1. Pengenalan manifestasi rasukan roh jahat
Seorang boleh dirasuk sepenuhnya oleh hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif, dsb.) dan kedua-dua orang dirasuk dan orang di sekelilingnya tidak sedar sepenuhnya tentang ini. Ini adalah sebab fakta rasukan hantu tidak mendedahkan kehadirannya kerana ia bertindak untuk tidak diketahui. Apabila rasukan hantu diketahui, ada kemungkinan orang yang dirasuk secara aktif berusaha untuk menghapuskan dengan sendiri rasukan hantu.
1.1 Definisi bukan manifestasi rasukan roh jahat
Apabila kita katakan rasukan hantu bukan manifetasi, bermaksud hantu belum mendedahkan kehadirannya. Di sini kesedaran orang tersebut diketengahkan tetapi ia boleh dimanipulasi dan dikawal oleh hantu bila-bila masa ia hendak.
1.2 Definisi manifestasi rasukan roh jahat
Dengan menyatakan rasukan hantu bermanifestasi, bermaksud ia tertonjol dan kesedarannya diketengahkan. Di sini tingkah-laku orang tersebut mungkin atau tidak mungkin berubah. Dalam masa ini kesedaran orang tersebut tidak tertonjol. Orang tersebut mungkin sedar atau tidak sedar apa yang berlaku tetapi dia tidak mempunyai kawalan terhadap organ motornya. Dalam kes ini di mana dia dirasuk sepanjang hayat orang tersebut, personaliti hantu berpadu dengan orang itu, maka ketika ia manifestasi sepenuhnya ia kelihatan seakan-akan kesedaran orang tersebut yang diketengahkan, sebagai contoh orang itu sendiri kerana tidak ada perubahan ketara dalam tingkah lakunya.
Nota: Di sini kita menggunakan istilah manifestasi dan bukan manifestasi dalam kaitan dengan hantu yang merasuk seorang. Walau bagaimanapun perkataan manifestasi dan bukan manifestasi boleh juga digunakan untuk tenaga positif.
2. Sebab sebalik manifestasi rasukan roh jahat
2.1 Manifestasi hantu-hantu atas kehendak sendiri
Secara amnya hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb.) tidak suka sama sekali manifest kecuali atas kehendak sendiri. Hantu manifest atas kehendak sendiri apabila:
- Mereka berada dalam persekitaran selesa yang mantap dalam Raja-Tama. Situasi Raja-tama termasuk tempat-tempat di mana orang ramai menikmati komplot terhadap masyarakat dalam apa jua bentuk, alcohol, dadah, merokok, tingkah-laku seks rambang, tempat remang-remang, musik Raja-Tama Selalunya apa yang kita lihat, mereka yang suka bertindak sedemikian sebenarnya kesedaran hantu yang manifestasi sebahagian atau sepenuhnya. Dalam kebanyakan kes orang yang dirasuk hantu mungkin tidak mempunyai sebarang tanda bahawa hantu yang manifestasi kerana ia telah bergabung dengan kesedaran orang tersebut. Kadang-kadang apabila hantu manifestasi di tempat-tempat seperti ini, orang yang dirasuk terus leka, sebagai contoh tidak perasaan peredaran masa dan juga bermakna kehilangan kesedaran iaitu tidak sedar akan apa yang berlaku. Hantu akan melakukan keputusan bagi pihak mereka kerana orang tersebut tidak sedar akan peredaran masa. Dalam kes berikut orang yang dirasuk mungkin berada dalam situasi yang tidak diingini di mana dia tidak mempunyai sebarang petua bagaimana dia berada di kawasan tersebut.
- Hantu wujud kebanyakan masa untuk mengugut, menakut-nakutkan atau menganggu kehidupan keluarga dengan menyebabkan pergaduhan dan lain-lain. Hantu tahap tinggi juga manifest apabila mereka ingin menyebabkan kemusnahan pada skala yang lebih luas melalui orang yang mereka rasuk.
- Kadang-kadang mereka manifest dengan sengaja untuk mendapat tumpuan, untuk mengugut atau menganggu amalan spiritual orang yang dirasuk atau pencari Tuhan di kawasan sekitar – dengan menganggu mereka atau menakutkan mereka dengan manifestasinya, sebagai contoh di satsang.
