Apakah itu kundalini dan bagaimana proses membangkitkan Kundalini berlaku?

1. Apakah itu tenaga halus/subtle system di dalam badan?

Alam semesta ini dikekalkan oleh kehadiran Tuhan semata-matanya. Mengikut Jalan Kunḍalinī, tenaga Tuhan yang digunakan untuk menjalankan (iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pembinasaan) alam semesta adalah Kesedaran/Consciousness Ketuhanan/Divine (Chaitanya). Berkaitan dengan manusia, Kesedaran/Consciousness Ketuhanan/Divine ini dikenali sebagai chētanā dan ia adalah sebahagian daripada tenaga Tuhan yang diperlukan untuk berfungsikan manusia.

  • Chetana aktif – juga dikenali sebagai Tenaga vital (Prāashakti). Tenaga vital memelihara dan memberi tenaga kepada tubuh fisik (sthūladēha), minda (manodēha), intelek (kāradēha) dan ego halus (mahākāradēha). Ia disebarkan melalui saluran-saluran tenaga halus dikenali sebagai īs. Saluran-saluran tenaga ini tersebar luas di badan dan membekalkan tenaga ke sel, saraf, arteri, limfa dsb. Rujuk ke artikel – Manusia terdiri daripada apa?
  • Chetanatidak aktif – juga dikenali sebagai Kundalini. Kundalini ini tertidur dalam diri seseorang sehingga ia dibangkitkan seperti dijelaskan dalam kaedah-keadah dibawah.

Gambarajah di bawah menunjukkan distribusi keseluruhan tenaga halus/subtle untuk tenaga vital dan Kundalini untuk pertumbuhan spiritual.

01-Malay-How-energy-is-used

2. Kundalini digunakan untuk apa?

Kundalini atau chetana tidak aktif digunakan terutamanya untuk pertumbuhan spiritual. Ia tidak digunakan untuk atau tidak mengambil bahagian dalam fungsi badan seharian.

3. Bagaimana untuk membangkitkan Kundalini?

Pembangkitan Kundalini berlaku melalui amalan spiritual atau pemindahan tenaga secara spiritual.

3.1 Pembangkitan Kundalini melalui amalan spiritual

Ini termasuk amalan yang berada di bawah jalan-jalan spiritual yang menuju ke Tuhan seperti Jalan Tindakan (Karmayoga), Jalan Pengabdian (Bhaktiyoga), Jalan Pengolahan Fisik Keras (Haṭhayoga) dan Jalan Kurnia seorang Guru (Gurukrupāyoga). Amalan-amalan dalam Jalan Pengolahan Fisik Keras termasuk selibasi, latihan pernafasan (prāṇāyām) dan latihan yogik dan lain-lain amalan kerohanian.

Sesetengah orang cuba secara paksaan membangkitkan Kundalini melalui keupayaan Jalan Pengolahan Fisik Keras. Namun, hal ini menyebabkan kesan-kesan yang berbahaya. Beberapa bahkan manjadi gila dari amalan tersebut.

3.2 Pemindahan Tenaga

Shaktipātyoga atau Shaktipāt merujuk pada penganugerahan tenaga kerohanian kepada seseorang oleh orang lain, iaitu terutama seorang Guru/ seorang yang maju secara spiritual kepada anak muridnya. Shaktipat boleh dipindahkan melalui kata-kata suci atau mantra, atau melalui penglihatan, pemikiran atau sentuhan – contih yang terakhir biasanya disalurkan ke cakra dahi (Ādnyā-chakra) penerima. Ini dianggap sebagai suatu tindakan rahmat daripada Guru kepada anak murid yang layak. Pemindahan tenaga ini tersendiri memulai kebangkitan Kundalini.

Selepas ia dibangkitkan, pada kadar Kundalini ini meningkat selanjutnya bergantung kepada usaha yang berterusan dan semakin meningkat amalan spiritual anak murid tersebut.

3.3 Cara yang disyorkan untuk membangkit dan menyalurkan Kundalini

Apa sahaja jalan kerohanian, apabila adanya pertumbuhan kerohanian Kundalaini  akan terbangkit. SSRF mensyorkan amalan kerohanian yang tetap mengikut enam prinsip-prinsip asas amalan kerohanian membantu membangkitkan Kundalini secara semula jadi. Di sini Prinsip Guru yang tidak termanifestasi atau Prinsip Ajaran Tuhan sendiri akan membangkitkan Kundalini. Oleh kerana ia dibangkitkan oleh kurnia Guru, maka ia secara automatik akan menyalur ke arah atas dan mentransformasikan secara spiritual pencari Tuhan/seeker.

Sebaliknya, jika tenaga dilimpahkan kepada seorang pencari seperti dalam shaktipat iaitu apabila seorang secara tiba-tiba diberi tenaga spiritual yang terlebih, maka pengalamannya sangat menarik dan boleh hampir ketagihan, tetapi hanya dengan meningkatan jumlah amalan spiritual pada tahap kualitatif dan kuantitatif dapat menjamin dan kurnia berterusan dari Prinsip Guru. Hal ini dapat membangkitkan Kundalini pada jalan yang benar dan memperkukuhkan kepercayaan pencari.

