Bagaimana warna mempengaruhi kerohanian kita

1. Pengenalan kepada bagaimana warna mempengaruhi kerohanian kita

Kita semua membuat pilihan pada setiap hari mengenai warna. Satu contoh iaitu memilih warna pakaian yang akan kita pakai pada hari tersebut. Dari semasa ke masa kita mungkin perlu memilih warna untuk set linen tempat tidur yang kita beli seterusnya. Kadang-kadang kita perlu memilih warna untuk mengecat dinding rumah kita.

Melalui kajian rohani, kita telah mendapati bahawa bergantung kepada warna yang kita pilih (untuk pakaian atau persekitaran kita), kita akan dipengaruhi mengikut pada tahap kerohanian. Dalam artikel ini, kita berkongsi beberapa kajian rohani kita dengan pelbagai cara warna mempengaruhi kita supaya pembaca kita akan lebih bersedia untuk membuat keputusan yang meningkatkan kehidupan mereka.

2. Bagaimana warna mempengaruhi kerohanian kita?

Seluruh Alam Semesta, pada tahap halus tidak ketara, ia terdiri daripada tiga komponen halus Sattva, Raja dan Tama. Kita telah menerangkan secara mendalam mengenainya dalam laman web dan digalakkan anda membiasakan diri dengan konsep ini, supaya mendapat pemahaman yang lebih dari artikel ini.

Warna juga dikategorikan sebagai sāttvik, rājasik atau tāmasik bergantung kepada dominasi komponen halus mereka. Sattva terdiri untuk ’kesucian rohani’ manakala Raja  dan  Tama  terdiri untuk ’tindakan’ dan ’kejahilan rohani’ masing-masing. Apabila kita memakai pakaian yang berwarna sattvik, ia membantu kita dalam amalan rohani, manakala warna bersifat Raja-Tama akan menjejaskan kemajuan rohani. Memakai pakaian yang berdominasikan Raja-Tama akan meningkatkan getaran rohani yang negatif di sekeliling kita. Oleh itu kita juga akan mungkin lebih cenderung tertarik kepada tenaga negatif kerana mereka juga dominasi Raja-Tama.

Berikut adalah senarai warna dan kesannya ke atas keadaan rohani kita. Apabila satu warna diterangkan sebagai ’Bermanfaat’, seperti dinyatakan dalam carta di bawah, ia bermaksud warna tersebut membantu menarik getaran rohani yang positif dan mengusir getaran negatif. ’Berbahaya’ menunjukkan keupayaan menarik getaran negatif dan juga pada masa yang sama menjauhkan kita daripada getaran rohani yang positif.

Warna Dominasi komponen halus Kesan ke atas kita
white Putih Melampaui Sattva Paling bermanfaat
gelb Kuning Sattva Lebih manfaat
hellblau Biru Muda Sattva Lebih manfaat
blau Biru Sattva Lebih manfaat
rosa-pink Merah Muda Sattva Bermanfaat
orange Oren Sattva-Raja Bermanfaat
hellgruen Hijau Daun Sattva-Raja Bermanfaat
rot Merah Raja Sederhana manfaat/berbahaya1
dunkelgruen-olivgruen Hijau Tua RajaTama Sederhana berbahaya
purpur Ungu RajaTama Sederhana berbahaya
violett Violet RajaTama Sederhana berbahaya
braun Coklat Tama Sederhana berbahaya
grau Kelabu Tama Sederhana berbahaya
schwarz Hitam Tama Paling berbahaya

Seperti yang kita dapat lihat daripada carta di atas, warna-warna seperti putih, kuning dan biru membantu meningkatkan kesucian rohani di sekeliling kita. Warna hitam di sebaliknya, mempunyai getaran berbahaya yang tidak hanya menarik tenaga negatif tetapi mengusir sebarang tenaga positif rohani.

Dua lukisan berdasarkan pengetahuan halus di bawah menunjukkan perbezaan getaran rohani di antara warna putih dan hitam apabila dipakai. Khususnya, lukisan berdasarkan pengetahuan-halus memfokus ke atas tenaga yang menarik/mengusir dan kesannya ke atas seseorang yang memakai warna tersebut. Lukisan-lukisan berdasarkan pengetahuan halus telah dilukis oleh Cik Priyanka Lotlikar, seorang pencari dengan deria keenam penglihatan yang matang. Lukisan-lukisan berdasarkan pengetahuan halus telah disahkan dan ditentusahkan oleh H.H Dr Athavale. Melalui kajian rohani, kedua-dua lukisan, menggambarkan getaran rohaniah hitam dan putih yang didapati 80% tetap.

2-mal-wearing-black-clothe-subtle

3-mal-wearing-white-clothes-subtle

Kedua-dua lukisan berdasarkan pengetahuan halus menunjukkan, secara berasingan, getaran halus tertarik dan dikeluarkan oleh warna-warna hitam dan putih. Getaran terakhir dikeluarkan atau tertarik oleh seseorang adalah jumlah faktor-faktor seperti tahap kerohanian, kecacatan personaliti, keadaan minda pada masa itu, iaitu tenaga negatif yang mempengaruhi, jenis dan warna pakaian dsb.

