Prinsip – prinsip asas Kerohanian

Banyak jalan menuju Tuhan sesuai dengan ramainya orang

Ketika menjalankan amalan kerohanian adalah penting untuk diingati bahawa setiap individu adalah berbeza dan oleh kerana itu apa yang menjadi / sesuai untuk seorang mungkin tidak menjadi / sesuai bagi orang lain. Ketika mendaki gunung setiap pendaki berfikir bahawa jalannya adalah satu-satunya cara. Tetapi ketika dia mencapai puncak gunung, dia menyedari bahawa ada jumlah jalan yang tak terbatas yang boleh membawanya ke puncak. Demikian juga terdapat banyak jalan menuju Tuhan sesuai dengan ramainya orang.

Jika lima orang pesakit pergi berjumpa dengan doktor dan masing-masing menderita kerana penyakit yang berbeza, kemudian memberikan ubat yang sama bagi kelima-kelima pesakit tersebut tidak akan menyembuhkan penyakit bagi setiap pesakit. Begitu juga dengan kita, masing-masing berbeza dan oleh kerana itu amalan kerohanian yang sama tidak dapat disarankan/disyorkan untuk semua. Dalam konteks (bahasa) kerohanian, kita masing-masing adalah unik melingkupi parameter-paramater (batasan) seperti berikut.

  • Komposisi/kandungan daripada 3 komponen-komponen asas bukan fizikal / halus (Trigunas) iaitu sama ada mereka sāttvik, rājasik atau tāmasik secara semula jadi / pembawaan.
  • Lima Unsur Kosmik (Panchamahabhutas) atau Bumi (Pruthvi), Air (Apa), Api (Tej), Udara (Vayu) dan Eter (Akash),
  • Tahap dimana aspek-aspek berbeza daripada amalan kerohanian yang telah diselesaikan di kelahiran–kelahiran sebelumnya.
  • Himpunan riwayat hidup yang berbeza (accumulated account / karma), takdir (destiny) dan kehendak bebas (willful action) yang dimiliki masing-masing.
  • Seseorang mungkin juga mengambil jalan kerohanian tertentu sesuai dengan sifat semula jadi / pembawaannya.