1. Apa itu remedi / terapi air garam?
Hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb.) mempengaruhi manusia dan menyebabkan distres (penderitaan) melalui tenaga hitam halus mereka. Tenaga hitam boleh menyebabkan pelbagai permasalahan seperti depresi/kemurungan, pemikiran yang tidak jelas atau kerosakan organ yang membawa kepada kesukaran yang lebih besar seperti ketagihan, masalah kewangan atau sakit dada secara masing-masing.
Hantu merebakkan tenaga hitam mereka kepada orang yang menjadi sasaran / serangan mereka dan mewujudkan timbunan besar tenaga hitam (seupama stor) di dalam badan orang tersebut. Adalah sukar untuk menghilangkan tenaga hitam ini kecuali melalui remedi kerohanian umum seperti amalan kerohanian atau sesuatu yang lebih khusus seperti remedi air garam.
Remedi air garam adalah suatu remedi kerohanian yang mudah sekali, namun ia berkuasa untuk mengatasi / menghilangkan tenaga hitam berbahaya yang tak terlihat dan mengalirkan keluar dari sistem badan kita. Dengan berbuat demikian, kita tidak perlu membazirkan amalan kerohanian kita untuk mengatasi tenaga hitam tersebut. Sebaliknya ia boleh digunakan untuk pertumbuhan kerohanian
2. Bilakah kita patut menggunakan remedi air garam?
Setiap orang antara kita dipengaruhi oleh hantu dalam pelbagai tahap yang berbeza. Oleh itu, kita semua mempunyai kadar tertentu daripada tenaga hitam di dalam badan kita. Melaksanakan penyembuhan / remedi air garam setiap hari membantu untuk menghilangkan tenaga hitam ini dari badan kita.
Remedi / rawatan air garam harus dilakukan terutamanya apabila seseorang mengalami gejala-gejala seperti:
- Lesu
- Kekurangan dalam kecepatan / kecerdasan / kepintaran
- Ketidakupayaan untuk berfikir
- Pemikiran yang berlebihan terutamanya ketika pemikiran – pemikiran tersebut bersifat negatif pada hakikatnya
- Marah atau sebarang emosi yang melampau
- Stres / tekanan jiwa
- Sebarang bentuk penyakit fizikal
Apabila kita mengalami salah satu daripada gejala-gejala di atas, kita berada dalam keadaan lemah dari segi fizikal, emosi atau kerohanian. Hantu-hantu tersebut akan menyerang kita dalam keadaan lemah ini dan akan menyemai lebih banyak tenaga hitam serta mempermainkan gejala-gejala tersebut ke suatu tahap yang lebih besar.
Gambar di bawah adalah lukisan yang berdasarkan pada pengetahuan halus (subtle knowledge) mengenai cara bagaimana hantu menyebabkan depresi / kemurungan kepada seseorang.
Klik di sini untuk membaca keseluruhan kajian kes.
Juga rujuk pada – Mengapakah terdapat sempadan pelindung di sekeliling lukisan yang berdasarkan pada pengetahuan halus mengenai hantu?
Nota: Setiap kali kita berada dalam keadaan lemah (terutamanya pada tahap kerohanian), kita membiarkan diri kita terdedah kepada serangan, dalam keadaan ini hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb.) memerlukan tenaga yang sedikit untuk memberi kesan / mempengaruhi kita.
Dalam kes-kes penderitaan / distres yang teruk, remedi air garam boleh diulangi 2-3 kali sehari dengan selang masa 2-3 jam untuk hasil yang lebih baik.
3. Apakah yang diperlukan untuk remedi air garam?
- Sebuah baldi bersaiz besar
- Air untuk diisi di dalam baldi (sehingga 50%) untuk menutupi buku lali apabila kaki direndam di dalam baldi
- Garam batu
- Tuala
- Alas kaki
4. Bagaimanakah remedi air garam dilakukan?
4.1 Arahan langkah demi langkah
Persediaan:
-
Isi baldi (sehingga 50%) dengan air bagi menutupi buku lali. Tambahkan 2 sudu besar garam batu.
-
Berdoa kepada Tuhan dengan seikhlasnya dan penuh kepercayaan untuk menghapuskan tenaga hitam dalam diri anda. Berdoa juga khas untuk memusnahkan tenaga hitam daripada hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb.) yang mempengaruhi anda. Doa adalah faktor penting yang meningkatkan keberkesanan remedi ini.
