Faedah – faedah amalan kerohanian
Terdapat beberapa faedah apabila seseorang memulakan amalan kerohanian dan bersifat tekun dalam menjalankannya. Bahkan seseorang akan dapat melihat sejumlah faedahnya dengan segera. Setiap faedah tersebut mempunyai kesan secara langsung mahupun tidak langsung terhadap peningkatan kebahagiaan atau pengurangan ketidakbahagiaan kita.
Keadaan minda / fikiran yang seimbang
Kita semua menjalani kehidupan yang serba cepat dan terburu-buru pada masa kini. Seseorang jarang meluangkan masanya untuk melangkah ke belakang dan memandang hidupnya melalui perspektif (sudut pandangan) yang lebih luas.
Sepertimana yang dapat anda lihat daripada diagram (gambar rajah) di atas, gelombang biru menunjukkan penurunan besar yang berkemungkinan terjatuh akibat hilangnya keseimbangan yang disebabkan oleh situasi dan keadaan. Bahkan, keadaan emosi kita menjadi lebih kuat dan kita dapat menangani baik keadaan positif (menguntungkan) mahupun keadaan yang merugikan dengan tenang. Hal ini terjadi oleh kerana kebaikan yang diperolehi daripada pengetahuan kita tentang ilmu pengetahuan kerohanian, di mana kita mampu menerapkan pandangan hidup yang lebih berfalsafah.
Berikut adalah dua contoh dari perkara di atas.
1. Ketika seseorang mencipta nama dalam kerjayanya (artis, model, pelakon) – maka seluruh dunia akan memuji dan mendukungnya. Dalam beberapa tahun, namanya terlibat dalam satu skandal. Mungkin tiada bukti yang kukuh, namun orang yang sama pernah memuji dia, mulai bergosip dan mengungkapkan kekecewaan mereka. Tidak lama kemudian orang ternama tersebut dilupakan dan orang baru pula diletakkan di persada perhatian serta disanjung tinggi.
Apakah sikap yang seharusnya dilambil oleh orang tersebut dengan perubahan yang bergolak (naik-turun) berikutan pendapat orang ramai tentang dirinya? Jika orang tersebut memiliki keadaan minda / fikiran yang seimbang, maka meskipun pada tahap awal orang-orang memujinya, dia akan berfikir bahawa “Orang ramai berfikiran bahawa saya adalah dunia / segala-galanya bagi mereka, tetapi saya tahu semua kekurangan pada diri saya dan oleh kerana itu saya akan terus memperbaiki diri." Kemudian ketika orang melemparkan tuduhan kepadanya, jika orang ternama tersebut memiliki keadaan minda / fikiran yang seimbang, dia akan berfikir bahawa, “orang-orang menentang saya, tetapi di dalam ketenangan hati saya dan di antara Tuhan dan saya, saya tahu bahawa saya tidak bersalah, oleh itu kata-kata mereka tidak mengganggu saya.”
2. Pada masa kini, ada kemungkinan yang tinggi untuk seseorang kehilangan pekerjaannya kerana keadaan ekonomi dunia. Orang yang mentalnya stabil kerana amalan kerohanian, akan tetap tenang dalam situasi seperti itu kerana keyakinan/ iman mereka terletak pada Tuhan dan bukannya pada baki wang di akaun bank. Oleh kerana kestabilan mental tersebut, mereka dapat berfikir positif dan mengambil ikhtibar daripada kejadian tersebut sebagai permulaan yang baru serta menjadi lebih berbakat dan kreatif untuk menampung keluarga mereka. Minda / fikiran tenang dapat menjimatkan tenaga yang akan membantunya dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah yang terpaksa diharungi.