3. Alasan-alasan mengapa kita sukakan warna-warna tertenu

Pada tahap fizikal:  Seseorang secara amnya sukakan warna tertentu kerana ia sepadan dengan ton warna kulitnya.

Pada tahap psikologi: Kesukaan dan kebencian seorang individu terhadap warna tertentu boleh berubah dengan moodnya. Mood ini berubah mengikut situasi, sebagai contoh:

  • Mengikut acara: Orang lebih suka memakai warna-warna cerah ketika berkunjung
  • Mengikut acara dan budaya: Semasa pengkebumian dalam budaya tertentu, hitam dipakai, manakala yang lain, orang berpakaian putih. Rujuk kepada artikel mengenai apakah warna yang patut seorang pakai semasa upacara pengkebumian?
  • Mengikut tradisi: Peguam di sesetengah negara memakai pakaian hitam kerana ia adalah tradisi berbuat demikian.
  • Mengikut usia: Orang remaja dan awal dewasa mungkin mempunyai hasrat untuk warna merah jambu. Dengan meningkatnya usia minat warna tersebut berkurangan.
  • Warna bermaksudkan sesuatu:
    • Warna dan gaya pakaian yang dipakai oleh selebriti kebanyakkan boleh mempengaruhi pemilihan pakaian peminatnya.
    • Ia adalah fesyen.
    • Orang mungkin tidak suka warna yang dikaitkan dengan bahagian tertenu masyarakat yang mereka tidak sukai.

Pada tahap kerohanian:

  • Disebabkan olehsifat asas:  Faktor yang paling berkaitan dalam mengapa seseorang sukakan warna tertentu kerana ia padan dengan sifat asasnya. Seorang sattvik akan sukakan warna sattvik seperti putih atau biru muda. Jika sifat asas seorang adalah tamasik, mereka gemarkan warna-warna lebih tamasik seperti hitam.

  • Disebabkan oleh kesan tenaga negatif: Seorang dalam kawalan tenaga negatif biasanya merasakan getaran baik walaupun dengan warna hitam. Semua empat tubuhnya iaitu fizikal, mental, intelektual dan ego halus terganggu secara rohani apabila individu dirasuk oleh tenaga negatif. Jika distres terus berlanjutan lebih lama, orang tersebut secara perlahan mula menghilangkan identitinya. Ciri entiti yang merasuk muncul dan memainkan peranan dominan dalam melaksanakan tindakan suka dan tidak sukanya yang terpapar pada kelakuan seseorang. Ini bermaksud kesedaran orang tersebut dikawal sepenuhnya oleh tenaga negatif yang merasukinya. Oleh sebab tenaga negatif dominan Tama, orang tersebut juga akan sukakan objek yang dominasi ­Tama seperti pakaian hitam.

Penemuan utama melalui kajian rohani: Kecenderungan untuk memakai pakaian formal yang hitam atau memakai hitam dalam kehidupan harian sebahagian besar timbul kerana tenaga negatif yang ada dan terus insidius dan mempengaruhi secara halus minda orang tersebut.

Rujuk kepada artikel – Apakah peratusan populasi dunia yang dirasuk?

Memakai warna hitam juga mempengaruhi orang-orang di sekitarnya secara langsung. Jika dua orang dipengaruhi tenaga negatif dan memakai hitam, ini hanya membantu dalam pertukaran tenaga hitam halus di antara dua tenaga negatif. Namun jika terdapat seorang yang secara jujurnya cuba melakukan amalan rohani dalam kawasan tersebut, dia juga akan cenderung dipengaruhi dengan peningkatan komponen Tama disebabkan oleh orang lain memakai hitam. Ini disebabkan oleh tenaga negatif mefokuskan keupayaannya untuk cuba menghalangi orang daripada melakukan amalan rohani yang serius dan intensif.

  • Disebabkan oleh kesan kehidupan yang lepas:  Jika seorang individu dicederakan oleh seorang yang memakai pakaian warna hijau dalam kehidupan yang lepas, individu tersebut kemungkinan besar tidak sukakan warna hijau dalam kehidupan seterusnya yang berkaitan secara halus.

  • Perubahan disebabkan oleh tahap amalan rohani:  Seorang pencari yang mengalami keadaan emosi rohani (bhāv) mungkin sukakan warna biru. Ini disebabkan oleh dalam dimensi rohani, warna halus emosi rohani ialah biru.

