Kesan kerohanian syampu komersial

1. Pengenalan

Ia adalah perkara biasa bagi orang ramai untuk menggunakan pelbagai produk pembersihan rambut yang berbeza yang terdapat di pasaran. Sebab mengapa kita membeli produk-produk ini adalah kerana kita mahu kotoran, partikel kulit, bahan pencemar alam sekitar, minyak dan lain-lain yang terkumpul secara perlahan-lahan di rambut kita perlu dikeluarkan supaya ia kelihatan bagus, kemas dan sihat. Walau bagaimanapun, selain daripada membantu membersihkan penampilan luar kita, adakah produk pembersihan rambut seperti syampu memberi kesan kepada kita pada tahap kerohanian? Untuk menjawab soalan ini, SSRF telah menjalankan kajian ke atas kesan kerohanian beberapa jenis produk pembersihan rambut. Kita  membandingkan  syampu komersial dengan serbuk Ayurveda (Āyurvēdic powder) yang dipanggil shikakai (Acacia concinna). Hasil penyelidikan kerohanian/spiritual ke atas serbuk Ayurveda akan diterbitkan tidak lama lagi.

2. Perspektif  kerohanian ke atas rutin harian kita

Dalam bahagian kami tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan sāttvik, sesungguhnya kami telah menjelaskan bagaimana untuk menjadikan/memberi maksud kerohanian (spiritualise) kepada pelbagai aspek kehidupan harian kita. Prinsip asas untuk menuju kehidupan yang sattvik adalah untuk mematuhi amalan dan tindakan yang mengeluarkan atau menarik vibrasi kerohanian yang tulen (sattvik).

Amalan-amalan kebersihan (hygiene practices) kita membentuk satu segmen/bahagian yang penting dalam rutin harian kita. Dalam artikel satu lagi, kami telah menerangkan dengan lebih terperinci tentang kesan kerohanian ke atas pelbagai cara kita bermandi, serta faedah-faedah kerohanian menggunakan gomūtra apabila mandi. Semasa mengikuti rutin kebersihan harian (daily hygiene routine) kita, kita berhadapan dengan pelbagai pilihan, terutamanya dengan jenis produk kosmetik yang kita gunakan. Sebagai contoh, adakah ia beretika menggunakan produk kosmetik yang telah diuji pada haiwan? Adakah bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk kosmetik adalah selamat? Hari ini kita juga boleh memilih produk pembersihan rambut yang berdasarkan pada sama ada kita mahu rambut yang bersih dan berkilat, kerinting, terhidrat (hydrated), “bebas-kelemumur” atau lain-lain jenis rambut. Melalui deria keenam yang lebih maju, kami telah menganalisis beberapa produk pembersihan rambut untuk menentukan jenis vibrasi-halus (subtle-vibrations) yang dikeluarkan daripadanya. Kajian ini boleh membantu kita membuat keputusan tentang jenis produk pembersihan rambut yang akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kita pada tahap kerohanian.

3. Penyelidikan kerohanian ke atas kesan syampu komersial

Kajian kami mengenai syampu komersial adalah lukisan yang berdasarkan pada pengetahuan-halus (subtle-knowledge) yang dilukis oleh Cik Priyanka Lotlikar, seorang pencari Tuhan dengan visi / penglihatan deria keenam yang maju. Ia telah disahkan oleh Yang Mulia Dr. Athavale. Di dalam lukisan di bawah yang berdasarkan pengetahuan-halus kita boleh melihat vibrasi-halus (subtle-vibrations) syampu rambut yang menarik dan memancar.(attracts & emanates).

