Video mengenai Lalat dan Serangga Mati Tanpa Diketahui Sebabnya
Serangga dan lalat mati di Pusat Penyelidikan Spiritual di Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian (SSRF) seolah-olah tanpa sebarang sebab:
Dartar kandungan
1. Pengenalan
Kita telah mendengar dengungan lalat di sekitar rumah dan mengalami gangguan yang disebakan oleh lalat rumah, terutamanya yang berkaitan dengan makanan yang dibiarkan terbuka. Ia adalah pengetahuan umum bahawa lalat rumah membawa penyakit yang serius disebabkan oleh mikro organisma yang menyebabkan penyakit yang merbahaya seperti kepialu, disenteri dan kolera. Lalat rumah diketahui sebagai pembawa 100 patogen. Apa yang bukannya diketahui umum, namun, lalat rumah dan serangga lain yang biasa seperti lipas dan kumbang adalah makhluk yang tidak suci dari segi kerohanian dan ia memancarkan getaran kerohanian yang tidak suci.
2. Serangga boleh digunakan sebagai tenaga negatif
Tenaga-tenaga negatif dari dimensi kerohanian, kadang-kadang boleh menggunakan serangga untuk memberi kesan buruk terhadap orang dan meningkatan kerohanian yang tidak suci di persekitaran. Sepanjang penyelidikan kami, kita terjumpa sebuah rumah ladang yang diserang oleh tenaga negatif.
Salah satu bentuk serangan halus adalah rumah tersebut diserang oleh kawanan serangga tahun ke tahun semasa musim monsun. Sarang lelabah yang besar dijumpai di berdekatan rumah ladang dan gerombolan lelabah muncul dari sarangnya adalah luar biasa. Rumah tersebut diserang oleh kawanan serangga. Anda boleh lihat berapa banyaknya serangga yang merayap di seluruh rumah tersebut, sehingga memaksa penghuni rumah tersebut berpindah dari tempat tersebut kerana tempat tersebut menjadi tempat yang tidak boleh didiami sehingga langkah-langkah kawalan perosak diambil.
Kita juga melihat bahawa serangga berkumpul khasnya di atas objek-objek yang suci. Sebagai contoh, gambar-gambar Dewa-dewi, jalur Nama Dewa-dewi diserang dengan lebih dan penuh dengan serangga-serangga ini. Apabila kita melihat gambar di atas, kita boleh mengamati tenaga negatif yang dipancar oleh serangga-serangga tersebut. Serangga-serangga ini tidak suci dari segi kerohanian, maka ia memancarkan getaran negatif.
3. Fenomena lalat mati di bilik Yang Mulia Dr. Athavale dan di Pusat Penyelidikan Spiritual
Kini terdapat pelbagai langkah-langkah kawalan perosak di tempat pelupusan untuk mengawal perosak. Namun, sepanjang kajian kami, kita terjumpa fenomena bahawa memberi langkah yang baru untuk menghalang perosak secara semula jadi. Bilik Yang Mulia Dr. Athavale, iaitu seorang Suci/Saint pada tahap yang sangat tinggi, mempunyai tahap yang tinggi kesucian dari segi kerohanian. Banyak fenomena Ketuhanan/Divine seperti partikel Ketuhanan, wangian ketuhanan dan bunyi-bunyi halus berasal dari bilikNya, iaitu di SSRF Pusat Penyelidikan Spiritual dan ashram di Ramnathi di Goa, India.
Apa yang kita perhatikan adalah seekor lalat rumah tiba-tiba masuk ke dalam bilik H.H Dr. Athavale, sejerus kemudian ia menjadi keliru. Lalat berhenti terbang dan sebaliknya berjalan di sekitar dengan perlahan-lahan di lantai. Lambat laun, kakinya mula lemah seolah-olah ia berada dalam keadaan disuntik dadah. Walaupun ditujah, lalat tersebut tidak bertindak balas.
Selepas beberapa jam, kita perhatikan bahawa lalat mati terguling. Ini adalah unik memandangkan jangka hidup sebarang lalat rumah adalah di antara 15 hingga 30 hari bergantung kepada suhu dan keadaan hidup. Akan tetapi apabil seekor lalat rumah memasuki bilik H.H. Dr. Athavale, dalam masa 15 hingga 20 minit diperhatikan bahawa pergerakan lalat menjadi sangat lembap dan lama-kelamaan ia tidak mampu bergerak langsung. Dalam masa sekitar 2 jam, memasuki bilik, lalat tersebut mati.
Ini adalah gambar pelbagai jenis serangga yang mati dalam masa yang singkat apabila memasuki bilik H.H. Dr. Athavale. Kita juga perhatikan bahawa fenomena yang sama berulang tersendiri di beberapa bilik di Pusat Penyelidikan Spiritual seperti di dalam bilik kuil di Ashram.