4. Prespektif rohani secara am apabila memilih warna pakaian

Warna pakaian sepatutnya sattvik:Memilih warna sattvik seperti putih, kuning. biru dan warna-warna ini. Terdapat 1/1000 bahagian kesan warna ke atas orang biasa. Ini seolah-olah kelihatan perkadaran yang kecil, dalam kebanyakkan kes secara ketara mempengaruhi keadaan fizikal dan psikologi seseorang. Meskipun perkadaran yang kecil, memakai pakaian dominasi Sattva-Raja  memanfaatkan seseorang secara:

  • Melengkapi keperibadiaan Sattva-Raja atau
  • Mengurangkan dominasi Raja-Tama di dalamnya

Jika seseorang suka memakai warna hitam, dia mungkin mencari sebab-sebab atau alasan untuk terus memakai hitam walaupun selepas membaca artikel ini. Ia sangat disarankan bahawa menggunakan intelek seseorang dalam hal ini hanya akan merugikannya. Ini adalah sebab tidak terdapat sebarang kesan rohani untuk memakai hitam dan hanya boleh memberi kesan sebaliknya kepada kesejahteraan seseorang.

Warna pakaian tidak sepatutnya menonjol: Warna yang menonjol mempunyai dominasi komponen halus Tama. Seorang individu yang memakai pakaian yang warna menonjol juga menjadi dominasi-Tama dalam suatu jangka masa.

Pakaian yang dipakai sepatutnya dalam warna seragam: Pakaian yang biasa, satu warna rohani, tanpa sebarang cetakan atau reka bentuk adalah telus dan oleh itu, ia dianggap lebih sāttvik dari segi pandangan rohani.

Warna pakaian yang sepatutnya saling melengkapi satu sama lain:  Jika pakaian di atas dan di bawah dengan warna berlainan dipakai, maka warna mereka patut saling melengkapi satu sama lain, iaitu, mereka sepatutnya sepadan dengan satu sama lain sehingga lebih kurang 20%. Sebagai contoh, kombinasi dua warna sattvik adalah lebih sesuai secara rohani. Berikut adalah contoh pasangan warna sattvik:

  • Putih dan biru muda
  • Biru muda dan biru tua

Sepatutnya tidak terdapat banyak berbeza dengan dua warna pakaian: Jika dua warna yang berbeza warna diletakkan bersama-sama, mereka menjana getaran negatif. Oleh itu, tidak sepatutnya ada banyak berbeza di antara dua warna. Sebagai contoh, elakkan kombinasi warna kuning (warna sattvik) dan hijau (warna rajasik). Namun, nuansa hijau akan menyatu dengan baik dengan warna kuning. Ini adalah kerana mempunyai lebih kuning dan oleh itu lebih sattvik.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di majlis-majlis rasmi kita lihat orang memakai kombinasi hitam dan putih seperti tuksedo. Dunia melihat jenis pakaian rasmi ini sebagai keanggunan dan rahmat sosial. Walau bagaimanapun pada tahap kerohanian lain ceritanya. Getaran halus dari warna yang sangat sattvik seperti putih dan warna yang sangat tamasik seperti hitam sebenarnya berlawan di antara satu sama lain. Perlawanan ini menyebabkan pembentukan getaran distres yang hanya meningkat kemungkinan dipengaruhi oleh tenaga negatif. Dari prespektif kerohanian ia adalah tidak digalakkan memakai pakaian seperti tuksedo, dengan kombinasi hitam dan putih.

Bahagian warna sattvik dan rajasik dalam kain: Jika bahagian warna sattvik dan rajasik pada kain maka bahagian warna rajasik yang diguna dikurangkan, oleh itu getaran rohani dari kain lebih baik. Jika kain putih mempunyai reka bentuk bunga-bunga merah, maka getaran baik dialami dari kain tersebut. Ini bermaksud apabila peratusan warna sattvik pada kain adalah lebih daripada warna rajasik,  keberkesanan warna rajasik kurang. Pendek kata, getaran daripada warna-warna dalam kain bergantung kepada apakah peratusan warna-warna sattvik  dan  rajasik yang digunakan dalam kain.

Akibat amalan rohani seseorang dan selepas mencapai tahap kerohanian lebih 60%, kesan warna pada minda dan intelek adalah minimal. Kesannya akan berkurangan apabila tahap kerohanian seseorang meningkat. Namun ia masih boleh mempengaruhi secara fizikal kerana tubuh adalah kasar (ketara) dan tenaga negatif yang lebih tinggi dengan mudah boleh mempengaruhi sesuatu yang ada di alam fizikal.

5. Kesimpulan

Kita berharap artikel ini memberi anda pandangan pada tahap yang pratikal mengenai kesan rohani dari warna-warna terhadap kehidupan kita. Asasnya yang perlu diingati di minda ialah peningkatan komponen Sattva dalam kehidupan kita dan pengurangan komponen-halus Raja-Tama dalam kehidupan kita. Dengan pemahaman dan meletakkan prinsip rohani ini sebagai amalan dan tidak terpesong dengan sebarang trend tamasik walaupun ia mungkin popular, hanya akan menambahkan tahap lebih tinggi kesejahteraan kehidupan kita.