Jika ada sesuatu yang membantu kita untuk benar-benar membuat kemajuan, itu adalah pengorbanan. Pengorbanan membantu menciptakan ruang untuk menerima di dalam diri kita. Hanya ketika kita melepaskan pasir dalam genggaman tangan kita, Tuhan dapat mengisinya dengan berlian yang Dia telah menyimpan untuk kita. Pengorbanan boleh berupa minda / fikiran, tubuh / badan atau harta kekayaan daripada seseorang.
Gambar di atas adalah sebuah penglihatan berdasarkan pengetahuan dari sudut pandangan halus / tak kasat mata ( subtle knowledge) daripada salah seorang para pencari Tuhan (seeker) kami mengenai apa yang sebenarnya terjadi ketika seseorang berkorban untuk Tuhan. Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya kita diangkat dan dilindungi.
Contoh pengorbanan dari segi minda / fikiran, ketika kita mempunyai pilihan untuk menonton filem kegemaran kita atau membantu untuk menguruskan / menyediakan satsang (perkumpulan Tuhan), kita memilih yang kedua. Di sini kita mengorbankan sesuatu, yang dinikmati oleh minda / fikiran (menonton filem), untuk Tuhan. Pengucapan dan pengulangan yang berterusan juga merupakan pengorbanan dari segi minda / fikiran.
Contoh pengorbanan dari segi tubuh / badan, boleh berupa tidur kurang sejam untuk berkhidmat / berbakti kepada Tuhan, seperti menyempurnakan artikel untuk laman web ataupun menjalankan / melakukan perkhidmatan kerohanian yang berlainan.
<< Sebelumnya | Selanjutnya >>