SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan pemulihan penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit fizikal dan psikiatri.Pembaca dinasihatkan untuk mengambil remedi penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.
Dartar kandungan
1 Dua prinsip penting yang perlu diikuti oleh penyembuh rohani
Sebagai permulaan, kita perlu memahami dua prinsip penting:
- Jenis penyembuhan rohani yang terbaik adalah apabila seseorang melakukan amalan rohani untuk dirinya sendiri. Dengan melakukan amalan rohani, kita membina rizab rohani kita sendiri supaya kita kurang cenderung menerima serangan dari dimensi rohani. Melakukan amalan kerohanian yang tetap juga jauh lebih mampan sebagai langkah perlindungan daripada disembuhkan secara rohani menggunakan beberapa bentuk penyembuhan rohani. Sebanyak mungkin, penyembuh rohani perlu menggalakkan orang untuk memulakan dan kekal konsisten dengan amalan rohani mereka, walaupun mereka terus datang kepada mereka untuk penyembuhan. Amalan rohani melengkapi usaha penyembuh rohani dalam menghapuskan masalah.
- Dalam artikel kita mengenai tujuan kehidupan, kita menyebutkan bahawa pertumbuhan rohani untuk merealisasi Tuhan (God realisation) adalah tujuan utama kita dalam kehidupan. Oleh itu jika semua tindakan kita, penyembuhan rohani atau sebaliknya, diselaraskan untuk membantu diri kita dan orang lain untuk maju secara rohani, kita mendapat manfaat maksimum dari usaha kita.
2 Siapakah penyembuh rohani seharusnya membantu untuk sembuh?
Memandangkan perkara di atas, masa dan tenaga penyembuh rohani adalah paling baik diluangkan untuk membantu orang lain mengatasi sebarang rintangan rohani yang menghalang mereka daripada mengamalkan Kerohanian. Dengan cara ini, mereka membantu orang berkembang secara rohani.
Dari perspektif rohani yang tulen, sebaiknya seseorang tidak menggunakan tenaga penyembuhan rohani pada orang yang tidak berniat memulakan amalan rohani. Sebabnya adalah bahawa melainkan jika seseorang melakukan amalan rohani untuk meningkatkan penyembuhan rohani, ia sebaiknya membawa kelegaan sementara kerana entiti yang memberi kesan boleh menyebabkan kemudaratan di hal lain kehidupan orang itu atau orang itu boleh terjejas berulang kali oleh entiti lain. Penyembuh rohani mempunyai akses kepada tenaga Sejagat (Universal) sesuai dengan tahap rohani mereka. Bersama ini datanglah tanggungjawab untuk membantu orang tumbuh secara rohani, yang selaras dengan tujuan hidup. Sekiranya penyembuh rohani tidak memenuhi tanggungjawab ini, dia mula bertakung (stagnan) dan tahap rohaninya sentiasa merosot. Lebih-lebih lagi, dia berpotensi untuk diatasi dan digunakan oleh hantu.
Adalah dinasihatkan agar tidak terlalu terlibat dengan penyembuhan orang hanya demi penyembuhan. Sekiranya dalam destini seseorang termaktub ianya akan mengalami banyak penderitaan, maka penyembuhan rohani hanya dapat meredakan penderitaannya sementara. Lebih-lebih lagi, orang itu masih perlu mengalami kuota penderitaan yang diperlukan. Oleh itu, sebaliknya ia akan berfaedah secara rohani jika niat kita adalah untuk menyembuhkan seseorang supaya dia membangkit kepercayaan bahawa dimensi rohani wujud dan ini seterusnya memberi inspirasi kepadanya untuk memulakan amalan kerohaniannya.
Untuk menggunakan tenaga penyembuhan rohani untuk memenuhi keinginan duniawi adalah penggunaan penyembuhan rohani yang tidak sesuai. Carta aliran berikut menunjukkan pilihan yang penyembuh mempunyai ketika dia mula menerima akses kepada tenaga rohani yang semakin bertambah banyak.
3 Bilakah seseorang perlu membantu orang lain dengan menggunakan pemulihan rohani?
Tatkala pencari Tuhan melakukan amalan rohani, mereka kadang-kadang diserang oleh tenaga negatif yang lebih tinggi yang mempunyai niat untuk menghalang amalan rohani mereka (pencari). Tenaga rohani pencari mungkin tidak mencukupi untuk menangkis serangan sedemikian. Oleh itu, adalah perlu untuk meningkatkan tenaga rohani pencari ini dengan penyembuhan rohani dalam situasi berikut:
- Apabila gangguan terlalu teruk dan campur tangan segera perlu dikerah
- Apabila mereka terlalu lemah dari segi mental atau rohani untuk berupaya menyembuhkan diri mereka sendiri
- Apabila orang secara fizikal tidak dapat melakukan remedi, misalnya, dia tidak sedarkan diri (unconscious)
- Apabila seseorang tidak pandai dalam remedi tertentu
4 Secara ringkas – perkara utama yang perlu sebagai perhatian bagi penyembuh rohani
Penyembuhan rohani diamalkan oleh ramai orang di seluruh dunia. Hanya dengan memahami prinsip-prinsip yang mengawal penyembuhan rohani dan dengan memandang perspektif rohani tentang ‘siapa’ dan ‘ketika’ untuk menyembuhkan boleh menjadikan penyembuh berkedudukan sejajar dengan tujuan hidup. Adalah penting bagi penyembuh rohani untuk melakukan amalan kerohanian yang kerap, dan ini membantu untuk mengelakkan peningkatan ego seseorang, yang boleh sangat memudaratkan orang yang bertindak sebagai penyembuh rohani. Amalan rohani yang kerap juga melindungi penyembuh rohani daripada serangan oleh tenaga negatif.
Hadiah penyembuhan rohani yang terbaik yang dapat diberikan oleh para penyembuh kepada pesakit mereka adalah membantu mereka memulakan amalan kerohanian mereka supaya mereka dapat membantu diri mereka di peringkat rohani. Hal ini boleh diumpamakan sebagai ‘tidak memberi ikan kepadanya tetapi memberi dia pancing’ dan dengan itu membantunya menjadi bebas.
Sekiranya penyembuh rohani mempunyai sebarang soalan mengenai artikel ini atau mana-mana artikel dalam siri Prinsip Penyembuhan Rohani, sila hubungi kami melalui fungsi ‘Tanya soalan’ dalam seksyen login SSRF.