Dalam kehidupan seharian, setiap tindakan yang kita lakukan, berlangsung dengan kesedaran tentang kewujudan diri kita sendiri kerana hal itu tertanam secara mendalam di dalam diri kita. Kesedaran akan diri kita sendiri ini tertanam melalui panceindera (5 deria), minda / fikiran dan intelek kita. Oleh yang demikian, semua peristiwa yang dialami terjadi dengan kesedaran akan diri tersebut. Dalam istilah kerohanian, kita mengenali kewujudan / kesedaran ini sebagai ‘aku’ kecil. Dari sudut pandangan yang lain, kita mentafsirkan Jiwa (Roh / ātmā) atau Tuhan di dalam kita sebagai ‘Aku’ besar.
(aku) 'aku' kecil: Merujuk pada miopik / pemikiran sempit kita yang beranggapan bahawa kita terpisah daripada Tuhan
(Aku) 'Aku' besar: Merujuk pada keadaan kewujudan kita yang sebenar, iaitu Jiwa (Roh/atma) atau Tuhan di dalam diri kita sendiri – di mana mengalami keadaan ini sepanjang masa adalah 'Kesedaran Tuhan' (God- realisation), yang merupakan keadaan tertinggi dalam perkembangan kerohanian
Bila kita memulakan amalan kerohanian, kita mula merasakan suatu kuasa/ kekuatan yang lebih tinggi, iaitu Tuhan yang berfungsi dalam hidup kita. Sewaktu kita maju dari segi kerohanian, terdapat peningkatan dalam kesedaran akan Tuhan dalam kehidupan kita dan juga di sekitar kita. Secara sendirinya juga terjadi pengurangan fokus pada kewujudan diri kita atau ‘aku’ kecil.
Emosi / perasaan kerohanian (bhāv) adalah penggantian ‘aku’ kecil dalam kehidupan seseorang dengan kesedaran akan kewujudan Tuhan atau Guru (Prinsip pengajar Tuhan) dengan keamatan yang seimbang. Suatu kesedaran yang intensif/ kuat akan kewujudan Tuhan atau Guru dalam sebarang bentuk ketika melakukan aktiviti kehidupan seharian yang berdasarkan pada perasaan ini dan juga mengalami kehidupan berdasarkan latar belakang ini, disebut sebagai emosi kerohanian kepada Tuhan atau Guru.
Ketika seseorang berada dalam keadaan emosi kerohanian, minda separa sedarnya (sub-conscious mind) bersatu dengan Tuhan untuk saat itu. Minda / fikiran dan Inteleknya mundur ke belakang (tidak menjadi penghalang), dan orang tersebut dapat mengalami perhubungan yang lebih besar dengan Tuhan. Oleh kerana itu, dalam keadaan ini orang tersebut tidak memiliki sebarang pemikiran atau keraguan tentang kerohanian atau Tuhan.
Emosi kerohanian adalah suatu keadaan yang dialami dalam Jalan Bakti/ Pengabdian (Bhaktiyoga) dan Jalan Rahmat Kurniaan Guru (Gurukrupāyoga).
Berikut ini adalah gambar yang diperolehi melalui pengetahuan Semesta (subtle knowledge) yang menunjukkan seseorang dengan emosi/ perasaan kerohanian (bhāv). Lukisan yang berdasarkan pengetahuan alam Semesta ini digambarkan oleh 'pencari' SSRF dengan intuisi / penglihatan indera keenam yang mendalam.