Apabila mereka manifest dengan kehendak sendiri, ia tidak mungkin manifestasinya mendapat perhatian melainkan jika hantu ingin mendapat perhatian.
2.2 Manifestasi hantu disebabkan paksaan untuk keluar
Kadang-kadang, hantu yang merasuk seorang dipaksa untuk keluar dan tunjukkan diri mereka. Antara sebab-sebab manifestasi seperti ini termasuk:
- Hantu dikuasai oleh kuasa yang lebih kuat dari pengaruh sāttvikseperti dalam kes sessi penyembuhan spiritual.
- Kekuatan spiritual hantu telah berkurang.
- Tibanya masa untuk hantu tersebut meninggalkan orang yang dirasuk kerana tamatnya akaun memberi dan menerima di antara orang yang dipengaruhi dan ianya.
- Tibanya masa untuk menghapuskan hantu tersebut.
2.2.1 Mengapa orang yang dirasuk hantu manifestasi apabila berhadapan dengan pengaruh sattvik yang lebih tinggi?
Apabila hantu merasuk seseorang berhadapan dengan seorang atau sesuatu yang sattvik seperti orang yang matang dari segi spiritual, tempat ibadat atau Air Suci, ia berasa kurang selesa dan distres. Ini adalah kerana pengaruh sattvik bertentangan dengan sifat Raja-Tama, tenaganya berkurangan. Ini boleh difahami dengan kesan haba ke atas ais. Sekiranya kekuatan spiritual dengan pengaruh sattvik yang lebih berbanding dengan hantu, maka ia akan dipaksa wujud, jika tidak ia mungkin mampu bertolenrasi tanpa manifestasi.
Sila rujuk ke artikel tentang komponen asas halus Sattva, Raja and Tama.
Hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb) akan mengelakkannya dari tempat dan orang yang sattvik:
- Memasukkan fikiran orang yang dirasuk olehnya berjauhan dari mana-mana jenis sattvik seperti satsang
- Keluar dari badan dan tempat apabila orang yang dirasuk berada di persekitaran sattvik atau
- Bertahan dalam tubuh fizikal, mental and emosi seseorang dengan meyelubungi orang tersebut dengan selaput tenaga hitam yang tebal untuk menepis sāttviktā. Di sini hantu akan berada dalam keadaan meditasi untuk mendapat lebih tenaga spiritual.
Hantu yang mempunyai banyak kekuatan spiritual jarang manifest, kecuali ia sesuai dengan tujuannya atau ia penting untuk mencapai objektifnya. Ia boleh bertahan di persekitaran sāttvik atau ransangan tanpa keluar di tempat terbuka.
2.3 Nota tentang keadaan yang membimbangkan manifestasi rasukan roh jahat
Hantu yang menonjolkan diri atau wujud dikenali sebagai manifestasi penuh. Ia boleh kelihatan takut apabila orang melihatnya kerana tingkah-laku orang yang dirasuk berubah dengan radikal (lihat gambar di bawah). Sekali-kala orang tersebut akan menonjolkan kekuatan hebat/superhuman. Ia telah diperhatikan bahawa seorang wanita yang lemah yang dirasuk oleh hantu apabila manifestasi sepenuhnya, mungkin memerlukan enam orang untuk menghalangnya. Namun, manifestasi penuh hanya sementara sahaja.
Manifestasi penuh bukannya tanda tahap rasukan; ia hanya bermakna bahawa hantu atau entiti yang muncul disebabkan salah satu daripada beberapa sebab yang dinyatakan di atas. Hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb) hampir semua kes tidak suka muncul. Ini adalah kerana semasa manifestasi ia perlu menggunakan banyak tenaga spiritual mereka and orang lain akan sedar bahawa hantu merasuk seseorang. Orang yang dirasuk kemudian boleh diberi rawatan spiritual atau eksorsisme. Maka dari sudut pandangan ini, sebenarnya kita yang bermanfaat apabila hantu manifestasi.
Nota: Juga rujuk ke – Mengapa adanya sempadan pelindung di sekeliling gambar di atas?
