Mulakanlah Perjalanan Kerohanian Anda
Dartar kandungan
- Mulakanlah Perjalanan Kerohanian Anda
- 1. Mengucap secara berulang (mengulangi) Nama Tuhan sesuai dengan agama anda dilahirkan:
- 2. Suatu Canta / (pengucapan & pengulangan) (chant) yang kondusif secara kerohanian bagi tahun-tahun semasa hingga tahun 2025.
- 3. Mengucap secara berulang (mencanta) nama pelindung untuk permasalahan leluhur / nenek moyang
- 4. Meningkatkan pengetahuan kerohanian / spiritual anda:
Di sepanjang laman web, Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (Spiritual Science Research Foundation- SSRF) telah menekankan betapa pentingnya melakukan amalan kerohanian (spiritual practice) secara teratur
Tujuan artikel ini adalah untuk memberikan pemahaman ringkas mengenai apa yang dapat anda lakukan untuk memulakan perjalanan kerohanian (amalan kerohanian) anda hari ini.
Apa sahaja agama atau dari mana sahaja kebudayan anda berasal, Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (SSRF) menyarankan tiga hal yang dapat anda lakukan segera untuk memulakan atau melengkapi perjalanan kerohanian (spiritual journey) anda.
1. Mengucap secara berulang (mengulangi) Nama Tuhan sesuai dengan agama anda dilahirkan:
Kita dilahirkan dalam agama yang paling kondusif / menggalakkan untuk memulakan perjalanan kerohanian kita. Dengan demikian, aspek ketuhanan yang kita sembah menurut / sesuai dengan agama kita adalah apa yang paling bermanfaat bagi pertumbuhan kerohanian kita pada tahap itu. Pelbagai Nama Tuhan menurut agama masing-masing mewakili pelbagai aspek daripada satu Tuhan Yang Maha Esa. Dengan mengucap secara berulang / mengulangi Nama Tuhan menurut agama kelahiran kita, kita berseru kepada aspek ketuhanan tersebut dan memanfaatkan kuasa ketuhanan-Nya. Hal ini dapat dikiaskan sebagai pengambilan tonik kerohanian umum yang paling kita perlukan.
Marilah kita lihat beberapa contoh daripada nama Tuhan yang seharusnya kita ucap / ulangi sesuai dengan agama kelahiran kita.
Nama Tuhan yang manakah seharusnya diucap dan diulangi oleh seseorang?
Agama kelahiran | Nama Tuhan untuk pengulangan dan pengucapan |
---|---|
Buddhist | Ом Манипадме хум, Намо Будая; |
Kristian | Римски католик: Света Мария; Англиканин или други християнски вероизповедания: Исусе Господи; |
Hindu |
Nama Dewa keluarga atau jika seseorang tidak tahu Nama Dewa keluarga maka orang tersebut dinasihatkan untuk mengucap dan mengulangi “Shri Kuladevataayai Namahaa” Kaedah pengucapan & pengulangan bagi Nama Dewa keluarga: Shri harus menjadi prefiks / awalan bagi Nama Dewa keluarga, Nama berikutnya harus dalam tatabahasa ” objek tidak langsung” ( chaturthi pratyai ) dan kemudian diakhiri dengan Namaha. Misalnya, jika Dewa keluarga adalah : |
Islam | Ya Allah, Allah hu Akbar, Rahim dll.. |
Jain | Navakar Mantra (Om Namo Arihantanam ) |
Jew / Yahudi | Jehowah, Yahweh, Adonai atau salah satu daripada pelbagai Nama – nama Tuhan seperti mana dalam Judaisme ( Agama orang – orang Yahudi ) |
Sikh | Vahe Guru, Shri Vahe Guru, Sukhmani Saheb, Japaji Saheb |
Zoroastrian | Terdapat 101 Nama. Para pencari Tuhan (Seeker) diminta untuk mengucap dan mengulangi Nama yang sesuai dengan angka yang diperolehi dalam meditasi. |
Beberapa saranan dalam mengucap secara berulang / mengulangi nama Tuhan:
1. Mengucap secara berulang dengan cara yang anda rasa selesa: Anda boleh mengucap di dalam mental atau secara lisan ataupun anda boleh mengucap / mengulangi dengan menggunakan tasbih, rosario, mala, dll. Anda boleh memilih mana – mana kaedah yang anda rasa selesa. | |
2. Bila-bila masa dan di mana – mana tempat: Anda boleh mengucap secara berulang bila – bila masa dan di mana – mana tempat. Contohnya, anda boleh mengucap sewaktu perjalanan ke tempat bekerja, sambil memasak, ataupun semasa membawa binatang peliharaan untuk berjalan-jalan. | |
3. Kuantiti dalam pengucapan dan pengulangan nama Tuhan: Semakin banyak pengucapan yang anda lakukan, semakin banyak pula manfaat kerohaniannya. Anda boleh memulakan dari lima minit sehari, kemudian secara beransur-ansur meningkatkan usahanya ke beberapa jam dalam sehari dalam masa beberapa bulan. Hal ini dapat dilakukan dalam banyak bahagian, dan sambil melakukan kegiatan-kegiatan lain seperti memasak dll seperti mana yang dijelaskan di atas. | |
4. Teratur dalam pengucapan secara beransur anda: Usaha yang ikhlas dalam pengucapan dan pengulangan nama Tuhan akan memberikan manfaat-manfaat seperti membawa perasaan ketenangan dalam hidup anda yang anda tidak dapat rasakan dalam jangka waktu yang lama ataupun kehidupan duniawi anda menjadi lebih baik. |
Intinya: Berikanlah kesempatan terbaik untuk memulakan amalan kerohanian ini selama minimum 6 bulan dan anda akan melihat manfaat-manfaatnya dalam hidup anda.
