Usia Alam Semesta

1. Pengenalan

Dalam beberapa artikel kami, kami telah merujuk kepada usia alam semesta dan empat Era iaitu Satyayug, Trētāyug, Dwāparyug dan Kaliyug. Kami telah menerima soalan daripada pembaca kami yang menanyakan apakah yang kami maksudkan sebagai alam semesta dan bagaimana kami menyelaraskan usia alam semesta dengan pandangan sains moden. Artikel ini adalah jawapan kepada pertanyaan tersebut, dimana kami menjelaskan usia alam semesta dan berapakah umur alam semesta ini mengikut Pengetahuan Ketuhanan yang diterima melalui penyelidikan kerohanian.

Nota daripada sidang pengarang: Sebagai dasar SSRF menerbitkan artikel-artikel yang lebih praktikal, supaya orang ramai boleh belajar daripada mereka dan memperbaiki kehidupan mereka. Memahami penciptaan alam semesta adalah lebih bersifat teori dan mempunyai sedikit atau bahkan tidak ada nilai praktikal dalam perjalanan kerohanian kita. Oleh itu, sila pertimbangkan artikel ini hanya sebagai tambahan kepada artikel-artikel lain di mana kami telah menyebut alam semesta. Di sini kami telah berkongsi hanya beberapa perkara penting yang berkaitan dengan topik, untuk mengelakkan sebarang ambiguiti / kekaburan dalam artikel lain yang merujuk kepada alam semesta.

2. Definisi alam semesta

Sebagai permulaan marilah kita mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan alam semesta oleh SSRF. SSRF mendefinisikan alam semesta sebagai keseluruhan Dunia yang terlihat/nyata dan yang tak terlihat (tak kasat mata). Ini bermakna ia termasuk Bumi bersama-sama dengan sistem solar, semua buruj dan galaksi yang kita lihat di langit. Tetapi ini juga adalah hanya sebahagian kecil daripada alam semesta. Bersama-sama dengan ini, ia juga termasuk tujuh alam halus negatif yang wujud dan enam alam halus positif yang wujud seperti yang diberikan dalam artikel kami apa yang berlaku selepas kematian.

3. Berapakah usia alam semesta

Untuk memahami bahagian ini terdapat hukum penciptaan kerohanian asas yang harus kita pelajari terlebih dahulu. Segala-galanya di alam semesta termasuk alam semesta itu sendiri, mula-mula dicipta, kemudian dipelihara untuk satu tempoh masa, dan akhirnya dimusnahkan. Penciptaan, pemeliharaan dan pembubaran (dissolution) alam semesta dan unsur-unsurnya adalah proses berterusan yang telah berlaku sejak berzaman-zaman lagi.

Melalui penyelidikan kerohanian, kita mendapati bahawa seluruh alam semesta telah melalui banyak kitaran (cycles) penciptaan, pemeliharaan, dan pemusnahan. Pemusnahan sebahagian daripada alam semesta ini dikenali sebagai pralay dan kami telah menjelaskan hal ini dengan lebih terperinci dalam bahagian di bawah.

Selepas alam semesta dicipta dan sebelum ia dimusnahkan, (iaitu semasa masa ia dipelihara) ia akan melalui banyak kitaran. Yang paling kecil daripada kitaran ini mempunyai 4 Era. Iaitu Satyayug, Tretayug, Dwaparyug dan Kaliyug.

Melalui penyelidikan kerohanian, kami mendapati bahawa berikut merupakan bilangan tahun dalam setiap era tersebut dalam kitaran yang berlangsung selama jangka waktu tertentu:

Era dalam satu kitaran (paryāy)
Era Tahun
Satayug 1,728,00
Tretāyug 1,296,00
Dwāparyug 864,000
Kaliyug 432,000
Jumlah 4,320,0001

Footnotes:

  1. iaitu 4.32 juta tahun

Dalam kitaran semasa (paryay), berdasarkan kiraan pada tahun 2017, kita lebih kurang 5119 tahun berada dalam era Kaliyug (maksudnya Era Persengketaan). Oleh itu, sejak kitaran semasa bermula, kita telah melalui kira-kira lebih kurang 3.8 juta tahun dan kita masih ada tempoh lebih dari 420,000 tahun lagi untuk selesai. Pada akhir Kaliyug, terdapat suatu pembubaran mini (mini-dissolution) sebelum Satyayug bermula sekali lagi. Pembubaran mini pada umumnya adalah tentang kemusnahan menyeluruh seperti peperangan, bencana alam, kehilangan nyawa, dan lain-lain. Tahap kemusnahannya adalah sangat kecil berbanding dengan pembubaran alam semesta yang dikenali sebagai pralay.

Salah satu perbezaan utama dalam Era tersebut adalah tahap sāttviktā dalam masyarakat dan tahap kerohanian purata manusia. Carta berikut menunjukkan tahap kerohanian umat manusia di setiap Era dalam satu kitaran.