2.4 Aspek yang amat merbahaya rasukan roh jahat
La mungkin kelihatan bahawa bahagian yang amat menakutkan adalah apabila melihat seseorang dengan manifestasi penuh oleh hantu seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Kita duduk di tepi tempat duduk kita dan menonton filem seperti ‘Eksorsisme Emily Rose’. Akan tetapi sebenarnya, pada masa manifestasi penuh semasa sesi penyembuhan spiritual, hantu secara amnya berada dalam keadaan yang paling lemah.
Bahaya yang sebenarnya adalah apabila hantu mengawal secara senyap-senyap dengan orang yang tidak sedar akan rasukan. Hantu membuat orang yang dirasuk berkelakuan mengikut kehendak hantu. Walaupun seseorang telah dirasuk, secara amnya tidak ada apa-apa yang dramatik atau melencong dalam tingkah-lakunya.
Ketagihan adalah hanya salah satu contoh rasukan yang berbahaya. Masyarakat berfikir bahawa ketagihan rokok atau alkohol sebagai penderitaan psikologi, sebenarnya ia adalah kes rasukan. Ada kalanya, seseorang mungkin menunjukkan tingkah-laku penyelewengan yang serius disebabkan oleh kawalan hantu. Hantu boleh membuat seorang melakukan perkara yang benar-benar bertentangan dengan personaliti mereka, sebagai contoh seorang wanita yang konservatif secara semula jadi akan mula berkelakuan secara rambang.
3. Jenis-jenis manifestasi
Manifestasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh,
- Manifestasi yang ganas: Manifestasi seumpama ini kesedaran hantu mengambil alih dan berkelakuan secara ganas, tanpa mengambil kira personaliti seseorang atau situasi. Kadang-kadang orang tersebut boleh menonjolkan kekuatan manusia yang luar biasa/superhuman. Kita telah melihat situasi-situasi di mana orang yang lemah memerlukan beberapa orang untuk mengawal mereka.
Tonton video manifestasi ganas disebabkan oleh rasukan roh jahat.
- Tingkah-laku yang tidak tipikal: Kadang-kadang kelakuan orang yang dirasuk hantu apabila manifestasi nampak normal, tetapi ia adalah tidak tipikal untuk orang tersebut atau untuk situasi tersebut. Contoh manifestasi jenis ini, apabila beberapa pencari Tuhan yang telah dirasuk oleh hantu dan manifestasi selepas penyembuhan spiritual dilakukan ke atas mereka di pertapaan utama SSRF (ashram), mula menari seperti di disko apabila mendengar beberapa musik yang popular. Sekarang, menari dengan cara ini di sebuah ashram di mana adanya pencari senior yang sedang melihat adalah amat tidak tipikal.
- Bercakap dengan suara yang aneh atau raban: Beberapa orang yang kena rasuk apabila manifestasi bercakap kerap bercakap dalam bahasa asing seperti makhluk asing atau meraban tetapi pelik untuk mereka setiap kali ia manifestasi.
Tonton video seorang yang bercakap dalam suara yang aneh oleh disebab perasukan roh johat.
- Manifestasi yang tenang: Di kebanyakan kes perasukan seseorang tidak boleh memahami bahawa hantu telah manifestasi. Manifestasi secara tenang adalah merbahaya kerana orang yang duduk di sebelah anda mungkin telah manifestasi sepenuhnya tetapi anda tidak mempunyai sebarang imbasan kecuali anda mempunyai deria keenam yang matang dengan pengetahuan kemungkinan fenomena seperti ini.
Tonton video manifestasi yang tenang disebabkan perasukan roh jahat.
- Paparan bakat yang luar biasa: Hantu mungkin manifestasi dan memaparkan pelbagai jenis bakat seperti kehebatan dalam musik, tarian, bercakap dalam bahasa mahkluk asing dsbnya yang tidak mungkin dilakukan oleh orang yang kena rasuk. Malahan beberapa artis yang terkenal adalah contoh perasukan hantu yang ingin memenuhi hasratnya terhadap kemasyhuran dsbnya melalui artis-artis ini. Hantu melakukan seperti ini untuk memperkuatkan lagi bakat asas artis yang sedia ada. Dengan ini, hantu yang merasuk ini yang mana kesedarannya telah bergabung sepenuhnya dengan artis tersebut, memenuhi hasratnya untuk kemasyhuran, dsbnya.
