseorang tidak berupaya (incapacitates) secara insidius (tersembunyi dan berbahaya) (insidiously) dalam darjah yang semakin meningkat. Tetapi oleh kerana hal ini berlaku pada tahap kerohanian (iaitu di luar pemahaman tentang lima deria, minda dan intelek) orang yang paling dirasuki hantu tidak menyedari keadaan mereka.
Dalam artikel ini kami memberikan beberapa tips mengenai bagaimana kita boleh membuat keputusan dengan intelek kita sama ada seseorang itu terjejas atau dirasuki hantu.
2. Petunjuk tentang yang terjejas atau dirasuki hantu
- Penyakit fizikal atau psikologi yang kerap atau berlarutan yang tidak dapat dijelaskan
- Tidak memuaskan atau tiada tindak balas kepada rawatan konvensional yang mencukupi
- Semakin teruk semasa atau sekitar anak bulan dan hari-hari bulan purnama
- Tingkah laku yang bukan sifat biasa seseorang (uncharacteristic behavior) yang tidak dapat dijelaskan, mungkin akan berulang secara tiba-tiba
- Peningkatan dalam distres (rasa sedih/bimbang) atau bebas daripada distres apabila bertemu dengan stimulus/rangsangan saattvik seperti Orang Suci (Saint)
- Melegakan atau menyembuhkan/mengubati dengan remedi penyembuhan rohani yang berterusan. Dalam beberapa kes gejala mungkin kelihatan memarak, tetapi pada hakikatnya ia hanyalah satu pertempuran halus yang berikutnya di antara hantu dan tenaga positif yang berpunca daripada remedi penyembuhan rohani