1. Pengenalan
Berkhidmat demi Tuhan adalah khidmat kepada Kebenaran (satsēvā). Ianya adalah langkah ketiga dari amalan kerohanian lapan lapik Jalan Kurnia Guru (Gurukrupāyoga) Adalah penting untuk melakukan khidmat Tuhan sebagai khidmat untuk Kebenaran dan bukan sebagai satu aktiviti semata-mata, supaya kita dapat menerima faedah kerohanian. Berkhidmat kepada Tuhan secara mekanikal, hanya semata-mata untuk melaksanakan tugas atau disebabkan terikat untuk melakukan tugas tersebut, tidak akan memberi faedah kerohanian yang sepatutnya. Seseorang perlu sedar setiap masa bahawa Satsēvā adalah khidmat kepada Tuhan dan oleh itu melakukan setiap aktiviti sebagai amalan kerohanian. Seseorang perlu meluangkan diri secara sepenuh hati untuk berkhidmat kepada Tuhan dan melakukannya secara sempurna. Dalam kata singkat, sesuatu aktiviti yang dilakukan secara kerohanianuntuk menerima Anugerah Kurnia Tuhan adalah dikenali sebagai satseva.
2. Kenapakah berkhidmat kepada Tuhan (Satseva) adalah lebih penting daripada mengucap nama Tuhan secara berulang dan menghadiri satsang?
Di dalam amalan kerohanian, mengucap nama Tuhan secara berulang adalah 5% penting, bersama golongan di Jalan Kebenaran (satsang) adalah 30% penting dan satseva adalah 100% penting. Kenapakah berkhidmat kepada Tuhan begitu penting? Ini adalah kerana ketika berkhidmat kepada Tuhan, seseorang pencari Tuhan berpeluang mengamalkan kesemua jalan lapan lapik amalan kerohanian. Sebagai contohnya, ketika melakukan satseva seseorang boleh berdoa dan mengucap nama Tuhan secara berulang. Seseorang berada bersama golongan di jalan Kebenaran ketika berkhidmat kepada Tuhan. Ketika melakukan khidmat Tuhan kita mengorbankan masa, duit, minda, intelek mahupun tubuh badan bergantung kepada jenis satseva yang kita lakukan. Berkhidmat kepada Tuhan juga memberi kita peluang untuk meningkatkan emosi kerohanian (bhāv).
Tatkala kita melakukan satseva bersama pencari Tuhan yang lain, ianya memberikan peluang untuk menyedari kecacatan personaliti dan manifestasi ego maka kita dapat mengambil langkah menghapuskannya. Ianya juga turut membantu menghasilkan keakraban dengan pencari lain dan ini menghasilkan kualiti perluasan (expansiveness).
Apabila kita melakukan tugas bersifat duniawi, kita mengharapkan sesuatu pulangan, manakala bila kita melakukan satseva tanpa mengharapkan sebarang pulangan, kita dapat meraih sesuatu yang amat berhias, iaitu Kebahagiaan Abadi (Bliss).
3. Perbezaan di antara kerja dan berkhidmat kepada Tuhan
Terdapat perbezaan yang nyata di antara melakukan sesuatu tugas bersifat duniawi dan melakukan satseva. Jika kita melakukan sesuatu kerja atau apa-apa tugasan, kita mengharapkan sesuatu faedah yang terjamin di penghujung tugasan itu. Sebagai contoh, kebanyakan orang tidak akan pergi bekerja setiap hari, andaikata mereka tidak akan dibayar gaji di penghujung bulan.
Pada lazimnya terdapat ego bahawa ‘Saya melakukan tugas ini, saya perlu penghargaan bagi usaha saya’. Ianya berbeza di dalam hal melakukan satseva. Berkhidmat kepada Tuhan dilakukan tanpa sebarang perasaan bahawa ‘Sayalah orang yang melakukan perkara ini’, kerana terdapatnya satu pemahaman bahawa ianya adalah Tuhan yang melakukan satseva melalui kita, manakala kita cuma berfungsi sebagai perantara sahaja. Semakin kita berkembang di dalam kerohanian, pemahaman ini menjadi makin ketara, dan emosi kerohanian ataupun kebaktian terhadap Tuhan semakin meningkat.
Apabila seseorang mula menyumbang terhadap Misi Tuhan, hubungan yang lebih baik terjalin di antara orang tersebut dan Tuhan. Satu lanjar tenaga positif wujud walaupun seseorang sibuk dengan tugas-tugas duniawi dan pekerjaan seseorang. Jika seseorang melakukan satseva, walaupun selepas melalui hari yang sibuk, namun ianya tidak akan menyebabkan penat dalam apa cara pun.
