1. Peristiwa-peristiwa dari seluruh dunia

Sila tonton video kami mengenai PDR di sini:

1-lost-keysWashington DC, AS: 8 AM

Ketika John terlupa di mana dia menyimpan kuncinya kerana sifat pelupa, Dia bukan sahaja membuang masa selama sejam dalam kepanikan mencuba untuk mencari kunci tersebut, tetapi juga membuat isterinya tersinggung kerana dia telah membuatkan rumahnya selerak ketika berusaha untuk mencari kunci.

2-burnt-stewDublin, Ireland 10 AM

Aisling lupa untuk menjaga rebusan makanan yang berada di atas dapur kerana terlalu asyik menonton teledrama kegemarannya di televisyen. Akibat sikap tidak bertanggung jawab dan kecuaiannya, rebusan makanan tersebut menjadi hangus dan oleh sebab itu makan tengah hari perlu disiapkan sekali lagi.

3-irresponsibility-sinks-ferryDi suatu tempat di luar Pantai Korea Selatan 09 AM - 11:30 AM

Kini kesilapan yang sama pada skala yang lebih besar… Para anak kapal dan pihak pengurusan feri MV Sewol memuati kapal dengan kargo 3 kali lebih berat daripada yang sepatutnya. Akibat sifat tidak bertanggung jawab dan tidak mengikuti peraturan, kapal tersebut terbalik ketika berputar, membunuh 304 penumpang dan anak kapal serta memusnahkan kargo bernilai USD 1.7 juta.

4-reckless-drivingBrazilia, Brazil 12 PM

Roberto memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat merah kerana sikap tidak sabar dan sifat melulunya yang menyebabkan kemalangan besar dan mencederakan keluarga Oliveira dengan serius.

 

11Auckland, New Zealand 2 PM

Apabila kawan Ellen, Monique menemui cinta sejatinya, Ellen bukan sahaja tidak berasa gembira malah merasa iri hati. Hal ini menyebabkan retaknya persahabatan mereka dan akhirnya menghancurkan hubungan mereka untuk selamanya.

 

6-violence-against-womenRome, Italy 4 PM

Ketika mendengar bahawa isterinya telah keluar pada hari itu, walaupun dia berkata jangan, Giovanni berasa ia telah menyakiti bangga hatinya (pride) dan berasa marah serta menanggalkan tali pinggangnya untuk memukul isterinya. Keganasan rumahtangga akibat kemarahannya memberikan kesan dahsyat kepada isteri dan anaknya.

7-insecurity-leads-to-depressionLisbon, Portugal 6 PM

Antonio tidak berupaya untuk membela dirinya di tempat kerja kerana dia kurang keberanian dan merasa tidak selamat dan oleh sebab itu dia selalu mengalami depresi/kemurungan.

 

8-emotional-living-in-the-pastStockholm, Sweden, 7:00 PM

Julia masih mengingati kejadian-kejadian pahit di masa lampau akibat sifat emosionalnya yang tinggi dan ia menyebabkan dia sering menangis.

 

9-greedDubai, EAB 11 AM

Imran yang manis berbicara, akibat ketamakannya, menipu Asif iaitu saudara kandungnya agar melepaskan bahagiannya dalam harta keluarga untuk menjana dana bagi tujuan perniagaan haram Imran. Usaha perniagaan tersebut akhirnya gagal dan Asif menanggung kerugian yang besar.

10-greed-and-corruptionDi sini pula, kelainannya adalah, kesilapan yang sama tetapi pada skala yang lebih besar. Dikuasai oleh ketamakan, seorang ahli politik yang korup baru sahaja membuat persiapan terakhir untuk mengalihkan jutaan dolar yang diterima melalui rasuah ke dalam akaun peribadinya di bank Swiss. Jika wang ini dipergunakan di India, jutaan orang yang kelaparan boleh diberi makan selama sebulan.

