Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengurangkan risiko kena rasuk.
Pada tahap kerohanian:
- Selalu melakukan amalan rohani: Amalan rohani yang dilakukanselalu dan yang mengikut enam prinsip asas memastikan perkembangan dalam tahap kerohanian kita. Sebagai peraturan am, seorang yang lali terhadap serangan oleh hantu-hantu yang berada pada tahap kerohanian 10% atau lebih rendah daripada orang tersebut. Secara berterusan and progresif kita meningkatkan amalan rohani dan akhirnya peningkatan dalam tahap kerohanian adalah hanya satu-satunya cara yang tetap untuk mendapatkan perlindungan yang berterusan dan secara berperingkat mendapat perlindungan yang lebih tinggi daripada unsur-unsur negatif dalam alam rohani.
- Aplikasi remedi-remedi penyembuhan rohani: Selalu menggunakan remedi-remedi penyembuhan rohani yang diterangkan dalam laman penyembuhan rohani sebagai alat pencegah yang juga melindungi kita daripada dirasuk oleh hantu-hantu.
Pada tahap psikologi:
- Mengurangkan kecacatan personaliti: Kecacatan personaliti seperti perasaan marah, tamak adalah seperti luka terbuka dalam tubuh mental kita. Hantu-hantu sering menggunakan kecacatan personaliti ini sebagai titik permulaan untuk mendapat kawalan ke atas kita. Kita akan memberikan maklumat mengenai bagaimana untuk mengatasi kecacatan personality dalam bahagian ‘Mengurangkan Kecatatan Personaliti’. Salah satu faedah meningkatkan tahap kerohanian kita adalah untuk mengurangkan kecacatan sebagai produk untuk meningkatkan tahap kerohanian. Walaubagaimana pun apabila kita bekerja secara proaktif dalam mengurangkan kecacatan kita, kita menghalang kesempatan hantu-hantu yang mengambil kawalan ke atas kita.
Pada tahap fizikal dan psikologi:
- Aktiviti-aktivitiSāttvik: Dengan memastikan kehidupan kita dan aktiviti-aktiviti kita lebih sattvik, kita mengurangkan risiko hantu merasuk kita. Hantu-hantu adalah kebanyakannya bersifat Raja-Tama, mereka tidak sukakan persekitaran yangsattvik dan oleh itu adalah kurang kemungkinannya hantu merasuk seseorang dengan gaya hidup sattvik.