4. Faedah-faedah dari Satseva
- Memperolehi Kesedaran Ketuhanan (Chaitanya): Berkhidmat Kepada Tuhan melibatkan diri untuk kekal dalam keadaan Kebenaran Mutlak selama tempoh satseva. Oleh kerana kita melakukan kerja Tuhan, maka Tuhan akan menganugerahkan kita dengan Kesedaran Ketuhanan. Kesedaran Ketuhanan ini mengurangkan raja-tama dan meningkatkan sāttviktā di mana ianya adalah sasaran utama bagi semua calon kerohanian.
- Kualiti Ketuhanan akan terbentuk: Ini membantu kita membentuk kualiti yang baik seperti menepati masa, merancang, sikap suka membantu, dsb.
- ‘Kehendak Orang Lain’ menjadi keutamaan kita: Seseorang akan belajar mengatasi reaksi terhadap perbezaan pada personaliti satu sama lain dan meletakkan kehendak pihak lain di hadapan kehendak diri sendiri. Oleh kerana cadangan semua pencari yang terlibat di dalam satseva mendapat pertimbangan yang sewajarnya, maka ianya memberi peluang kepada pencari untuk belajar memahami dan menerima pendapat orang lain. Ini pula membantu mengurangkan ego.
- Penyelesaian kepada penghambat: Seseorang mempelajari rintangan dan halangan yang dilalui oleh pencari lain dan apa yang mereka lakukan untuk mengatasi halangan tersebut.
- Mengurangkan ego: Apabila seseorang pencari sedar bahawa, berkhidmat kepada Tuhan berlaku dalam keadaan yang baik selepas berdoa dan, tidak meletakkan diri sebagai pelaku, tetapi berserah kepada Tuhan. Perkara ini turut membantu mengurangkan ego.
- Mewujudkan Perpaduan: Ianya memberi peluang untuk membantu pencari lain dalam amalan kerohanian mereka. Apabila kita membantu orang lain, ianya membantu mengalih perhatian daripada diri kita sendiri. Ini menjalin hubungan yang akrab dengan pencari lain, meningkatkan perluasaan dan mengurangkan ego kita.
- Belajar daripada kesilapan orang lain: Membantu di dalam mengurangkan kesilapan diri kerana belajar daripada kesilapan pencari lain.
- Membekalkan inspirasi: Seseorang berilham untuk mempergiatkan amalan kerohanian setelah memerhatikan usaha yang dicurahkan oleh pencari lain, dalam khidmat kepada Tuhan, walaupun terpaksa mengharungi rintangan.
- Memfasilitasi perkembangan kerohanian yang cepat: Memberikan peluang untuk membentuk keutuhan dalam misi mengembangkan Kerohanian, yang seterusnya membawa kepada perkembangan kerohanian secara cepat.
5. Apakah jenis Satseva yang terbaik?
Terdapat pelbagai jalan untuk mencapai tahap Tuhan. Satseva yang terbaik adalah untuk menyebarkan Kerohanian (berdakwah).
Beberapa kaedah ringkas untuk anda melakukannya:
- Email kepada rakan-rakan atau ahli keluarga, artikel SSRF atau (pautan) link berkaitan Kerohanian
- Membantu dalam penyediaan tempat untuk perlaksanaan bengkel dan satsangs, serta menguruskan pembersihan tempat tersebut setelah tamatnya majlis
- Menggunakan kebolehan berkomputer untuk satsevas berkaitan laman-web
- Berkongsi dengan orang lain, apa yang telah dipelajari dan dialami dengan melakukan amalan kerohanian dibawah hidayat petunjuk SSRF.
- Jika anda fasih di dalam bahasa lain selain Bahasa Inggeris, anda boleh bersukarela untuk menterjemahkan artikel laman SSRF kepada bahasa lain.
- Jika anda menggunakan media sosial, anda boleh menyebarkan kesedaran tentang Ilmu Ketuhanan yang mengagumkan, yang terkandung di dalam artikel laman SSRF.
- Berkongsi bersama orang lain, bagaimana mereka juga boleh mengalami Kebahagiaan Abadi (Bliss) dengan melakukan amalan kerohanian yang kerap dan cukup berdasarkan 6 prinsip asas.
