Malay_LP-Angels

Abstrak: Sejak zaman dahulu lagi konsep malaikat telah mempersonakan manusia. Malaikat muncul dalam agama, mitos dan lain-lain kesusasteraan merentasi semua budaya. Mereka selalunya digambarkan dengan sayap. Ramai orang berdoa kepada malaikat. Kita melakukan kajian ke atas pelbagai aspek malaikat dengan bantuan pengamatan luar (ESP) atau deria keenam. Melalui penemuan kami dengan menggunakan metodologi kajian rohani, artikel ini menjelaskan lagi topik malaikat dan memberi pandangan baru terhadap mereka.

Copyright © 2007 Spiritual Science Research Foundation Inc. All Rights Reserved.

No part of this website may be reproduced in any form.
No drawing based on subtle-knowledge, picture or text may be duplicated or copied without the express
written permission of the editor of the Spiritual Science Research Foundation.

1. Pengenalan

Melalui metodologi kajian rohani kita mengkaji pelbagai aspek malaikat. Artikel ini akan menjawab kebanyakkan soalan yang sering ditanya mengenai malaikat dan memberi pandangan dunia malaikat. Kita juga memberikan lukisan berdasarkan pengetahuan halus mengenai pelbagai bentuk malaikat sama seperti dilihat melalui penglihatan halus atau deria keenam. 

2. Apakah malaikat? 

Malaikat telah wujud sejak permulaan penciptaan alam. Mereka adalah makhluk dari bahagian terendah di rantau halus Syurga (Swarga). Mereka adalah terendah dalam hieraki makhluk halus positif. Tujuan utama mereka ialah bertindak sebagai pengirim utusan dari dewa-dewi di bahagian lebih rendah di rantau halus Syurga.  Dewa-dewi bercakap dalam bahasa cahaya sedangkan kita manusia bercakap dalam bahasa bunyi. Malaikat bertindak pengubah dari cahaya ke suara, yang membawa utusan daripada dewa-dewi tahap rendah kepada mahkluk yang layak dalam bahasa yang mereka boleh faham. Ini terutamanya melalui medium memasukkan fikiran ke dalam minda. Mahkluk-mahkluk yang patut menerima, maksud kami manusia di Bumi dan tubuh halus di kawasan Nether (Bhuvarlok) yang mempunyai sedikit latar belakang amalan rohani atau merit. Utusan secara umumnya adalah memberi nasihat duniawi. Lebih kurang 5% daripada masa mereka malaikat memberi nasihat mengenai duniawi. Tugas utama mereka adalah di Bumi, kebanyakkan daripada mereka terikat dengan Bumi. Apabila mereka tidak menyampaikan utusan mereka mengabdikan kehidupan mereka untuk mengalami kenikmatan di bahagian terendah di rantau halus Syurga.

3. Apakah jenis-jenis Malaikat? 

Terdapat 30 jenis malaikat. Kita telah menunjukkan beberapa jenis malaikat yang popular dan tahap kerohanian dalam jadual di bawah.

Beberapa jenis malaikat dan tahap kerohanian

Jenis-jenis malaikat

Tahap kerohanian

Cherubim

29%

Dominions

30%

Powers

31%

Seraphim

31%

Principalities

32%

Archangels

32%

Alasan untuk pelbagai jenis malaikat adalah kerana setiap satu beroperasi pada frekuensi yang berbeza. Ini membolehkan mereka menyampaikan utusan kepada pelbagai personaliti manusia yang sepadan dengan frekuensi mereka yang terbaik.

3.1 Apakah tahap kerohanian malaikat?

Tahap rohani samashti merujuk kepada tahap rohani yang diperolehi melalui amalan rohani demi masyarakat (samashti sādhanā), manakala rohani vyashti merujuk kepada tahap rohani yang diperolehi melalui amalan rohani individu (vyashti sādhanā). Pada masa kini, kemajuan rohani demi masyarakat adalah 70% kepentingan manakala amalan rohani individu mempunyai 30% kepentingan.

