Apakah perbezaannya di antara berdoa dengan harapan dan tanpa harapan?

Terdapat dua jenis doa yang bergantung kepada niat sebalik doa tersebut.

1. Doa untuk harapan duniawi

Ini adalah variasi doa yang sangat umum. Jenis doa ini disebut dengan harapan untuk memenuhi beberapa keperluan duniawi. Doa mungkin disertai atau tidak disertai oleh amalan rohani yang lain.

Beberapa doa untuk harapan iaitu untuk pencapaian duniawi akan mencakupi doa-doa mengenai:

  • Keperluan material fizikal / gross seperti pekerjaan, pasangan hidup, anak, dsb.
  • Keperluan material bukan fizikal / subtle seperti pulih daripada penyakit, kebahagiaan, dsb.

1-MLY_Prayer-expectation

Doa-doa yang disebut dengan harapan mendapat beberapa manfaat duniawi secara amnya dinyatakan oleh orang pada tahap permulaan dalam perjalanan rohani. Bahkan bagi mereka doa-doanya mengenai beberapa manfaat duniawi secara amnya dikabul / dijawab, hal ini adalah secara am pada permulaan tahap perjalanan rohani. Alasannya orang dalam tahap pertumbuhan rohani yang selanjutnya berdoa hanya untuk pertumbuhan rohani yang akan diterangkan dalam bahagian seterusnya.

Apabila kita berdoa untuk manfaat duniawi untuk diri sendiri atau orang lain, doa mungkin dijawab / dikabul tetapi pada akhirnya kita menggunakan tenaga rohani yang diperolehi melalui amalan rohani. Tenaga rohani tersebut berasal sama ada dari kelahiran ini atau dari kelahiran yang sebelumnya.

Mereka yang terus berdoa sepanjang umur untuk harapan duniawi menggunakan doa sebagai sumber untuk mendapatkan sesuatu yang kecil daripada Tuhan YME, daripada berusaha untuk meningkatkan amalan rohani untuk mendapatkan rahmat kurnia Tuhan YME terus-menerus yang mencakupi semuanya. Kelemahan yang penting dalam jenis doa ini adalah seseorang akan cenderung terperangkap secara tetap dalam hasrat-hasrat dan keperluan duniawi sebalik melampaui hal tersebut untuk menyerahkan diri kepada kehendak Tuhan YME dan mampu bersandar ke atasNya untuk menyediakan keperluan yang sesuai (dan bukannya sesuai dengan keinginan kita).

2. Doa tanpa harapan duniawi (untuk pertumbuhan rohani)

Jenis doa ini disebut oleh para pencari Tuhan / Seekers yang serius mengenai perjalanan rohani mereka. Dalam doa-doa tersebut juga terdapat satu permohonan kepada Tuhan YME, tetapi ini bukanlah mengenai harapan duniawi. Harapannya adalah mengenai keupayaan untuk melakukan amalan rohani yang lebih baik untuk mencapai kemajuan dalam rohani. Para pencari Tuhan / seekers mungkin juga berdoa untuk menghindarkan rintangan-rintangan dalam amalan rohani, mengurangkan ego, dsb.

2-MLY_Prayer-expectation

Para pencari Tuhan / seekers yang berdoa tanpa harapan mempunyai manfaat berganda dari diberkati dengan kemajuan rohani serta keperluan material mereka diperhatikan sesuai dengan keperluan mereka. Di sini, sebagaimana seseorang yang berdoa menyerahkan diri jauh lebih banyak daripada mereka yang berdoa untuk harapan duniawi, dia berupaya mengakses lebih banyak rahmat kurnia Tuhan. Penyerahan diri tersebut juga menyumbangkan kepada pembubaran minda, intelek dan ego. Kedua-dua faktor tersebut menghasilkan kemajuan rohani yang pesat.

3. Perbandingan di antara dua jenis doa

Berdoa dengan harapan duniawi

Berdoa tanpa harapan duniawi (untuk pertumbuhan rohani)

  • Doa mungkin dikabul / dijawab kita jika takdir orang tersebut tidak dianggap maka ia sebaliknya
  • Selalu dijawab / dikabul bergantung kepada intensiti doa dan tahap kerohanian orang tersebut
  • Tenaga rohani habis digunakan
  • Tenaga rohani tidak digunakan
  • Kemajuan rohani tidak berlaku
  • Kemajuan rohani berlaku dan keperluan duniawi juga diperhatikan sesuai dengan kehendak Tuhan YME

4. Bagaimana doa mengubah seorang pencari Tuhan / seeker supaya berkembang secara rohani

Aspek kehidupan

Dengan harapan

Tanpa harapan duniawi (untuk pertumbuhan rohani)

