Dartar kandungan
1. Pengkategorian Kesilapan Luas
Dalam artikel ini, kami membincangkan bagaimana kita mengklasifikasikan kesilapan secara meluas. Ianya boleh diklasifikasian seperti tindakan yang salah dan reaksi yang salah dan kombinasi tindakan dan reaksi yang salah. Mari kita lihat beberapa contoh dalam setiap kategori kesilapan.
1.1 Tindakan yang Salah
Di sini, oleh sebab kelemahan personaliti, kita melakukan tindakan yang salah.
Berikut adalah, beberapa contoh tindakan yang salah:
- John tidak peduli untuk meletak barangnya di tempat yang betul, maka menghilangkan dokumennya.
- Sheela menipu dalam peperiksaannya.
- Fernando memukul isterinya apabila dia balik mabuk dari pub.
- Marco meminum dan memandu (mabuk) dan melanggar seorang pejalan kaki
- Shashank membuang masa bermain permainan video sedangkan dia perlu belajar untuk peperiksaannya
- Julian memperli Adrian untuk menjatuhkan maruahnya dan untuk dirinya nampak bagus dalam kalangan rakan-rakan mereka
- Chan berasa malas untuk membasuh pinggan mangkuk yang ada dalam singki.
1.2 Reaksi yang Salah
Di sini adalah di mana kita bertindak balas secara negatif kepada peristiwa, keadaan atau orang.
- Apabila barisan untuk tiket wayang bergerak dengan sangat perlahan, Selma menjadi amat tidak sabar dan gelisah.
- Xiu Mei menjadi sangat beremosi dan air matanya mula bertakung di matanya apabila suaminya bertindak secara tidak sopan kepadanya.
- Apabila Tony tidak diberi wang saku tambahan oleh ayahnya, dia menjadi sangat marah.
- Apabila Samantha terpaksa memberi persembahan di atas pentas sepanjang hari, sebelum pertunjukan tersebut, perutnya mula memulas dan dia berasa takut.
- Apabila Ali gagal dalam temuduga untuk pekerjaan, dia mula panik tentang masa hadapan.
- Apabila Sunita dapat tahu bahawa anak lelaki kawan baiknya telah mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, dia mula berasa cemburu kerana markah anak dia sendiri setakat lulus sahaja dalam peperiksaan yang sama.
1.3 Tindakan dan Reaksi yang Salah (Kombinasi)
Di sini kita melihat gabungan tindakan dan reaksi yang salah dalam sesebuah keadaan tertentu.
- Apabila seorang pemandu memotong Ronaldo di jalan raya, Ronaldo menjerit dengan perasaan marah.
- Apabila Antonio ditolak lamaran oleh teman wanitanya, dia menjadi murung, pergi ke bar dan menjadi mabuk.
- Apabila Vladimir mendapati dia telah ditipu oleh pemandu teksi, dia menjadi ganas dan memukul pemandu teksi tersebut.
- Semasa bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah rumah yang mewah, Maria terlihat wang bertaburan di sekelilingnya. Diatasi oleh ketamakan, dan setelah memastikan tiada sesiapa yang melihat, dia mencuri wang tersebut.
- Apabila Heinrich diberitahu bahawa restoran itu tidak boleh menghidang hidangan kegemarannya, dia menjadi marah dan mula bising.
- Apabila Amara dimarahi bapanya, dia mempunyai reaksi dan mengunci dirinya di dalam bilik sepanjang hari.
2. Secara Ringkas
- Adalah penting untuk berwaspada apabila terdapat kesilapan dan mempunyai kesedaran jika kesilapan tersebut adalah sebuah tindakan, reaksi atau gabungan kedua-duanya.
- Dengan mencatat kesilapan yang dilakukan, ia akan membantu kita dalam proses kesedaran diri.