Kebanyakan malaikat jatuh di antara 29-34% tahap kerohanian. Tahap kerohanian yang minimum bagi manusia ke Syurga (Swarga) selepas kematian ialah 50% (samashṭi) atau 60% (vyashṭi). Walaupun perbezaan tahap kerohanian rendah, malaikat tinggal di bahagian lebih rendah di rantau halus Syurga. Sama seperti di Bumi bersama-sama dengan manusia, kita mempunyai spesis haiwan lain dan alam tumbuhan dari tahap kerohanian yang rendah, begitu juga di Syurga, bersama-sama tubuh-tubuh halus manusia dengan tahap kerohanian tinggi dan tahap rendah dewa-dewi, kita mempunyai malaikat.

3.2 Lukisan berdasarkan pengetahuan-halus dan ringkasan bagi beberapa jenis malaikat

Lukisan berikut yang berdasarakan pengetahuan-halus dilukis oleh Pn.Yoya Vallee, pencari dari Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian (SSRF) yang berkeupayaan melihat alam rohani sama seperti kita lihat di alam fizikal. Lukisan berdasarkan pengetahuan halus telah disahkan oleh H.H Dr Athavale untuk ketepatannya.

Sila rujuk ke artikel ’Apa yang kita maksudkan dengan lukisan berdasarkan pengetahuan halus?

Nota: Sebarang lukisan berdasarkan pengtahuan halus boleh dipengaruhi oleh hantu (syaitan, iblis, tenaga negative dsb). Kita perlu meletakkan sempadan perlindungan sekeliling semua lukisan berdasarkan pengetahuan halus malaikat untuk melindungi daripada sebarang tenaga negatif manakala pencari dengan deria keenam dapat melihat dan mentranskripsikan lukisan berdasarkan pengetahuan halus kepada kita.

Malay_Cherubim

Malay_Dominion

Malay_Seraphim

Malay_Seraphim

Malay_Principalities

Malay_Archangel

3.3 Bagaimanakah jenis-jenis malaikat yang digambarkan di atas tidak mempunyai sayap?

Malaikat secara tradisi digambarkan dengan sayap. Walau bagaimanapun kajian rohani yang dilakukan oleh SSRF telah mendedahkan bahawa hanya 30% malaikat yang mempunyai sayap. 70% daripada malaikat tidak mempunyai sayap. 30% malaikat yang mempunyai sayap adalah dari tahap terendah malaikat. Mereka berkomunikasi dengan manusia mengenai memenuhi keinginan duniawi yang terlalu rendah. Malaikat yang lebih tinggi tidak mempunyai sayap.

Video:  Lukisan diatas yang berdasarkan pengetahuan halus malaikat telah dilihat dan dilukis oleh pencari yang melakukan amalan rohani di bawah bimbingan SSRF. Berikutan adalah petikan temuramah dengan Pn Yoya Valle apabila dia melukiskan lukisan yang berdasarkan pengetahuan halus malaikat.

Yoga ialah seorang yang mempunyai pertuturan dan pendengaran yang terjejas dan maka video ini mempunyai sarikata. (Untuk menonton video ini anda perlukan versi terbaru Adobe Flash Player. Klik di sini untuk muat turun versi terbaru.)

3.4 Pengaruh hantu di lukisan berdasarkan pengetahuan halus

Seringkali tenaga negatif mengakui sebagai malaikat dan memperdayakan manusia dan mencipta bentuk-bentuk ilusi malaikat dengan sayap. Dengan cara ini seringkali hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb.) cuba memperdaya manusia yang mempunyai keupayaan psikik. Kebanyakkan psikik membimbing masyarakat, tenaga negatif memperdaya psikik yang secara tidak sengaja menyesatkan orang yang dibimbing. Oleh sebab ini 90% kes apabila psikik biasa melihat malaikat, secara umumnya ia adalah hantu. Maka adalah penting untuk seseorang dengan penglihatan halus mengesahkan lukisan mereka yang berdasarkan pengetahuan halus dengan bimbingan rohani dengan tahap kerohanian sekurang-kurangnya 70%.

3.5 Apakah malaikat penjaga?

Tidak ada sebarang perkara seperti malaikat penjaga. Beberapa leluhur yang mempunyai pertalian mendalam dengan keluarga berkomunikasi untuk membantu ahli keluarga mereka mengenai perkara-perkara duniawi. Leluhur mungkin silap dianggap sebagai malaikat penjaga. Leluhur dengan tahap kerohanian di antara 20-30% boleh membantu hanya mengenai mendapatkan kesenorokan duniawi. Hanya leluhur pada tahap kerohanian lebih daripada 50% boleh membantu mengenai kemajuan rohani.