2-MAL-shampoo_subtle

Kajian kerohanian yang dijalankan ke atas syampu komersial mendedahkan ciri-ciri seperti berikut:

  • Sejumlah kecil Tenaga Ketuhanan (Divine Energy) (Shakti) terhasil (materialises) dalam syampu komersial. Walau bagaimanapun ia dikelilingi/diliputi oleh tenaga negatif yang tebal.
  • Syampu komersial mengaktifkan tenaga hitam yang mempunyai sebahagian besar komponen Tama. Ia kemudian diserap (imbibed) oleh rambut dan kulit kepala.
  • Dengan peningkatan jumlah tenaga hitam di seluruh rambut dan kulit kepala kita, kita menjadi lebih terdedah kepada serangan oleh tenaga negatif. Tenaga negatif peringkat lebih tinggi (higher-level negative energies) seperti ahli sihir-halus (subtle-sorcerers) (māntriks) dengan mudah boleh meletakkan gambarajah-halus (subtle-diagrams) (yantras) untuk menyerang kita. Ini boleh menyebabkan pelbagai kesan seperti keguguran rambut, penipisan atau penebalan rambut, rambut yang kering dan rapuh dan sebagainya. Kami telah menerbitkan kajian kes rambut gugur disebabkan oleh serangan tenaga negatif.
  • Frekuensi-frekuensi ilusi atau māyāvi (illusory or māyāvi frequencies) sangat  tertarik kepada syampu komersial dan produk-produk yang berkaitan. Ia juga mengeluarkan vibrasi yang serupa ke atmosfera. Pelbagai wangian yang dikeluarkan oleh produk komersial adalah contoh bagi hal ini. Walaupun wangian tersebut mungkin kelihatan harum bagi pancaindera kasar kita, namun pada tahap kerohanian ia mengeluarkan vibrasi yang mengganggu (disturbing vibrations).

4. Implikasi praktikal kajian kami

Di bawah adalah beberapa implikasi praktikal kajian kami ke atas produk rambut komersial:

  • Dari sudut pandangan kerohanian amatlah digalakkan supaya mengelakkan produk-produk pembersihan atau kecantikan rambut komersial.
  • Satu lagi fakta menarik ialah, herba semula jadi atau syampu Ayurveda (Ayurvedic shampoos), apabila dalam bentuk cecair, menarik sejumlah kecil vibrasi negatif (negative vibrations). Ini adalah kerana bahan kimia adalah satu komponen yang perlu bagi setiap syampu cecair dan ia menarik vibrasi negatif .
  • Sebaliknya sebagai produk alternatif kita boleh menggunakan serbuk yang diperbuat daripada shikakai (herba Acacia concinna). Begitu juga, pes herba Ayurveda (Ayurvedicherbal pastes) seperti yang dibuat dengan mencampurkan Ubtan (campuran herba Ayurveda) dengan kamfor/kapur barus Ayurveda (Ayurvedic camphor) (bhimseni camphor) juga boleh digunakan. Lain-lain produk alternatif yang boleh digunakan oleh  seseorang untuk merawat rambut dan meningkatkan komponen Sattva (Sattva component) rambut dan kulit kepala termasuklah minyak Ayurveda, minyak kelapa, minyak bijan, dan sebagainya.
  • Produk-produk pewarna rambut komersial (commercial hair-dyeing products) juga mengandungi bahan-bahan kimia yang memusnahkan kecantikkan semula jadi rambut dan meningkatkan tenaga hitam yang meliputi sekeliling kita. Oleh itu adalah lebih baik untuk mengelakkan pewarnaan rambut seseorang.
  • Jenis gaya rambut juga menarik vibrasi sattvik, rājasik atau tāmasik. Ini boleh memburukkan lagi kesan-kesan yang tersebut di atas. Kami akan memberi keterangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini dalam artikel seterusnya.

5. Kesimpulan

Kecantikkan yang terhasil daripada produk-produk buatan manusia adalah tidak tahan lama. Dengan mengabaikan kecantikkan semula jadi yang dianugerahkan kepada kita oleh Tuhan dan menggunakan produk-produk berpengaruh Tama (Tama predominant products), kita akan menanggung kerugian pada tahap kerohanian/spiritual serta meningkatkan identifkasi kita dengan lima deria, minda dan akal kita. Ini bermakna kita mengenal pasti (identify) lebih dengan badan kita dan bukannya jiwa yang terdapat dalam badan kita.

Dengan membuat pilihan produk kecantikan yang mempunyai kesan-kesan berfaedah rohani, kita membantu diri sendiri dengan menyerapkan (imbibe) tenaga positif bahkan melalui tindakan duniawi kehidupan seharian kita.