- Kuasa ghaib: Hantu mungkin manifestasi melalui seorang yang psikik tanpa psikik tersebut menyedari dan memberi panduan kepada orang ramai mengenai masa depan. Ia kelihatan seperti keupayaan psikik telah meningkat pada hal sebenarnya disebabkan oleh hantu yang berada pada tahap yang tinggi. Orang yang mengunjungi untuk mendapatkan panduan daripada psikik tidak akan mempunyai sebarang tanda yang dia sedang bercakap dengan hantu. Panduan yang diberi oleh hantu selalunya betul. Hantu melakukan sedemikan untuk memikat orang yang tidak mengesyaki pada awalnya tetapi menggunakan psikik tersebut untuk menyesatkan orang lain.
- Lain-lain: Beberapa orang yang kena rasuk, apabila manifestasi, menunjukkan pergerakan yang mengeryutkan seperti dalam kesakitan yang amat sangat, manakala orang lain memamparkan seperti ular dengan pergerakan menggeliat.
Tonton video pergerakan liuk disebabkan perasukan roh jahat.
4. Nota untuk professional kesihatan mental
Oleh sebab kejahilan tentang punca spiritual manifestasi ini, ada keperluan untuk mengambil langkah-langkah spiritual untuk menyembuh mereka. Oleh sebab kekurangan ujian secara sainstifik, sistem yang evolusi dan mantap untuk diagnosis dan rawatan spiritual, kebanyakan kes manifestasi menjumpai professional kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan. Professional kesihatan mental secara tradisi biasanya melihat manifestasi perasukan roh jahat sebagai fenomena psikologi semata-mata. Mereka melabelkannya sebagai histeria dan lain-lain keadaan disosiatif, psikosis, dsbnya. Ini adalah terutamanya kerana mereka tidak melihat dari segi dimensi spiritual apabila mempertimbangkan puncanya atau mengendalikan fenomena ini. Pasukan pakar psikiatri di panel doktor yang mengkaji ribuan manifestasi ini selama 7 tahun. Mereka menyatakan bahawa ini adalah bukan fenomena psikiologi kerana:
- Tidak ada penyumbang yang khusus mengurangkan tekanan daripada manifestasi ini
- Manifestasi ini disembuh dengan remedi-remedi spiritual.
Malahan remedi-remedi spiritual mungkin mengambil masa untuk mengubati manifestasi ini secara relatifnya bergantung kepada kekuatan hantu yang dirasuk dan remedi penyembuhan spiritual yang digunakan. Di sini remedi-remedi spiritual termasuk amalan spiritual orang yang mana hantu manifestasi. Dalam kes tersebut, orang yang kena rasuk mungkin memerlukan intervensi perubatan segera seperti ubat untuk sekurang-kurangnya berhenti manifestasi fizikal, terutamanya jika ia ganas dan membahayakan diri atau orang lain. Mereka juga mungkin memerlukan sekatan fizikal digunakan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri atau orang lain di sekeliling mereka.
Sekarang, seseroang mungkin berfikir, bagaimana sesuatu yang dikenali sebagai ‘manifestasi hantu’ boleh disembuh dengan ubat-ubatan?
Apabila masalah spiritual ini menjejaskan seseorang secara fizikal atau psikologi yang disebabkan oleh manifestasi, langkah-langkah rawatan perlu dilakukan pada tahap fizikal atau psikologi tertentu. Akan tetapi ia terhad pada rawatan hanya pada tahap fizikal atau psikologi dan tidak rawat puncanya, ia hanya menekan simpton-simpton sedikit sebanyak buat masa ini. Ini amat terbukti daripada kadar rendah dalam mengubati penyakit psikitari.
Akhir kata yang belum lagi disebut tentang apa yang dikatakan sebagai gangguan ‘psikologi’. Sains psikologi masih berada dalam peringkat evolusi dan dengan ini adalah terbaik untuk mempunyai minda yang terbuka.