3.6 Adakah malaikat lelaki atau perempuan?

Malaikat boleh berupa lelaki atau perempuan.  Hanya entiti halus dan tubuh halus yang di atas rantau halus Syurga, iaitu di Mahaloka dsb, disebabkan tahap kerohanian mereka yang tinggi iaitu lebih 60% (samashti) atau 70% (vyashti) tidak mengenal pasti diri mereka dengan mana-mana jantina.

3.7 Apakah komposisi malaikat sepadan dengan komponen asas halus?

Malay_SRT-ChartNisbah peratusan tiga komponen asas halus di dalam malaikat diberikan di dalam carta di sebelah kanan.

Rujuk kepada artikel apakah itu Sattva, raja and Tama, 3 komponen asa halus di alam semesta.

 

 

 

 

 

4. Soalan-soalan lain yang sering ditanya mengenai malaikat

4.1 Bolehkah kita melihat malaikat?

Malaikat adalah makhluk halus mereka tidak boleh dilihat dengan mata manusia biasa. Mereka tidak muncul di hadapan kita. Kita hanya boleh melihat dengan bantuan pengamatan luar deria (ESP) atau deria keenam yang maju dan diaktifkan. Mekanism komunikasi mereka dengan kita (manusia) adalah melalui memasukkan fikiran ke dalam minda kita.

4.2 Berapa banyak malaikat yang ada?

Terdapat malaikat yang tidak terkira.

4.3 Bagaimana dekatnya malaikat dengan Tuhan?

Memandangkan tahap kerohanian malaikat yang agak rendah (iaitu 29-34%), mereka adalah sangat jauh daripada Tuhan. (Seseorang yang mempunyai sedekat 100% tahap kerohanian yang berdekatan dengan Tuhan).

4.4 Adakah malaikat mempunyai kuasa untuk menjawab doa kita dalam memenuhi kehendak duniawi?

Tidak, malaikat tidak mempunyai keupayaan untuk menjawab doa, iaitu mereka tidak boleh mengurniakan sebarang nikmat atau mendapatkan apa-apa jua untuk manusia dengan sendiri. Yang paling mungkin mereka boleh membimbing mengenai perkara-perkara duniawi dengan memasukkan fikiran ke dalam minda. Ini berlaku lebih kurang 5% sepanjang waktu.

4.5 Apabila kita berdoa kepada malaikat jika mereka tidak menjawab maka siapa yang menjawab doa?

Doa dijawab oleh leluhur atau hantu. Namun dalam usaha abadi mereka untuk mengawal manusia atas tujuan mengeksplotasikan mereka atau untuk memenuhi keinginan mereka, hantu atau leluhur mengambil kesempatan daripada doa untuk berbuat baik-baik diri mereka kepada seseorang dengan memuaskan hasrat kecil. Walau bagaimanapun, dalam proses memenuhi hasrat mereka melingkungi seseorang dengan tenaga hitam mereka. Ini kemudian membolehkan mereka memperolehi kawalan ke atas seseorang dan menyebabkan distres kepadanya. Rujuk kepada artikel, “Mengapakah mendiang saya yang dicintai dan lain-lain leluhur saya hendak memberikan saya rasa sakit?

4.6 Adakah malaikat melindungi kita daripada tenaga negatif?

Malaikat disebabkan tahap kerohanian yang rendah tidak mampu melawani hantu daripada tahap rendah dan oleh itu tidak boleh melindungi kita.

4.7 Adakah malaikat layak disembah?

Mereka tidak mampu menjawab doa kita untuk menolong kita dalam kemajuan rohani. Oleh itu mereka tidak layak disembah.

5. Kesimpulan 

  • Malaikat adalah dari hieraki positif halus yang terendah di alam semesta. Fungsi mereka hanya menyampaikan utusan daripada dewa-dewi dari tahap rendah di rantau halus Syurga kepada manusia atau tubuh halus di rantau nether yang layak.
  • Oleh kerana mereka tidak mampu membimbing kita secara rohani atau melindungi kita daripada tenaga negatif, mereka tidak layak disembah.
  • Selalunya hantu (syaitan, iblis dan tenaga negative dsb) mengambil kesempatan ke atas kepesonaan manusia mengenai malaikat. Mereka mengambil bentuk malaikat untuk memperdaya psikik yang secara tidak sengaja menyesatkan masyarakat.