1-MALAY_purpose-of-life-LP

1. Pengenalan tentang tujuan kehidupan

Kerap kita mendengar soalan klasik, ’Apakah maksud kehidupan?’ atau ’Apakah tujuan kehidupan?’ atau ’Mengapa kita dilahirkan?’. Dalam kebanyakkan kes, kita mempunyai agenda tersendiri mengenai apakah tujuan kehidupan kita. Namun dari prespektif kerohanian, terdapat dua sebab umum mengapa kita dilahirkan. Alasan-alasan inilah yang mendefinisikan tujuan kehidupan kita pada tahap yang paling asas. Tujuan-tujuan ini adalah:

  • Untuk menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima yang kita ada dengan pelbagai orang.
  • Untuk membuat kemajuan rohani dengan tujuan akhirnya bersatu dengan Tuhan dan dengan demikian keluar dari kitaran kelahiran dan kematian.

2. Menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima kita

Dalamtempoh hayat yang lepas, kita mengumpul banyak akaun memberi-dan-menerima yang merupakan hasil langsung daripada perbuatan dan tindakan kita. Akaun-akuan in mungkin positif atau negatif bergantung kepada jenis tindakan yang positif atau negatif. Pada hakikatnya, dalam era kini lebih kurang 65% kehidupan kita telah ditakdirkan (bukan dalam kawalan kita) dan 35% kehidupan kita dikawal oleh kehendak sendiri. Semua peristiwa utama dalam kehidupan kita keseluruhannya adalah mengikut takdir. Peristiwa-peristiwa termasuk kelahiran, keluarga di mana kita dilahirkan, orang yang kita kahwini, anak-anak yang kita ada, penyakit serius dan masa kematian. Kebahagiaan dan kedukaan yang kita berikan dan terima daripada yang tersayang dan yang dikenali merupakan hanya suatu kes akaun memberi-dan-menerima sebelumnya yang mengarahkan suatu jalan bagaimana perhubungan dimainkan atau diuraikan.

2-MALAY_accumulated-account-destiny

Walau bagaimanapun, takdir kita dalam kehidupan saat ini adalah hanya sebahagian kecil dari sejumlah akaun memberi-dan-menerima yang kita kumpul sepanjang tempoh hayat yang lalu.

Dalam tempoh hayat kita, apabila kita menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima dan takdir yang diperuntukkan dalamtempoh hayat tertentu kita, pada saat yang sama kita juga akhirnya mewujudkan lebih banyak akaun dengan menggunakan tindakan bebas kita. Ini pada akhirnya dijumlahkan ke dalam keseluruhan akaun memberi-dan-menerima yang dikenali sebagai akaun terkumpul. Hasilnya, kita harus dilahirkan semula untuk menyelesaikan akaun-akaun memberi-dan-menerima selanjutnya dan menyebabkan kita terperangkap dalam kitaran kelahiran dan kematian.

Sila rujuk ke artikel mengenai, ’Pembebasan dari kitaran kelahiran dan kematian (Moksha)’ yang menerangkan bagaimana kita terperangkap dalam kitaran kelahiran dan kematian.

3. Melakukan kemajuan rohani

Tahap rohani samashti merujuk kepada tahap rohani yang diperolehi melalui amalan rohani demi masyarakat (samashti sādhanā), manakala rohani vyashti merujuk kepada tahap rohani yang diperolehi melalui amalan rohani individu (vyashti sādhanā). Pada masa kini, kemajuan rohani demi masyarakat adalah 70% kepentingan manakala amalan rohani individu mempunyai 30% kepentingan.

Perkembangan rohani yang muktamad dalam mana-mana laluan rohani adalah bersatu dengan Tuhan. ’Bersatu dengan Tuhan’ bermaksud mengalami Tuhan di dalam kita dan di sekeliling kita sertatidakmengidentifikasikandiri dengan lima deria, minda dan intelek kita. Ini berlaku pada tahap rohani 100%. Kebanyakkan orang di dunia hari ini berada pada tahap rohani 20-25% dan segan melakukan sebarang amalan rohani untuk mengembangkan rohaninya. Mereka juga terlalu mengidentifikasikandiri mereka dengan 5 deria, minda dan intelek mereka. Hal ini tertera dalam kehidupan kita dimana fokus utama kita terletak pada penampilan kita atau kesombongan mengenai kecerdasan atau kejayaan kita.