2. Suatu Canta / (pengucapan & pengulangan) (chant) yang kondusif secara kerohanian bagi tahun-tahun semasa hingga tahun 2025.
Melalui penyelidikan kerohanian, kami telah menemukan canta yang paling kondusif secara kerohanian untuk diulangi pada tahun-tahun hingga 2025.
Canta (pengucapan & pengulangan) itu adalah ||Om Namo Bhagawate Vasudevaya ||
https://www.spiritualresearchfoundation.org/userfiles/download.php?path=%2Fuserfiles%2Faudio%2Fchants_deities%2F7.+Shree+Krushna.mp3&as3cf-fix-wp-check-file-type-ext=.phpKlik di sini untuk memuat turun canta.
https://www.spiritualresearchfoundation.org/userfiles/download.php?path=/userfiles/audio/chants_deities/20210830_Krushna_MAV_T_30min.mp3&as3cf-fix-wp-check-file-type-ext=.phpKlik di sini untuk memuat turun canta.
Maksud canta ini adalah, “Saya menghormati Prinsip Pemeliharaan Tuhan, yang memelihara semua ciptaan”.
Memandangkan masa sekarang dan ketidakstabilan yang ada di dunia, disarankan agar kita mengucap & mengulangi Om Namo Bhagawate Vasudevaya sebagai canta utama kita. Canta ini akan memberikan anda tenaga kerohanian dan perlindungan yang diperlukan pada masa-masa akan mendatang. Sekiranya anda mula mencanta Om Namo Bhagawate Vasudevaya, maka anda tidak perlu mengulangi canta mengikut agama kelahiran anda.
Apa sahaja Nama Tuhan yang dipilih untuk diucap & diulangi, yang lebih penting ialah ia perlu dicanta secara tetap. Ini kerana amalan kerohanian mencanta disarankan pada zaman sekarang dan ia menolong kita untuk menuju ke arah Tuhan.
3. Mengucap secara berulang (mencanta) nama pelindung untuk permasalahan leluhur / nenek moyang
Di dunia kini, hampir kesemua daripada kita terpengaruh dengan sesuatu yang dikenali sebagai ‘Permasalahan Leluhur / Nenek – moyang’. Hal ini telah dijelaskan secara mendalam di bahagian artikel kami yang lain iaitu pada Permasalahan Leluhur/ Nenek- moyang.
Dengan mengucap dan mengulangi Nama Tuhan Datta (iaitu aspek Tuhan yang melindungi kita daripada permasalahan leluhur), kita akan terlindung daripada permasalahan ini.
Klik di sini untuk mendengar Nama Pelindung ini
Pengucapan dan pengulangan Nama yang tepat adalah ‘Shri Gurudev Datta’. Klik di sini untuk mendengar Nama Pelindung ini.
Tips dalam pengucapan dan pengulangan Nama ‘Shri Gurudev Datta’
- Kuantiti: Kuantiti yang kami nasihatkan untuk pengucapan dan pengulangan nama ‘ Shri Gurudev Datta’ seharusnya sepadan dengan keamatan kesusahan yang dialami seseorang akibat permasalahan leluhur. Sila baca atikel kami, ‘Apakah itu permasalahan leluhur ?‘ untuk memahami jenis-jenis kesusahan / permasalahan yang akan dialami oleh seseorang disebabkan oleh permasalahan daripada leluhur/ nenek moyang.
- Dalam keadaan di mana tidak ada kesusahan atau sesusahan yang dialami adalah ringan, seseorang dapat mengucap dan mengulangi Nama ‘Shri Gurudev Datta’ selama 1 hingga 2 jam setiap hari untuk menghindari masalah tersebut di masa depan.
- Dalam keadaan di mana jika kesusahan yang dialami adalah sederhana, pengucapan dan pengulangan Nama ‘Shri Gurudev Datta’ harus dilakukan selama 2 hingga 4 jam setiap hari.
- Jika kesusahan yang dialami adalah teruk / parah, maka seseorang harus mengucap dan mengulangi Nama ‘Shri Gurudev Datta’ selama 4-6 jam setiap hari.
Catatan: Kuantiti pengucapan dan pengulangan Nama yang dianjurkan di atas telah meningkat baru-baru ini. Kenaikan jumlah pengucapan dan pengulangan Nama telah dinasihatkan dengan mempertimbangkan peningkatan dalam kesulitan yang disebabkan oleh leluhur / nenek – moyang dan kuasa negatif pada masa ini dan di masa hadapan.
- Sesuai dengan keselesaan anda: Anda boleh melakukan hal ini dalam satu sesi ataupun dalam beberapa sesi yang berasingan.
4. Meningkatkan pengetahuan kerohanian / spiritual anda:
Belajar: Pembelajaran secara teratur tentang pelbagai aspek mengenai ilmu pengetahuan kerohanian / spiritual adalah penting untuk membantu anda memahami pentingnya amalan kerohanian yang teratur dan juga memperjelaskan pertanyaan yang mungkin anda miliki. Kami juga menyarankan anda supaya membaca bahagian-bahagian atau artikel-artikel berikut:
- Penelitian kerohanian untuk kebahagiaan abadi termasuk enam prinsip asas amalan kerohanian
- Bahagian pada amalan kerohanian.
Catatan: Silalah berkongsi pengalaman anda dengan bebas atau ajukanlah pertanyaan yang anda miliki setelah memulakan amalan kerohanian anda.