Konsep-konsep Umum dalam Kerohanian
Jangan membazir tenaga kerohanian
Dengan melakukan amalan kerohanian, seseorang akan mendapat tenaga kerohanian. Jika kita menggunakan tenaga ini, sebagai contoh dalam bentuk doa untuk mendapatkan faedah-feadah duniawi, tenaga kerohanian akan berkurangan / habis. Ini adalah kerana kita menggunakan tenaga kerohanian untuk mengorkestrakan (merancang sesuatu secara terperinci) bagi keuntungan duniawi. Oleh itu, dari segi kerohanian kita akan merosot kembali dan bukannya tenaga kerohanian kita digunakan untuk pertumbuhan kerohanian. Memang tidak ada penghujungnya untuk masalah duniawi dan kebanyakanya adalah disebabkan oleh takdir. Dengan pertumbuhan kerohanian seseorang dapat menambahkan keupayaan untuk menghadapi takdir dan akhirnya dapat mengatasinya.