Dengan melakukan amalan rohani apabila kita berkembang ke tahap rohani 60% (samashṭi) atau 70% (vyashṭi), kita bebas dari kitaran kelahiran dan kematian. Selepas tahap rohani ini, kita boleh menjelaskan apa sahaja baki akaun memberi-dan-menerima yang kita ada, dari alam halus Mahalok dan ke atas. Namun kadang-kadang, orang dengan tahap rohani lebih daripada 60% (samashṭi) atau 70% (vyashṭi) mungkin memilih untuk dilahirkan di Bumi untuk membimbing umat manusia dalam Kerohanian.

3-MALAY_spiritual-level-and-liberation--v2

Pembangunan rohani hanya boleh didapati melalui amalan rohani yang mengikut enam prinsip asas amalan rohani. Laluan rohani yang tidak mengikut enam prinsip asas amalan rohani membawa kepada stagnasi dalam perkembangan rohani individu.

Rujuk kepada artikel mengenai Kepentingan planet bumi untuk melakukan amalan rohani berbanding dengan alam rohani yang lain seperti syurga atau neraka.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan matlamat kehidupan kita?

Sebahagian besar daripada kita mempunyai tujuan hidup. Tujuan-tujuan hidup ini mungkin menjadi seorang doktor, menjadi kaya dan terkenal atau mewakili negara seseorang dalam bidang tertentu. Apa sahaja matlamatnya sebahagian besar daripada kita, lebih sering, lebih banyak tujuan tersebut lebih dominasikan duniawi. Sistem-sistem pendidikan kita ditubuhkan untuk membantu kita mencapai matlamat-matlamat duniawi. Sebagai ibubapa juga, kita menyemai tujuan duniawi yang sama dalam anak-anak kita dengan menggalakkan mereka belajar dan memasuki profesion yang memberi mereka lebih manfaat dari segi kewangan dibandingkan dengan profesion sendiri.

Seseorang mungkin bertanya, “Bagaimana dengan adanya matlamat duniawi selaras dengan tujuan rohani kehidupan dan sebab kita lahir di Bumi?“

Jawapannya agak mudah. Kita berusaha khasnya untuk matlamat duniawi untuk mencapai kepuasan dan kebahagiaan. Keupayaan untuk mencapai ’kebahagiaan puncak dan kekal’ pada hakikatnya merupakan apa yang mendorong semua tindakan kita. Namun selepas mencapai matlamat dunia kita, hasil kebahagiaan dan kepuasan adalah singkat, kita kemudian mengejar mimpi selanjutnya untuk diriah.

’Kebahagiaan puncak dan kekal’ hanya boleh diperolehi melalui amalan rohani yang mengikuti enam prinsip asas amalan rohani. Kebahagiaan yang tertinggi iaitu Bliss (kebahagiaan Abadi) (Ānand) adalah aspek dari Tuhan. Apabila kita bersatu denganNya kita juga mengalami kebahagiaan yang terus-menerus.

Ini tidak bermaksud kita perlu meninggalkan apa yang kita lakukan dan hanya fokus dalam amalan rohani.Apa yang dimaksudkan adalah hanya dengan melakukan amalan rohani bersama-sama dengan kehidupan duniawi, barulah kita akan dapat mengalami kebahagiaan yang puncak dan kekal. Faedah-feadah amalan rohani telah dibincang secara mendalam dalam bahagian ’Kajian rohani dalam kebahagiaan kekal’.

Pendek kata, lebih banyak matlamat hidup kita selaras dengan tujuan perkembangan rohani, semakin kehidupan kita menjadi kaya dan semakin sedikit kesedihan yang kita alami dari kehidupan. Berikut ini adalah contoh bagaimana prespektif kita dalam tujuan hidup berubah apabila kita berkembang dan matang secara rohani.