Supaya lebih memahami ini, marilah kita menggunakan suatu analogi

  • Menggunakan usaha seseorang dalam melakukan amalan spiritual secara teratur adalah seperti bekerja keras dan kemudian mengumpulkan kekayaan
  • Pembangkitan Kundalini melalui penyaluran tenaga secara langsung adalah seperti dilahirkan dalam suatu keluarga jutawan di mana bapa menyediakan anak lelakinya dengan wang segara.

Dari kedua-dua contoh, memperoleh kekayaan (kekayaan spiritual) dengan susah payah bermaksud ia selalu lebih berkelanjutan dan pilihan lebih pasti untuk pertumbuhan masa depan.

3.4 Aspek-aspek penting dari Kundalini

Sama seperti hati adalah pusat prinsip (organ) dalam sistem peredaran darah dan otak untuk sistem saraf, sama halnya sistem tenaga halus/subtle mempunyai pelbagai pusat (cakra), saluran dan pembuluh.

Terdapat 72,000 saluran halus/subtle. Daripada saluran-saluran ini, tiga saluran halus yang utama ialah:

  • Sushumnānāī, iaitu, saluran tengah/pusat yang membentang dari dasar tulang belakang hingga ke atas kepala,
  • Pingalānāi atau Sūryanāi (saluran matahari), iaitu, saluran yang membentang di sisi kanan Sushumnanadi, dan
  • Iānāī atau Chandranāī (saluran bulan), iaitu, saluran yang membentang di sisi kiri Sushumnanadi.

02-Malay-Kundalini-Dorman-and-Active

Tenaga Vital dipindahkan dalam badan melalui saluran Matahari dan saluran bulan dan saluran-saluran kecil yang lain. Tenaga vital mengalir bergantian di antara saluran Matahari dan saluran Bulan.

Tenaga spiritual Kundalini dan untuk orang biasa ia umumnya tidak aktif, tergelung di pangkalan Sushumnanadi. Melalui amalan kerohanian ia mula bangkit dari pangkalan spina melalui Sushumnanadi kiri hingga ke atas kepala. Sementara itu, Kundalini membangkitkan setiap cakra yang dilalui sepanjang jalan.

Apabila­ Kundalini melalui setiap cakra sepanjang Sushumnanadi, terdapat suatu injap halus yang nipis yang perlu didorong pada setiap cakra untuk berlalu ke arah atas. Ketika ia terus didorong melalui dinding, kadang-kadang adanya peningkatan dalam jumlah tenaga kerohanian dari Sushumnanadi pada cakra tersebut. Oleh kerana tidak ada tempat untuk dilepasi, kadang-kadang ia mengalir melalui pembuluh halus di sekitarnya dan diubah menjadai tenaga Vital (Prāashakti). Pada masa itu, orang yang terlibat mungkin mengalami peningkatan aktiviti yang berkaitan dengan tempat tersebut. Sebagai contoh, peningkatan tenaga vital atau tenaga vital di kawasan cakra sakrum (cakra Swādhishhān), ia akan menyebabkan peningkatan gairah seksual.

Seperti mana dibincang sebelumnya, peningkatan Kundalini melalui amalan kerohanian tidak kira mana-mana jalan yang diambil. Namun, polanya mungkin berubah dari segi bagaimana setiap Jalan menuju kepada Tuhan dirasai. Sebagai contoh apabila  Kundalini  melalui cakra hati (cakra Anāhat):

  • Mengikut Jalan Pengabdian, pencari/seeker, dikatakan telah mencapai suatu keadaan di mana emosi spiritual (bhāv)
  • Namun sehubungan dengan Jalan Pengetahuan, seorang pencari/seeker mula mengalami Kesedaran Ketuhanan.

Menurut sebuah artikel oleh David T. Eastman pada tahun 1985 di dalam Jurnal Yoga, beberapa tanda-tanda dan gejala yang umum dari Kundalini  yang bangkit termasuk:

  • Tersentak, gementar atau bergetar dengan tidak sengaja
  • Berasa panas yang teramat, terutamanya apabila tenaga yang dialami melalui cakra-cakra
  • Pranayam, asanas, mudrāsdan bandhas secara spontan
  • Melihat atau mendengar bunyi yang berkaitan dengan cakra tertentu.
  • Perasaan yang seronok yang intens
  • Pembersihan emotional di mana emosi-emosi tertentu menjadi dominan dalam jangka masa yang singkat

Ruj: Kundalini, Wikipedia.org, Sep 2010

Nota daripada Editor SSRF:  Kesan-kesan ini lebih dilihat dalam Shaktipat sebagai satu cara pembangkitan Kundalini. Para pencari/seeker yang serius terhadap pertumbuhan kerohanian mesti menyedari bahawa walaupun pengalaman ini kelihatan nyata dan menarik, ia semua cuma hasil-hasil dan pengalaman awalan yang disebabkan oleh pemindahan tenaga kerohanian secara tiba-tiba, dan dalam apa-apa cara ia tidak merupakan akhir dengan sendirinya amalan spiritual atau selaras dengan tujuan kehidupan.