4. Membuka jalan bagi penyelidikan baru dalam pencegahan penyakit?
Pemerhatian ini memang mempunyai implikasi yang meluas dan membuka satu aspek dalam penjagaan kesihatan yang boleh membantu kerajaan menjimatkan berjuta-juta wang dalam pencegahan penyakit. Memandangkan bahawa lalat pembawa 100 atau lebih patogen, kita tertanya-tanya jika kesan yang sama dapat dilihat dalam lalat di persekitaran kerohanian yang suci yang memberi kesan patogen yang yang dibawa olehnya. Kita ingin berkongsi dengan para pembaca beberapa contoh dan beberapa sains kerohanian sebalik fenomena ini.
1. Melalui kajian kerohanian, kita menjumpai bahawa spesis yang tidak suci seperti lalat dan serangga, iaitu kerohaniannya tidak suci, tidak boleh hidup di persekitaran yang kerohaniannya suci seperti di bilik H.H. Dr. Athavale. Apabila kita mengamalkan kerohanian secara tetap, kita meningkatkan kerohanian yang suci dan kerohanian ini menyucikan persekitaran dengan serta-merta. Ini bertindak sebagai penghalang semula jadi terhadap kuman dan serangga yang tidak suci dari segi kerohanian.
2. Kita juga menarik minat apabila kita mendengar pemerhatian sainstifik (walaupun beberapa dekad yang lalu) tentang Sungai Ganga yang sangat penting dan sungai yang dihormati di India. Airnya dianggap suci dan tulen dari segi kerohanian. Dr F.C. Harrison dari Universiti McGill di Kanada menyatakan, “Satu fakta yang tidak pernah dijelaskan dengan memuaskan adalah kematian yang cepat Vibrio kolera dalam masa 3 atau 5 jam di air Sungai Ganga.” Satu lagi doktor dari Perancis yang terkenal Dr Félix d’Herelle juga membuat pemerhatian yang serupa.
3. Kajian kerohanian yang dilakukan oleh SSRF ke atas Sungai Ganga menunjukkan bahawa namun dalam tahun 2014, walaupun tahap yang tinggi pencemaran fizikal, air Sungai Ganga mengekalkan tahap abadi sāttvikta dan kesucian rohani. Kesucian rohani Ganga sangat minimumnya terjejas oleh pencemaran fizikal. Ini boleh difahami dengan baik dengan analogi berikut. Badan fizikal Orang Suci/Saint, walaupun ia kotor atau sakit, ia akan memberi impak yang minimum terhadap Kesedaran Ketuhanan yang dipancar daripadaNya. Ini adalah sebab tahap kerohanian atau kesucian rohani pada seseorang adalah asing dengan keadaan badan fizikal atau rupanya.
4. Kita juga perhatikan apabila kita menyemburkan air Suci ke atas serangga di rumah ladang, ia dengan serta-merta bersurai. Apabila kita meniup Abu suci dengan sedikit ke atas sarang lelabah ia dengan serta-merta bersurai. Namun ia hanya berlaku selepas upacara tertentu yang berdasarkan Rigveda yang dijalankan di kawasan tersebut di mana serangga berheti menyerang buat kali pertama pada tahun 2014 selepas, bertahun-tahun.
5. Terdapat lagi satu pemastautin yang mengeluh mengenai kes teruk pepijat katil yang tidak mempunyai sebarang kesan selepas 9 kali dilakukan kawalan perosak. Masalah ini berkurang apabila penyewa mula mengucap dan mengulang Shrī Gurudev Datta, meletakkan Jaluran kertas dengan Nama Dewa atau Dewi di dinding, menuip Abu Suci dan menyalakan setanggi.
Sebaliknya, rama-rama (walaupun ia adalah dalam golongan serangga) menonjolkan perbuatan yang berbeza di premis Pusat Penyelidikan Spiritual. Rama-rama dijumpai duduk di atas pencari dan tidak mati di permis. Ini adalah sebab melalui kajian kerohanian, kita dapati rama-rama adalah sattvik atau tulen secara kerohanian. Oleh itu, rama-rama, iaitu paling tulen dari segi kerohanian di antara serangga-serangga lain, secara semula jadi tertarik kepada kesucian rohani di Pusat Penyelidikan Spiritual. Apabila satu rama-rama menjumpai jalannya ke bilik H.H. Dr. Athavale dan duduk di atas jariNya, sayapnya bertukar pendarkilau.
Rayuan
SSRF merayu kepada para ahli sains untuk membantu kami dalam kajian fenomena ini secara mendalam. Para ahli sains dan penyelidik dalam bidang ini dialu-alukan untuk berhubung kami melalui fungsi login dengan menghantar komen. Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel-artikel di mana kami meliputi Pusat Penyelidikan Spiritual dan Ashram Ramnathi – sebuah bangunan di luar 7 Keajaiban Dunia. Ia adalah tempat dimana ratusan fenomena kerohanian yang positif dan negatif yang berlaku – di bawah satu bumbung.