Mengapakah kita menginginkan kebahagiaan?
Sebelum kita meneliti mengenai pencapaian kebahagiaan yang abadi, pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah kita teringin untuk menjadi bahagia? Jawapan yang paling mudah adalah, “Kebahagiaan terasa seronok!”
Alasan sebenarnya, iaitu, bahawa jauh dalam hatinya tiap-tiap seorang daripada kita masing-masing, terdapat jiwa/roh (ātmā). Jiwa/roh adalah Tuhan dalam diri kita dan salah satu sifat Tuhan, adalah kebahagiaan sejati yang abadi (Ānand). Kebahagiaan abadi (bliss) adalah kebahagiaan yang berada pada tahap tertinggi yang tidak bergantung pada apa sahaja yang lain. Dalam keadaan alam bawah sadar, kita tahu bahawa suatu bentuk kebahagiaan superlatif / yang tertinggi (iaitu Bliss), memang wujud dan kita berjuang untuk mencari keadaan semula jadi Kebahagiaan Abadi (Bliss) ini.
Akan tetapi, kita membuat satu kesilapan besar. Kita mencari kebahagiaan di luar diri kita daripada mencuba untuk memanfaatkan Kebahagiaan Abadi (Bliss) yang ada dalam diri masing-masing.
Ini seumpama kata persenda orang masa dahulu, yang berbunyi, “Adalah amat dikesali bahawa Tuhan telah mencipta kita dengan biji mata yang menghadap keluar, sedangkan pada hakikatnya kita hanya dapat menjumpai kebahagiaan tanpa batas, di dalam diri dan bukan di luar.”
Dan sebab itulah juga, mengapa kita sentiasa terpesona dan, secara harfiah, terjebak dengan apa sahaja yang kita lihat di dunia luar!