Ritual memecahkan kelapa

Kaedah: Kaedah kelapa untuk mengatasi mata syaitan

Kelapa boleh menarik kedua-dua frekeunsi-frekuensi kebaikan dan yang berniat jahat. Jika masalah tenaga distres yang teruk maka ia adalah lebih baik menggunakan kelapa untuk membuang mata syaitan.

Apakah yang anda perlu untuk melakukan ritual ini?

MALAY_evil-eye-ritual-coconutKaedah

  • Langkah 1: Doa

    • Doa dilakukan oleh orang yang mana ritual akan dilakukan ke atasnya menawarkan sujud kepada Dewa Māruti: ‘O Maruti moga-moga distres saya (sebut nama penuh) diserap melalui hujung kelapa ini dan moga-moga ia tidak membahayakan (sebut nama penuh orang yang melakukan ritual). Tolong serap semua tenaga hitam dalam saya melalui hujung kelapa dan musnahkannya’.

    • Orang yang melakukan ritual juga perlu berdoa kepada Dewa Maruti supaya terelak daripada pengaruh tenaga distres dan untuk ritual yang effektif.

  •  Langkah 2: Ritual

    • Orang yang dipengaruhi oleh tenaga negatif dan ke atas siapa ritual ini dilakukan perlu duduk atas bangku kayu yang rendah atau duduk menghadap arah Timur dengan lututnya ditekuk lengkung ke arah dada (sila rujuk gambar di bawah). Tapak tangan menghadap ke atas dan patut diletakkan di atas lulut.

    •  Orang yang melakukan ritual patut memegang kelapa dalam tapak yang tertadah dan berdiri di hadapan individu yang terpengaruh (rujuk gambar di bawah). Ekor kelapa menghadap orang yang terpengaruh yang patut melihatnya dan mengucap dan mengulang berterusan.

2_coconut

Kelapa patut digerakkan dalam bulatan tiga kali (ikut arah jam) dari kaki ke kepala orang yang dipengaruhi. Kemudian orang yang melakukan ritual berkenaan mengelilingi orang yang terjejas tiga kali dalam arah ikut jam.

3_coconut

Pada semua masa ini ekor kelapa patut menghadap orang yang ritual dilakukan ke atasnya. Oleh itu untuk memastikan ekor sentiasa menghadap orang yang terjejas seseorang boleh mengelilingi secara langkah ke tepi sekeliling orang yang terjejas. Sepanjang masa mengelilinginya, doa yang dinyatakan di atas dibaca berterusan berulang kali.

  • Langkah 3: Memecahkan kelapa

    Selepas menamatkan ritual kelapa patut dipecahkan di simpang tiga atau di kuil Dewa Maruti atau di mana-mana

    Tempat suci sambil mengucap dan mengulang ‘Bajarangabali Hanumān ki jay’.

    Sekiranya seseorang tidak mempunyai mana-mana tempat yang dinyatakan di atas maka dia boleh memecahnya di mana-mana tempat suci atau di halaman belakang.

    Pemerhatian yang boleh diperhatikan semasa memecahkan kelapa.

    • Jika orang yang dipengaruhi tenaga distres kelapa menjadi berat dan pecah berkecai dan airnya terpercik ke atas hingga
    • Pada masa-masa tertentu kelapa menjadi busuk
    • Kadang-kadang seseorang yang mempunyai masalah yang sangat teruk kelapa tidak akan pecah walaupun dilontar dengan kuat kerana tenaga distres di dalam tidak ingin dimusnahkan oleh Dewa Maruti, seperti mana doa dilakukan sebelumnya.
    • Jika tenaga distres sangat berkuasa, maka kelapa akan terpelanting dan tidak dijumpai. Maka seseorang boleh membuat anggapan jumlah tenaga distres diserap oleh kelapa.
Kesan kelapa yang digunakan dalam ritual Sifat-sifat yang menonjol ilmu hitam yang dilakukan ke atas orang yang terjejas Keamatan ilmu sihir (peratusan)
1. Kelapa menjadi berat Ilmu hitam yang dilakukan menyebabkan sering berasa resah, sukar berfikir 20
2. Kekeringan air di dalam kelapa Ilmu hitam yang dilakukan melalui medium makanan untuk mengurangkan nafsu makan 29
3. Kelapa menjadihitam/rosak Ilmu hitam dilakukan untuk porous tulang 32
 4. Kelapa pecah berkecai Ilmu hitam dilakukan untuk memindahkan tenaga hitam ke dalam sel-sel badan 35
5. Kelapa tidak pecah Ilmu hitam dilakukan untuk membunuh seseorang 40
6. Kelapa terpelanting dan tidak dijumpai Ilmu hitam dilakukan untuk membunuh seseorang dan kemudian menangkap tubuh-halus 70
7.Kelapa pecah berkacai apabila masih dipegang di tangan sebelum ia dipecah secara aktif melalui melontar ke lantai Ilmu hitam dilakukan untuk memasukkan pemikiran membunuh diri dalam minda orang yang terjejas dan melakukan orang tesebut berbuat demikian sekali 100

Maka penggunaan kaedah ini, seseorang boleh membuang mata syaitan beberapa orang pada masa yang sama dengan membuatkan mereka duduk bersama-sama semasa ritual.

  • Langkah 4: Melupuskan kelapa

    Sisa-sisa kelapa yang pecah perlu dikutip dalam beg plastik, dikedap dan dilupus dalam tong sampah jauh dari premis rumah selepas berdoa kepada Dewa Maruti yang memusnahkan tenaga negatif.