Ini adalah contoh-contoh kesilapan yang umum ditemui di seluruh dunia; beberapa kesilapan mempunyai akibat yang cukup tragik dan berbahaya. Kita semua dapat mengenal pasti diri kita melakukan beberapa kesilapan yang disebutkan terdahulu. Walaupun keamatan atau intensitinya mungkin berbeza, namun kesilapan-kesilapan tersebut terjadi terutamanya akibat daripada kelemahan personaliti/keperibadian yang terdapat dalam diri seseorang. Kelemahan personaliti adalah impresi yang mendalam di dalam minda seperti kebanggaan, kemarahan, ketamakan dan sifat malas yang mencetuskan pemikiran, emosi dan aktiviti tidak diingini yang membawa ketakbahagiaan dan menjejaskan diri sendiri dan orang lain.

2. Impak kesilapan pada tahap individu

Adakah anda teringat buat kali terakhir anda marah? Adakah anda bahagia? Kemungkinan besar tidak dan di setiap bengkel kami, semua orang menjawab ‘tidak’.

Orang-orang yang memiliki kelemahan personaliti yang teruk seperti kemarahan, kemalasan, menghakimi orang lain (judgemental) dan tidak bertanggungjawab, pada umumnya adalah individu yang sangat tidak bahagia dan fikiran mereka selalunya tidak tenteram. Setiap tindakan dan fikiran mereka tercemar dengan kelemahan personaliti tersebut, yang mengakibatkan kesengsaraan bagi diri mereka sendiri dan orang lain.

3. Impak terhadap hubungan dekat (kerabat, keluarga, dll)

Kesilapan yang dibuat oleh kita kerana kelemahan/gangguan personaliti mempunyai potensi untuk bukan sahaja mempengaruhi diri kita dengan ketidak bahagiaan malah juga orang-orang di sekitar kita seperti keluarga, rakan sekerja dan kawan-kawan kita.

Kadang kala kita berasa yang kita mempunyai sebab yang baik ketika marah kepada orang lain. Namun, kenyataannya adalah walaupun kita berasa tidak bahagia kerana seseorang telah berbuat salah kepada kita, berasa marah kepada orang tersebut hanya akan melipatgandakan ketidakbahagiaan untuk diri sendiri.

4. Impak terhadap masyarakat

Semakin tinggi kedudukan kita dalam masyarakat atau pengaruh kita terhadap orang lain, maka semakin ramailah orang yang menerima impak negatif akibat kelemahan personaliti kita. Kelemahan personaliti menyebabkan kita untuk membuat kesilapan dalam menilai dan mengambil keputusan, dan jika kesilapan-kesilapan ini menyakiti orang, maka kita menimbunkan karma negatif ke atas diri kita. Akibatnya kita mungkin mendapat kelahiran semula secara berulang dan juga kehidupan di alam akhirat (afterlife).

5. Bagaimana PDR akan membantu anda

Menghapuskan/menyucikan kelemahan personaliti daripada fikiran kita adalah cara penting untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan memiliki ketenangan fikiran. Dalam siri tutorial ini, kami akan melatih anda tentang ‘Proses Menyucikan Kelemahan Personaliti’ yang juga dikenali dengan singkatan ‘PDR’. Ketika PDR dilakukan secara teratur dan tulus bersama dengan amalan kerohanian (spiritual practice) yang lain, kita melalui proses aktualisasi diri (self-actualisation), yang bererti bahawa proses ini mempunyai potensi untuk memajukan seseorang bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih tinggi dan membantu orang tersebut untuk maju lebih cepat dari segi kerohanian. Ketika kelemahan personaliti seperti kemarahan dan ketamakan berkurang dalam diri kita, ia bukan hanya bermanfaat untuk menjadikan kita lebih bahagia, malah orang lain yang berhubungan dengan kita juga memperolehi manfaatnya. Kami mengalu-alukan anda agar mengambil bahagian dalam gerakan SSRF untuk membantu diri dan yang lain bagi mendekati Penyucian Kelemahan Personaliti dan Penyucian Ego.