Pandangan Duniawi

Pandangan Rohani

Apakah itu ketidaktahuan?

Tidak adanya pengetahuan mengenai hal-hal duniawi

Percaya bahawa ’Aku’ adalah tubuh atau minda

Apakah maksudnya mengenal diri sendiri?

Memahami kualiti-kualiti fizikal, mental dan intelektual dan kecacatan dalam seorang

Menyedari bahawa ’Aku’ adalah Tuhan ada di dalam diri dan mengalaminya

Bagaimana kejayaan didefinisikan?

Memperolehi rasa hormat, wang, kemasyhuran dsb

Melakukan kemajuan rohanip

5. Contoh bagaiman kehidupan duniawi boleh selaras dengan matlamat rohani

Di SSRF, kita mempunyai beberapa sukarelawan, yang berkhidmat kepada Tuhan dengan menawarkan masa dan pengalaman kerja. Sebagai contoh:

  • Salah seorang ahli kita adalah perunding IT and menjaga aspek-aspek teknikal laman web pada kelapangan masa.
  • Salah seorang ahli kita dalam pasukan editorial adalah seorang psikiatri dan menolong memeriksa maklumat yang dimuat naik le laman web dari sudut pandangan perubatan dan kerohanian.
  • Ahli SSRF lain mengunjungi negara-negara lain untuk kerja. Dia menggunakan masa lapang untuk memberitahu organisasi lain yang berfikiran sama dalam negara tersebut mengenai laman web.
  • Seorang suri rumahtangga membantu menyediakan hidangan semasa pertemuan-pertemuan rohani.

Ahli SSRF telah melihat perubahan positif yang ketara dalam kehidupan mereka apabila mereka mengenalkan Kerohanian dalam sepanjang kehidupan mereka, Salah satu perubahan adalah peningkatan dalam kebahagiaan dan berkurangnya kesedihan. Begitu juga apabila ahli SSRF mengalami situasi yang sedih atau trauma, mereka mempunyai pengalaman yang terlindung dari kesakitan.

6. Apakah kesalahannya dengan dilahirkan kembali dan kembali?

Kadang-kadang orang berfikir, “Apakah kesalahannya dengan dilahirkan kembali dan kembali?“

Apabila kita masuk lebih ke Kaliyug (Era Perselisihan), iaiitu era kini dari Alam Semesta, sebahagian besar kehidupan akan lebih dipenuhi dengan masalah-masalah dan kedugaan. Kajian rohani telah menunjukkan bahawa di seluruh dunia, rata-rata manusia hanya merasa bahagia hanya 30% dari waktunya manakala 40% dari waktunya berasa tidak bahagia. Baki 30% waktunya, seseorang berada dalam keadaan neutral di mana dia tidak mengalami kebahagiaan atau ketidakbahagiaan. Sebagai contoh, apabila seorang berjalan di jalan raya atau melakukan tugas-tugas duniawi dsb dan dia tidak mempunyai pemikiran bahagia atau tidak bahagia.

Alasan utama untuk hal ini adalah kebanyakkan orang berada pada tahap rohani yang lebih rendah. Oleh itu keputusan dan tindakan kita agak sering memberi kesakitan kepada orang lain atau akhirnya meningkatkan Raja dan Tama dalam persekitaran kita. Hasilnya, kita akhirnya mengumpul karma negatif atau akaun memberi-dan-menerima. Oleh itu kebanyakkan manusia, kelahiran-kelahiran selanjutnya akan lebih menyakitkan dibandingkan kehidupan saat ini.

Sementara dunia telah melakukan langkah-langkah yang besar dalam ekonomi, saintifik dan kemajuan teknikal, kenyataannya kita semakin miskin daripada generasi sebelumnya dari segi kebahagiaan iaitu tujuan paling asas dalam kehidupan.

Memandangkan kita semua mahukan kebahagiaan, kelahiran semula dan kehidupan pada masa hadapan tidak akan memberikan kebahagiaan puncak dan kekal yang kita idami. Hanya kemajuan rohani dan bersatu dengan Tuhan akan memberikan kita kebahagiaan berkekalan dan berpanjangan.