  • Pekerjaan
Ya Tuhan YME, saya baru sahaja selesai ditemu duga, mohon izinkan saya mendapatkan pekerjaan tersebut. Saya benar-benar memerlukannya Ya Tuhan YME, saya baru sahaja selesai ditemu duga dan saya mempercayakan hasilnya di kakiMu. Mohon berkatilah saya dengan kekuatan untuk menerima hasilnya sesuai dengan kehendak Mu.
  • Mencari pasangan hidup
Ya Tuhan YME, saya mencintai orang ini. Mohon buatlah orang itu sama-sama mencintai saya atau lebih. Ya Tuhan YME, hanya Engkau tahu yang terbaik adakah orang ini ditujukan untuk saya. Saya juga tahu bahawa sama ada saya mencari pasangan hidup atau tidak dalam kehidupan ini mengikut takdir saya. Tetapi mohan melindungi amalan rohani saya di jalan mana pun.
  • Penyakit
Ya Tuhan YME, saya tidak boleh menerima penyakit ini mohon sembuhkan saya. Ya Tuhan YME, berikan saya kekuatan untuk menanggung penyakit ini supaya ia tidak mengalihkan saya daripada amalan rohani saya.
  • Penyakit yang diderita oleh anak
Ya Tuhan YME, mohon selamatkan anak saya. Saya akan melakukan apa sahaja. Jika anak saya diselamatkan saya akan menderma separuh daripada gaji saya berikutnya kepada rumah anak yatim. Ya Tuhan YME, anak saya sakit parah, Kami telah melakukan semua yang kami boleh – Saya tahu Engkau mencintainya lebih banyak daripada saya – Saya menyerahkannya di kaki Mu.
  • Bahagian yang menyakitkan dari kehidupan seseorang
Ya Tuhan YME, ini adalah bahagian yang amat sakit dalam hidup saya. Mohan selamatkan saya dari hal itu. Ya Tuhan YME, berikan saya kekuatan untuk menanggung kesakitan ini dan izinkan saya belajar apa yang perlu dipelajari pada tahap kerohanian. Mohon biarkan amalan rohani saya terus berlanjut tanpa mendapat hambatan.
  • Bahagian bahagia dalam kehidupan seseorang
Umumnya tidak ada Ya Tuhan YME, mohonkan saya mengingati Mu berterusan dalam kebahagiaan saya dan hanya Engkau sahaja yang memberkati saya dengan kebahagiaan ini. Semoga saya merindui Engkau sama seperti ketika saya tidak bahagia.
  • Amalan rohani
Umumnya tidak ada Ya Tuhan YME, rasa syukur saya kepada Engkau kerana memberikan saya satu hari lagi untuk melakukan amalan rohani. Mohon izinkan saya untuk melayani Mu sesuai dengan kehendak Mu dan berkatlah saya dengan keupayaan untuk meningkatkan amalan rohani saya.

5. Bimbingan oleh Yang Suci Dr. Athavale berhubung dengan doa dengan harapan dan tanpa harapan

1. Individu biasa: Orang yang mahukan sesuatu dalam kehidupan duniawi berdoa kepada Tuhan. Dia tidak memahami bahawa tanpa ketaatan / ibadat (devotion), Tuhan tidak akan memberikan apa-apa walaupun dia berdoa. Apabila seseorang itu tidak mendapat apa-apa walaupun selepas berdoa banyak kali, ia mengurangkan keimanan / kepercayaannya (faith) kepada Tuhan.

2. Orang-orang yang melakukan amalan rohani melalui Bhaktiyoga (Jalan Bakti / Path of Devotion): Kecuali kepada orang yang mengikuti Bhaktiyoga (Jalan Bakti), mereka yang menjalankan amalan rohani melalui Jalan (Paths) lain seperti Jalan Tindakan (Karmayoga / Path of Action), Jalan Ilmu (Dnyanyoga / Path of Knowledge), lain-lain, kebanyakannya tidak berdoa.

A. Dia tidak memahami bahawa melainkan jika ada ketaatan (devotion) yang benar dan bhav (emosi kerohanian) dalam doa, Tuhan tidak memberikan apa yang diharapkan.

Dia tidak memahami bahawa oleh kerana segala-galanya berlaku sepertimana hasrat Tuhan (God’s wish), ianya tidak bermakna untuk meminta mengikut keinginan sendiri (one’s own wish). Amalan rohani sebenarnya dilakukan hanya untuk memusnahkan hasrat sendiri.

C. Oleh kerana ramai orang tidak tahu apa yang harus ditanya, jika apa yang mereka minta adalah tidak berguna / komplemen (complementary) kepada amalan rohani, Tuhan tidak akan memberikannya.

D. Faedah berdoa yang paling penting adalah bahawa ia membantu dalam mengurangkan ego kita.

E. Jika sekali kita ingin berdoa kepada Tuhan, yang berikut akan menjadi doa yang sesuai – ‘Bolehkah saya mendapatkan bantuan dalam melaksanakan amalan rohani.

F. Selepas mencapai kemajuan rohani, seorang penganut (devotee) tidak meminta apa-apa daripada Tuhan; kerana, dia tahu bahawa Tuhan akan memberikan kepadanya apa yang perlu pada masa yang sesuai. ‘

– Yang Suci Dr. Athavale

6. Ringkasan

Secara ringkasan, berikut adalah amalan biasa yang boleh diingati ketika melakukan doa:

  • Jika doa berkaitan dengan meningkatkan kepuasan lima deria, minda dan intelek ia adalah doa dengan harapan duniawi
  • Jika doa berkaitan dengan membuat usaha-usaha untuk merasakan keberadaan Jiwa (Atma / Soul) (iaitu Tuhan di dalam kita) ia adlah doa tanpa harapan duniawi.