SSRF menerbitkan kajian kes ini bertujuan untuk memberi beberapa arah tujuan kepada pembaca kami dengan mengambil kira masalah yang jelas nyata (manifest) pada tahap fizikal atau psikologi, tetapi boleh mempunyai akar penyebab / puncanya dalam dimensi kerohanian. Apabila punca suatu masalah adalah bersifat kerohanian secara semula jadi kami telah perhatikan bahawa kemasukan remedi penyembuhan rohani secara umumnya memberikan hasil yang terbaik. SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan remedi penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit-penyakit fizikal dan psikiatri. Pembaca dinasihatkan untuk mengambil sebarang remedi penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.
Nota: Untuk maklumat lanjut tentang mengapa kelumpuhan tidur berlaku, sila rujuk kepada artikel Penyelidikan kerohanian tentang kelumpuhan tidur.
Kelumpuhan tidur telah berlaku pada saya hanya sekali dalam hidup saya kira-kira 10 tahun yang lalu. Saya masih mengingatnya dengan amat jelas kerana ia adalah salah satu pengalaman yang sangat seram yang pernah saya alami dalam hidup saya. Saya berusia 25 tahun pada waktu itu. Saya masih ingat yang saya bangun pada waktu malam dan didapati saya tidak boleh bergerak. Pada mulanya, saya berfikir ia adalah suatu mimpi yang buruk, namun kemudian saya sedar tidak, kerana mata saya sudah terbuka tetapi saya hanya tidak dapat menggerakkan badan saya walaupun betapa sukar saya telah berusaha sedaya upaya. Saya sangat takut kerana saya tidak sedar apa yang berlaku. Saya merenung siling dan sekeliling bilik untuk apa yang telah dialami sekurang-kurangnya 30 minit. Saya tidak boleh memanggil untuk bantuan. Akhirnya saya memutuskan untuk hanya perlu mencuba dan kembali tidur lagi.
Ketika saya bangun pagi, pemikiran pertama saya ialah sama ada saya dapat menggerakkan badan saya. Mujurlah, saya dapat menggerakkan tubuh saya. Keseluruhan pengalaman tersebut kekal dalam fikiran saya, bahkan sehingga hari ini. Selepas hubungan saya dengan SSRF, saya mula mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai penyebab / punca fenomena ini dan penyembuhan rohani yang boleh saya gunakan untuk mengatasinya jika ia berlaku lagi.