6. Pengalaman kerohanian pencari Tuhan ketika membuat khidmat Tuhan
1. Beberapa bulan yang lalu, seorang teman pencari Tuhan dan saya pergi berjumpa seorang rakan sekerja di rumah beliau. Rakan sekerja tersebut ada meluahkan hasratnya untuk membantu kami secara teknikal untuk menstrukturkan semula laman SSRF. Saya terasa bahawa ianya adalah Prinsip diajar oleh Tuhan (Teaching principle of God) (Prinsip Guru) yang telah menghantar bantuan kepada kami, kerana individu ini mempunyai maklumat dan pengalaman tentang apa yang kami ingin capai secara teknikal pada laman web tersebut. Di sepanjang perbualan saya dengan beliau, saya terasa kehadiran Tuhan dan mengalami emosi kerohanian. Teman pencari Tuhan yang mengikuti saya juga turut merasakan emosi kerohanian. Kami menjawab beberapa soalan yang diutarakan individu ini tentang Kerohanian. Apabila kami bertanya berapa banyakkah masa yang sanggup beliau luangkan, beliau berkata. “Semua masa lapang yang saya ada.” Pada keesokan hari beliau memberitahu teman pencari Tuhan berkenaan pengalaman beliau pada perjumpaan tempoh hari.
Beliau berkata bahawa ketika berbual dengan kami, setiap kali beliau ada soalan belum tanya tentang Kerohanian, saya memberi jawapan, walaupun belum ditanya secara lisan. Beliau terlalu terpegun dengan pengalaman ini, iaitu selepas kami pulang, ianya mengambil sedikit masa untuk beliau keluar mengatasinya. – Encik Sean Clarke, Australia
2. Pada minggu lepas, kita terlibat dalam satsang SSRF. Ketika satsangtersebut, saya diberi petunjuk agar meningkatkan satsevasetiap hari selama 1-2 jam. Dalam satsang tersebut, saya terasa sesuatu perubahan yang disingkapkan Tuhan pada sanubari saya, yakni saya memperoleh semangat berjuang. Pada minggu tersebut, saya berupaya meluangkan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari dengan aktiviti berkhidmat demi God.
Di penghujung minggu, setelah melakukan khidmat Tuhan, saya sedar betapa banyaknya kekuatan daIaman saya memperolehi. Tiada lagi kekeliruan mental atau intelek seperti dulu. Hari ini, saya berasa lebih aman diri, kerana dapat meningkatkan satseva. Saya berasa segala persoalan tentang Kerohanian dan dimensi kerohanian, yang bertahun-tahun menghantui fikiran saya, hilang secara tiba-tiba.
Terima kasih ya Tuhan, kerana bersabar dengan saya! Saya tidak melakukan satseva yang secukupnya selama beberapa Tahun, walaupun kerap diberitahu supaya melakukannya. Kini saya akan melakukannya sebanyak mungkin.
3. Salah seorang ahli pencari Tuhan SSRF mempunyai masalah gagap ketika bercakap. Beliau mempunyai masalah ini semenjak kecil lagi dan tiada penyelesaian baginya. Melalui amalan kerohanian dan kesudiannya untuk berbicara tentang Kerohanian sebagai sebahagian daripada satseva, pencari Tuhan tersebut berupaya untuk bercakap tanpa sebarang masalah di hadapan audien yang ramai dalam satu perjumpaan Kerohanian. Kebanyakan orang tanpa masalah gagap pun mustahil untuk melakukan dengan yakin di hadapan audien yang ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ianya adalah satu perkara mukjizat bagi seorang yang dulunya gagap tetapi boleh mengatasinya setelah semata-mata melakukan satseva.
Kesimpulan
Kesimpulannya, berkhidmat kepada Tuhan adalah cara pantas untuk maju ke hadapan dari segi kerohanian, yakni, satu peluang untuk mengembangkan kualiti pencari Tuhan dan mencapai pembubaran minda, intelek dan kesedaran ego seseorang individu.
Adalah terpulang kepada pencari Tuhan untuk mengambil mana-mana peluang membuat satseva dan berfaedah melaluinya. Walau apa dan bagaimana, kerja Tuhan akan tetap berlangsung. Oleh itu, pencari Tuhan tidak seharusnya membina ego bahawa tanpanya ianya adalah mustahil, dan dia perlu kerap beringat bahawa jika dirinya tidak melakukan satseva, tentu ada orang lain yang akan melaksanakan kerja tersebut.
Apabila seseorang pencari cuba menjadi pengantara untuk misi Guru, Prinsip Diajar Oleh Tuhan (Divine Teaching Principle) menjadi aktif dan menjangkau kepadanya.
Para pembaca dan pencari, SSRF mengesyorkan bahawa setelah anda mula membaca dan mengulangi nama Tuhan (chanting) serta menghadiri satsang, sebagai langkah seterusnya, anda boleh cuba melakukan satseva untuk cuba mengalami untuk diri sendiri apa yang telah kita kongsi di dalam artikel ini.
Jika anda ingin melakukan satseva, sila hubungi kami melalui Kemudahan Login kami.