Apabila kita mula mengucap dan mengulang Nama Tuhan mengikut agama kita dilahirkan atau pengucapan dan pengulangan yang dinasihatkan kita kadang-kadang mengalami ketidakselesaan dari segi fizikal atau mental. Ketidakselesaan dari segi fizikal wujud dalam pelbagai cara yang merangkumi sakit kepala atau berasa mual atau berasa pening. Ketidakselesaan dari segi mental mungkin wujud dalam bentuk kerengsangan dan keresahan.
Jika seseorang merasa tidak selesa tidak perlu berasa cemas kerana terdapat suatu penjelasan yang sederhana untuk hal ini.
Apabila kita mengucap dan mengulang Nama Tuhan kita mendapat akses kepada tenaga Ketuhanan dari Nama yang kita mengucap and mengulang. Ini meningkatkan komponen sattva (iaitu kesucian roahni) dalam kita. Namun, kebanyakkan orang berdominan raja-tama. Raja-tama ini bertentangan dengan komponen sattva dan orang tersebut berasa tidak selesa. Seiring dengan hal ini, jika terdapat sebarang hal negatif atau hantu yang mengganggu kita, hantu mula mendapat distres dengan meningkatnya kepositifan. Ini adalah kerana hantu secara dominan terdiri daripada komponen asas halus raja-tama dan tidak tahan akan komponen asas halus sattva. Sehingga terdapat pertarungan halus/subtle dan tidak nyata/intangible yang berlaku di antara getaran-getaran positif dari pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan dan getaran-getaran negatif dari hantu. Pertikaian ini menyebabkan ketidakselesaan dari segi fizikal.
Jika ketidakselesaan seperti sakit kepala sangat teruk maka yang terbaik adalah berhenti mengucap dan mengulang Nama Tuhan dan mula semula selepas sakit kepala lega.
Ketidakselesaan ini boleh berlangsung untuk beberapa minggu kerana tubuh kita mula menyesuaikan kepada tahap baru kesucian yang mengalir dari Nama Tuhan yang diucap dan diulang. Oleh sebab itu kita seharusnya bertahan dengan pengucapan dan pengulangan kerana ketidakselesaan ini biasanya tidak berlangsung lama.