Mekanisma tindakan keazaman sebagai suatu kuasa di alam semesta

Mekanisma tindakan keazaman (The mechanism of action of resolve) akan diillustrasi dengan contoh berikut.

1-mal_m_mechanism-of-action-of-resolve-as-a-power-in-the-universe

Marilah kita membuat andaian bahawa tenaga yang ada pada minda kita adalah 100 unit. Minda kita dibanjiri dengan pelbagai fikiran di sepanjang hari. Pemikiran kita meliputi pelbagai dimensi hidup kita. Sebagai contoh, kita mungkin berfikir tentang sesuatu peristiwa yang berlaku di pejabat atau di rumah atau rancangan hujung minggu, sebagai contoh pemikiran seperti, saya kena hadir ke pejabat, saya perlu selesaikan sesuatu tugas atau saya perlu jumpa seseorang. Setiap fikiran dan pelaksanaannya akan menyebabkan pengurangan dalam 100 unit yang disebut tadi. Memandangkan begitu banyak kita berfikir setiap hari, maka begitu banyak tenaga terpaksa diluangkan.

Apabila seseorang mula melakukan amalan kerohanian, impresi/gambaran mula terbentuk di minda separa sedar (unconscious mind). Sila rujuk kepada artikel berikut untuk penerangan mendalam mengenai ini:

Dengan amalan kerohanian yang meningkat, impresi ini menjadi lebih kukuh dan melalui kaedah defleksi, fikiran yang tidak diperlukan dan tidak voluntari disekat secara otomatik. Ini mengukuhkan lagi amalan kerohanian dan juga seseorang mula mendapat pengalaman kerohanian yang menunjukkan Tuhan menjaga kehidupan seseorang. Jadi kebimbangan dan ‘sayalah pembuat’ (‘doership’) mengenai segala peristiwa di dalam hidup seseorang mula berkurang secara berkadar (proportionately). Semakin berkurangnya sikap ‘sayalah pembuat’ di dalam kehidupan kita bermaksud kita mula sedar bahawa Tuhan sahajalah yang melakukan segalanya atau menjaga segala perkara di dalam hidup kita dimana pada masa yang sama, khidmat dan pengorbanan dipertingkatkan kepada Tuhan.

Oleh kerana inilah, ditahap kerohanian yang lebih tinggi yakni melebihi 70%, seseorang bergerak menuju ke ‘keadaan tanpa berfikir apa-apa’ (thoughtless state). Di dalam ‘keadaan tanpa berfikir apa-apa’ jika seseorang mendapat satu ‘fikiran’ seperti ‘berlakulah peristiwa ini’ maka dengan itu kesemua 100 unit tenaga akan melonjakkan fikiran atau keazaman tersebut dan oleh itu ianya ditransformasi kepada realiti. Jika fikiran itu adalah berkenaan Kebenaran Mutlak (Absolute Truth) maka amalan kerohanian seseorang tidak terbazir melaluinya. Tuhan juga memenuhi misi itu kerana ianya adalah misiNya, yakni misi menyebarkan kerohanian atau Kebenaran Mutlak.