Tahap kerohanian umat manusia di setiap era
Era tahap kerohanian
Satayug 80%
Tretāyug 70%
Dwāparyug 50%
Kaliyug 20%

 

4. Kitaran utama alam semesta

Berikut adalah kitaran utama yang lain sepanjang sejarah alam semesta:

Usia Alam Semesta

4.1 Kemusnahan atau pembubaran alam semesta

Berikut adalah jenis-jenis pembubaran / kemusnahan yang berlaku di alam semesta secara berkala:

4.1.1 Pralay (setiap 4.32 bilion tahun)

  • Pralay diterjemahkan sebagai pembubaran alam semesta.
  • Apakah yang dimusnahkan? Apabila pralay berlaku, maka alam Bumi (Bhūlok) (bersama-sama dengan galaksi dan lain-lain), Dunia Nether (Bhuvarlok), 7 alam Neraka (Pātāl), dan Syurga (Swarga) akan dimusnahkan.
  • Apakah yang kekal? Walau bagaimanapun, alam halus positif yang lebih tinggi yakni Maharlok, Janalok, Tapolok dan Satyalok akan kekal sebagaimana yang sedia ada. Aspek-aspek Tuhan yang bertanggungjawab untuk Penciptaan (Brahma), Pemeliharaan (Vishnu) dan Pembubaran / Pemusnahan (Mahēsh) tetap sama.
  • Bilakah ia berlaku? Hal ini berlaku sekali dalam setiap 4.32 bilion tahun, atau 1000 kitaran, atau 1 hari (1 kalpa) dari Prinsip Penciptaan (Brahma).
  • Selepas pralay, 4.32 juta tahun diperlukan untuk penciptaan itu terlaksana dan Satyayug untuk bermula. Bagi penciptaan itu terlaksana, sedikit masa diperlukan untuk dilalui. Selepas pembubaran, proses penciptaan bermula serta-merta, tetapi ia hanya dapat dilihat dengan mata kasar selepas 4.32 juta tahun.

4.1.2 Mahapralay (setiap 432 bilion tahun)

  • Dalam setiap 100 hari dari Prinsip Penciptaan (432 bilion tahun) terdapat mahāpralay (lebih kurang diterjemahkan sebagai pembubaran besar) yang berlaku.
  • Dalam mahāpralay terdapat pembubaran seluruh alam semesta, iaitu di 7 alam positif dan negatif alam semesta. Terdapat juga pembubaran aspek Tuhan yang bertanggungjawab ke atas Penciptaan, Pemeliharaan dan Pembubaran/ Pemusnahan.
  • Hanya Prinsip Tuhan yang Agung akan kekal dalam bentuk tak manifes (unmanifest  / nirgun).

5. Perbezaan di antara pandangan sains moden dan pandangan ilmu kerohanian

Sains moden menegaskan bahawa usia alam semesta adalah lebih daripada 13 bilion tahun (wikipedia.com). Sebab utama perbezaan di antara pandangan sains moden dan Pengetahuan yang diterima melalui penyelidikan kerohanian adalah kekurangan keupayaan deria keenam (sixth sense) (berbanding dengan Orang-orang Suci / Saints) untuk memahami prinsip Penciptaan, Pemeliharaan dan Pemusnahan alam semesta.

Usia Alam Semesta

6. Pelbagai perkara tentang penciptaan alam semesta dan umat manusia

Berikut adalah beberapa perkara lain yang berkaitan tentang penciptaan alam semesta yang diperolehi melalui penyelidikan kerohanian.

S: Berapa lamakah Bumi mengambil masa untuk mencapai keadaan semasa di mana ia telah dihuni oleh manusia?

J: Apabila alam semesta dapat dilihat dengan jelas dengan mata kasar, ia wujud/ manifes (manifests) secara keseluruhan serta-merta. Tidak ada tempoh gestasi / persiapan (gestation period) sebelum bumi menjadi sesuai untuk didiami dan Satyayug  bermula.

S: Bilakah orang mendiami Bumi?

Usia Alam SemestaJ: Manusia menghuni bumi sejak awal dari permulaan Satyayug. Mereka tidak berevolusi daripada primat atau spesies lain, seperti konsep popular yang dipegang oleh sains moden. Sebagai contoh, kita tidak berubah daripada Homo Neanderthalensis yang juga dikenali sebagai Manusia Neanderthal. Manusia Neanderthal adalah daripada spesies yang berbeza.

Perbezaan utama di antara manusia di Satyayug dan Kaliyug adalah perbezaan dalam purata tahap kerohanian iaitu 80% dan 20% masing-masing. Oleh kerana sāttviktā dalam Satyayug adalah lebih besar, kadar kemusnahan/penuaan adalah lebih perlahan. Sebagai contoh manusia di Satyatug mempunyai jangka hayat yang sangat panjang (400 tahun secara purata), tubuh yang sangat tinggi dan lain-lain. Walau bagaimanapun, jangka hayat manusia di Kaliyug telah berkurangan (70-80 tahun), juga ketinggian purata manusia telah berkurangan. Apabila terdapat jumlah komponen halus Raja dan Tama yang lebih besar seperti yang terdapat dalam Kaliyug, tahap penuaan dan kadar kemusnahan akan meningkat.

Jadual berikut memberikan beberapa aspek lagi tentang empat era.

Aspek Satyayug Trētāyug Dwāparyug Kaliyug
Peratusan orang yang berevolusi melebihi 70% 70% 50% 20% 0.000001 %
Perkadaran pahala berbanding dosa
Dosa 2% 20% 40% 80%
Pahala 98% 80% 60% 20%

Spesies seperti dinosaur telah ada dalam pelbagai kitaran yang berbeza sebelum ini. Dalam kitaran ini juga mereka mungkin telah wujud sehingga beberapa era seperti Tretayug, dan kemudian menjadi pupus. Ia adalah sama dengan manusia yang tubuhnya lebih tinggi. Badan-halus (subtle-bodies) menjelma sebagai manusia berulang kali sepanjang era itu, sehingga mereka dibebaskan daripada kitaran kelahiran dan kematian dengan melakukan amalan kerohanian. Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang juga telah menjadi lebih kecil dalam era Kaliyug dan beberapa spesies telah pupus. Tetapi mereka akan muncul semula dalam kitaran seterusnya.