Remedi:
- Duduk tegak dengan kaki anda direndam di dalam air garam. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 2-3 cm di antara kaki. Hal ini membantu dalam pengeluaran tenaga hitam secara maksimum. Jika kaki menyentuh antara satu sama lain, maka akan terdapat halangan dalam pengeluaran tenaga hitam melalui kaki.
- Pastikan kaki di dalam air garam selama 10 – 15 minit sahaja.
- Jangan melebihi 15 minit kerana tenaga hitam yang disedut ke dalam air (kerana remedi) boleh kembali ke dalam badan.
- Semasa kaki anda direndam di dalam air garam, disarankan agar anda mengucap dan mengulangi (chant) Nama Tuhan. Berikut adalah garis panduan mengenai Nama Tuhan untuk diucap dan diulangi.
- Bagi mereka yang berada dalam kehidupan keluarga atau kehidupan duniawi harus mengucap dan mengulangi || Shri Gurudev Datta || semasa melakukan remedi air garam.
- Bagi mereka yang menyebarkan ilmu Kerohanian secara aktif mengikut prinsip-prinsip sejagat (universal principles) harus mengucap dan mengulangi || Om Namo Bhagawate Vasudevaya || semasa melakukan remedi air garam.
Setelah selesai:
-
Setelah selesai remedi ini, bersyukurlah kepada Tuhan dan berdoalah untuk penciptaan lapisan pelindung di sekeliling anda.
- Kemudian buang air garam tersebut di dalam tandas dan bilas baldi dengan air bersih.
-
Mengucap dan mengulangi Nama Tuhan mengikut agama anda selama 2-3 minit.
4.2 Video mendemonstrasikan remedi air garam.
Pengalaman kerohanian negatif semasa membuat video ini.
5. Apakah mekanisme tindakan ini?
-
Pengucapan dan pengulangan serta doa menyebabkan penyingkiran dan penghancuran partikel-partikel tenaga hitam yang dihasilkan dalam pelbagai bahagian badan kita, oleh hantu.
-
Air garam (air dengan garam batu) sendiri mempunyai sifat / keupayaan untuk menyedut keluar tenaga hitam.
-
Semasa tenaga hitam sedang keluar, ia mungkin diiringi dengan gejala-gejala seperti menguap, bersendawa, kekebasan kaki, perasaan hangat di telinga dan mata, dsb. Kadang-kadang ada juga perasaan berlendir pada kaki yang direndam. Ini adalah tanda bahawa tenaga hitam sedang keluar. Juga diperhatikan bahawa kadang-kadang, selepas remedi air garam, air tersebut menjadi berwarna kehitaman atau berbau busuk atau kadang-kadang airnya menjadi panas. Ini adalah kerana hubungan dengan frekuensi-frekuensi hitam yang keluar dari badan.
- Ia berfungsi pada tahap Prinsip Kosmik Air Mutlak (Absolute Cosmic Water Principle) (70%) dan Prinsip Kosmik Bumi Mutlak (Absolute Cosmic Earth Prinsip) (30%).
5.1 Bolehkah garam Epsom digunakan sebagai ganti bagi garam batu?
Garam Epsom (Epsom salt) adalah magnesium sulfat dan ia berbeza daripada garam batu (Rock salt) yang terdiri daripada natrium klorida. Manakala garam Epsom telah diketahui bahawa mempunyai pelbagai faedah fizikal dan kesihatan, dari sudut pandangan mengeluarkan tenaga hitam dari badan, garam Epsom tidak mempunyai sebarang nilai.
6. Contoh-contoh faedah remedi / terapi rawatan
6.1 Apakah yang sebenarnya berlaku dalam dimensi halus ( subtle dimension ) semasa remedi air garam?
Apabila seseorang yang dipengaruhi oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) melakukan remedi air garam, Madhura Bhosale, seorang pencari dengan deria keenam (intuisi) yang matang (ESP) berupaya mengamati kesan-kesan remedi tersebut terhadap hantu dan tenaga hitamnya.
6.2 Lukisan berdasarkan pengetahuan halus mengenai cara tenaga hitam dikeluarkan
Lukisan di atas berdasarkan pengetahuan halus mengenai kesan-kesan remedi air garam terhadap tenaga hitam ahli sihir (chetkin) yang menyebabkan pemikiran seksual yang berlebihan dalam diri seseorang.
Rujuk pada: Kajian Kes mengenai pemikiran seksual yang berlebihan
Juga rujuk pada – Mengapakah kita mempunyai sempadan pelindung?