1. Untuk apakah kami di sini
Tujuan SSRF adalah untuk mendidik masyarakat tentang dimensi kerohanian dan bagaimana hal tersebut mempengaruhi kehidupan kita. Kami melakukan penelitian dan menyampaikan pengetahuan tentang dimensi kerohanian untuk membantu agar orang dapat memahaminya, memberi nasihat kepada mereka yang ingin tahu untuk mengalaminya sendiri, dan membimbing mereka yang memiliki hasrat yang kuat untuk pertumbuhan kerohanian dan merealisasikan Tuhan untuk mencapai tujuan mereka.
2. Untuk siapakah kami di sini
Untuk setiap manusia dengan minda yang ingin menjelajah dimensi kerohanian.
Dari masa ke masa kami mendapat pertanyaan daripada orang yang meragukan kewujudan dari dimensi kerohanian. Di SSRF kami sepenuhnya sedar bahawa dimensi kerohanian itu wujud dan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian, daripada menghabiskan sumber yang berharga untuk menyakinkan orang yang ragu-ragu tentang kewujudan dimensi kerohanian, kami lebih menumpukan waktu dan tumpuan kami untuk mereka yang mempunyai keinginan yang mendalam dan hasrat yang tinggi dalam kerohanian untuk merealisasikan Tuhan.
3. Video tentang kami – Hidup dengan penuh kesedaran
[Muzik yang terdapat di dalam video tersebut adalah milik Steven Burgess (www.aquadio.com)dan lainnya]
4. Inspirasi kami dan bagaimana semuanya bermula
Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (SSRF) didirikan dengan restu daripada Yang Mulia Dr. Jayant Balaji Athavale. Yang Mulia Dr. Athavale sebelumnya berjawatan sebagai seorang Perunding Hipnoterapi Klinikal dari Mumbai, India. Beliau telah melakukan penelitian ekstensif / meluas tentang hipnosis klinikal baik di India dan luar negara ketika Beliau di England selama 7 tahun dari 1971 hingga 1978. Sewaktu pengamalan perubatannya, Beliau dapat menyedari bahawa peratus pemulihan maksimum adalah 70%. Namun, 30% daripada pesakit Beliau tidak sembuh sepenuhnya. Setelah beberapa lama, Beliau mendapati bahawa beberapa pesakit yang Beliau mendapati sedikit keberhasilan, dapat sembuh setelah mengamalkan penyembahan kerohanian seperti mengunjungi tempat-tempat suci, tinggal bersama dengan perkumpulan orang- orang suci / alim yang telah maju dari segi kerohanian (Saints) atau melakukan ibadah kerohanian (keagamaan) tertentu.
Meskipun Yang Mulia Dr. Athavale adalah seorang ateis pada waktu itu, fenomena ini membuatkan Beliau tertarik dan menggalakkan Beliau mengambil langkah–langkah untuk memahami alasan di sebalik penyembuhan ini. Beliau mengunjungi Orang–orang Suci / Alim (Saints) dari aliran kerohanian yang berbeza di seluruh India. Beliau bertanya kepada Mereka tentang teori mahupun amalan ilmu pengetahuan Sains Kerohanian dan mencatat jawapannya dengan cermat. Secara perlahan-lahan, Beliau mula menyedari bahawa ilmu Kerohanian jauh lebih unggul daripada ilmu fizik dan psikologi. Ilmu perubatan hanya terbatas dalam menangani aspek fizikal dan sebahagian kecil aspek psikologi bagi pesakit, tetapi meninggalkan keseluruhannya pada dimensi kerohanian. Orang–orang Suci mengatakan kepada Beliau bahawa Kerohanian bukanlah ilmu yang dapat dipelajari hanya daripada membaca buku-buku, tetapi dengan mengamalkannya. Yang Mulia Dr. Athavale telah bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mempelajari ilmu pengetahuan ini yang dapat menyembuhkan pesakit-pesakit Beliau. Maka Beliau melakukan apa yang disarankan oleh Orang-Orang Suci / Alim (Saints) dengan tepatnya iaitu, Beliau memulakan amalan kerohanian di bawah bimbingan orang-orang Suci. Sebagai hasilnya, Beliau diberkati dengan pencapaian akan GuruNya (Guru Kerohanian dan Pembimbing) Yang Mulia Bhaktaraj Maharaj.
Dengan secara langsung, Beliau bermula untuk propaganda pengetahuan beliau ini dengan memberikan ceramah-ceramah tentang Sains Kerohanian. Subjek-subjek ini telah ditujukan dengan mudah, secara saintifik dan prakmatik (secara berguna) yang mana orang dapat memulakan amalan kerohanian dan menemui kebaikan dengan segera dalam kehidupan mereka. Ketika Beliau menggunakan teknik-teknik kerohanian yang Beliau telah gunakan pada pesakit-pesakit Beliau, Beliau mendapati bahawa terdapat peningkatan segera dalam kadar penyembuhan. Beliau juga menyedari bahawa Sains Kerohanian bukan hanya terbatas untuk menolong pesakit-pesakitnya akan tetapi ianya adalah sains yang dapat menolong umat manusia keseluruhannya. Hal ini adalah kerana terdapat penyebab kerohanian bukan sahaja di sebalik penyakit yang dialami oleh para pesakit ini, akan tetapi juga di sebalik kesemua peristiwa utama dan kebanyakan permasalahan dalam kehidupan.
Bermula dari 1985 , Yang Mulia Dr Athavale telah bekerja tanpa lelah di bidang Kerohanian untuk berkongsi / menyumbangkan kepada umat manusia, penelitian Beliau dalam pemahaman tentang dimensi kerohanian dengan menggunakan pendekatan saintifik (ilmiah). Dengan berkat Beliau, kami mempersembahkan penemuan-penemuan ilmiah Beliau selama bertahun-tahun dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua orang. Kami juga menggunakan graf, gambar rajah dan jadual dengan meluas untuk menjelaskan konsep-konsep sains ini.
Laman web ini dikelola secara sukarela oleh sejumlah pencari Tuhan (Seekers) dari pelbagai kepercayaan yang telah dibimbing oleh Yang Mulia Dr Athavale dan yang telah mendapat pengalaman secara langsung dari ilmu pengetahuan Kerohanian.