Konsep-konsep Umum dalam Kerohanian
Memperolehi pengalaman kerohanian daripada amalan kerohanian
Dalam kerohanian, hanya 2% kepentingan diberikan untuk pengetahuan intelek manakala 98% kepentingan bergantung kepada pengalaman daripada pengetahuan intelek tersebut. Pengalaman-pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman kerohanian dan ia membantu kita untuk menjana kepercayaan terhadap intelek dalam memahami sains kerohanian. Pengalaman kerohanian boleh manifes (menunjukkan sesuatu dengan jelas) dalam pelbagai cara.
Antara aspek-aspek yang lebih nyata (tangible) adalah apabila seseorang mengalami sesuatu dengan pancaindera tanpa sebab rasional.
Sebagai contohnya, seorang yang bertafakur (meditating) di sebuah bilik yang senyap dan dia telah menutup pintu dan tingkap untuk mengelakkan gangguan. Tiba-tiba, dia mula menyedari wangian daripada kemenyan gaharu. Dia menjadi hairan dan melihat sekeliling untuk mencari sumber wangian tersebut lalu memeriksa sekitar rumah dan juga membuka tingkap. Wangian tersebut mengikutinya ke mana dia pergi. Ini adalah cara Tuhan untuk menggalakkan kita. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada artikel Pengalaman Kerohanian.
Disebaliknya, seseorang akan mengalami fungsi penglibatan Ilahi / ketuhanan dengan menggunakan prinsip kerohanian atau konsep dalam kehidupan mereka. Hasilnya seseorang akan memperolehi kepercayaan dalam prinsip tersebut dan mendalaminya.
<< Sebelum