01-Malay_Principles-healing

1. Pengenalan

Dari masa ke semasa anda akan menemui rancangan televisyen dan publikasi yang menunjukkan orang yang menyembuhkan orang lain atau di mana masyarakat menyatakan bahawa mereka telah disembuh melalui keadah bukan konvensional. Bagaimanakah cara kerja terapi/penyembuhan rohani dan apakah prinsip asas yang melandasi fungsinya? Dalam artikel ini, kita mengekstrapolasi prinsip asas sebalik setiap jenis terapi/penyembuhan rohani.

2. Prinsp-prinsip sebalik diagnosis dalam penyembuhan rohani

Diagnosis yang tepat suatu masalah yang berpunca dalam alam kerohanian hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai deria keenam atau pengamatan luar deria (ESP). Ketepatan diagnosis boleh bervariasi dan berdasarkan 3 faktor asas:

1. Keupayaan deria keenam: Orang yang memiliki deria keenam (ESP) bersama-sama dengan tahap kerohaniannya lawan kekuatan entiti yang mempengaruhinya atau hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb).

Sebagai kaidah, seorang psikik biasa hanya boleh merasakan hantu biasa dari kawasan halus Nether (Bhuvarlok). Tenaga negatif tahap yang lebih tinggi seperti ahli sihir halus māntrik dari alam Neraka yang lebih dalam adalah sangat halus/subtle dan tidak boleh dirasai oleh psikik biasa.

Rujuk ke artikel mengenai kedalaman keupayaan untuk menyedari aktiviti paranormal dengan deria keenam.

2. Takdir: Takdir yang perlu diharungi dalam kehidupan seseorang kini (prārabdha-karma) adalah satu faktor kuat yang menentukan berapa lama seseorang akan menderita dari suatu masalah berserta dengan intensiti penderitannya. Dalam hal di mana seorang yang tidak melakukan sebarang amalan kerohanian dan takdirnya sangat teruk, ini menunjukkan bahawa orang tersebut tidak mendapat akses kepada bantuan kerohanian yang betul untuk mengatasi takdir mereka.

3. Niat suci seorang Suci/Saint yang membimbing seorang penyembuh rohani: Jika penyembuh rohani bertindak atas nasihat bimbingan orang Suci/Saint (seorang dengan tahap kerohanian lebih daripda 70%), maka penyembuh rohani boleh menyembuh masalah yang disebabkan oleh hantu-hantu yang berada pada tahap yang lebih tinggi walaupun tahap kerohanian penyembuh sendiri lebih rendah daripada apa yang seharusnya diharapkan untuk menyembuh sesuatu masalah. Ini adalah kerana penyembuhan berlaku terutamanya disebabkan oleh kekuatan niat suci dari bimbingan Orang suci/saint.

Tujuan utama entiti halus positif tahap tertinggi memberikan tenaga penyembuhan kepada seorang penyembuh supaya membantu orang lain maju dari segi rohani dan bukan semata-matanya untuk menyembuh. Sebaliknya, tenaga negatif tahap lebih tinggi memberikan tenaga kepada penyembuh untuk melakukan penyembuhan sehingga membawa mereka yang menyembuh dan orang yang berkaitan dengan penyembuh berada dalam kawalan tenaga negatif.

Sekiranya penyembuh sendiri dirasuk oleh tenaga nagatif lebih tinggi, maka kekuatan diagnosis penyembuh dan terapi/penyembuhan kerohanian tersebut akan meningkat lebih jauh. Orang biasa yang meminta penyembuhan daripada penyembuh sedemikian tidak mampu memahami bahawa mereka sebenarnya berhadapan dengan tenaga negatif lebih tinggi.

Jenis penyembuhan ini dikenali sebagai ‘mayavi’ atau suatu illusi/penipuan. Tenaga negatif menggunakan tenaga niat untuk membantu penyembuhan tersebut. Tenaga negatif yang lebih tinggi bertindak melalui seorang penyembuh dapat secara signifikan meningkatkan kemampuan penyembuh tersebut. Hal ini kelihatan seolah-olah penyembuh mempunyai keupayaan melakukan penyembuhan ajaib/mukjizat. Penyembuh sedemikian akan dilihat sebagai seorang yang sangat berkuasa. Penyembuhan seakan ajaib ini biasanya akan menarik ramai pengikut. Walau bagaimanapun, tenaga negatif yang kuat ini berfungsi melalui penyembuh dengan mudah boleh menyesatkan masyarakat pada tahap kerohanian.

Strategi mereka adalah:

1. Pada mulanya melakukan ajaib/mukjizat untuk memikat ramai orang dengan membina keyakinan terhadap penyembuh yang dipengaruhi oleh tenaga negatif supaya orang ramai akan kembali kepada penyembuh tersebut.

2. Tenaga negatif mungkin akan membuat orang ramai berada dalam lingkaran di mana mereka sentiasa memerlukan bantuan daripada penyembuh tersebut dengan menanamkan tenaga hitam mereka kepada mereka melalui penyembuh tersebut supaya beberapa masalah wujud dalam kehidupan mereka.

3. Akhirnya tenaga negatif berjaya mengawal bukan sahaja penyembuh malahan secara tidak langsung orang yang datang kepada penyembuh tersebut untuk rawatan kerohanian.

3. Mekanisme sebalik setiap jenis penyembuhan rohani yang sejati

Mengikut sains kerohanian, alam semesta terdiri daripada 3 komponen asas – SattvaRaja dan TamaSattva adalah komponen yang mewakili kesucian dan ilmu; Raja mewakili tindakan dan ghariah, manakala Tama mewakili kejahilan dan inersia. Getaran-getaran halus yang berasal apa sahaja dan semua hal bergantung kepada komponen asas halus yang paling mendominasikan mereka. Kita telah menjelaskan seluruh konsep secara mendalam dalam artikel tiga komponen asas (trigunās) Sattva, Raja and Tama.

Mengingati hal di atas, berikut adalah prinsip asas sebalik setiap jenis rawatan terapi/penyembuhan rohani yang dipraktikkan di mana sahaja di dunia, tidak kira jenis penyembuhan.

2-MALAY-Princip-of-Sp-healing

Apabila seseorang diserang oleh tenaga negatif atau entiti dari dimensi kerohanian, dia boleh menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupannya. Apabila tenaga negatif menyerang seorang dengan menyebabkan masalah medikal atau mental atau sebarang masalah, ia (hantu) sebenarnya meningkatkan komponen asas halus Raja-Tama dan mengurangkan komponen Sattva di dalam dan di sekeliling orang atau objek yang dipengaruhi. Hantu-hantu boleh meliputi seseorang dengan selaput tenaga hitam di sekeiling orang tersebut atau menanamkan tenaga hitam pada mereka. Tenaga hitam adalah tenaga rohani yang digunakan untuk tujuan berbahaya.

Pada asasnya dengan menggunakan remedi penyembuhan rohani (bersama-sama dengan rawatan fisikal) seseorang yang disembuh mendapat manfaat-manfaat berikut :

  • Mengurangkan asas halus Raja-Tama yang disebabkan oleh hantu-hantu
  • Meningkatkan komponen asas halus Sattva
  • Cuba menyingkirkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan tenaga hitam yang sememangnyaRaja-Tama.

Rujuk kepada artikel ’Bagaimana hantu merasuk seseorang (contohnya mekanisme sebalik tindakan dirasuk)?’