Apakah yang anda perlu untuk melakukan ritual ini?
*Jumlah cili yang digunakan bergantung kepada jumlah distres yang dihadapi. Jadual di bawah adalah garis panduan untuk berapa banyak cili yang digunakan dalam ritual berdasarkan keamatan distres yang dihadapi.
Keamatan distress | Jumlah cili |
---|---|
Sering menghadapi keberatan badan, kesemutan kebas pada anggota badan, loya |
3 |
Keresahan, tiba-tiba berpeluh, pemikiran negatif |
5 |
Kehilangan kawalan suara, tiba-tiba penglihatan berkabur, air liur meleleh, memberi kata-kata yang tidak baik, pemikiran membunuh diri |
7 |
Ketidaksedaran, manifestasi hantu, pemikiran pembunuhan |
9 |
Kaedah melakukan ritual garam, biji sawi dan cili untuk mengatasi mata syaitan
-
Langkah 1: Doa
-
Doa dilakukan oleh orang yang mana ritual akan dilakukan ke atasnya menawarkan sujud kepada Dewa Maruti: ‘Moga-moga mata syaitan yang meliputi saya (sebut nama) dibuang dan moga-moga (menyebut nama orang yang melakukan ritual) tidak dipengaruhi olehnya.
-
Orang yang melakukan ritual sepatutnya berdoa kepada Dewa Maruti untuk terelak dari pengaruh tenaga distres.
-
-
Langkah 2: Mengambil posisi
Orang yang dipengaruhi oleh tenaga negatif dan ke atas siapa ritual ini dilakukan perlu duduk di atas bangku kayu yang rendah atau duduk menghadap arah timur dengan lututnya ditekuk lengkung ke arah dada. Tapak tangan menghadap ke atas dan diletak di atas lulut.
-
Langkah 3: Melakukan ritual
Orang yang melakukan ritual ini berdiri di hadapan orang tersebut. Ambil beberapa kuantiti biji sawi dan butiran garam seperti boleh digenggam di antara hujung jari-jari dalam setiap genggaman tangan. Berkaitan dengan cili letakkan 1 di dalam genggaman kanan dan 2 di dalam genggaman kiri.
Selepas itu silang genggaman di hadapan badan. Genggaman patut disilang seperti tanda darab.
Genggaman patut bergerak dari kepala ke kaki orang yang dipengaruhi, dalam arah bertentangan dan kemudian menyentuh lantai.
Tangan hanya bersilang pada permulaan. Semasa kita memulakan ritual kita perlu mengasingkan tangan dan pada sama yang serentak gerakkan genggaman kanan ke arah ikut jam dari kepala ke kaki dan genggaman kiri ke arah melawan arah jam dari kepala ke lulut.
Selepas menyentuh lantai, kita ulang dari mula seperti di atas iaitu asingkan tangan dan pada masa yang serentak gerakkan genggaman kanan ikut arah jam dari kaki ke kepala dan genggaman kiri arah melawan arah jam dari kaki ke kepala.
Berikutan diucap apabila ritual ini dilakukan ‘Moga-moga mata syaitan yang meliputinya oleh pengunjung, roh, pokok-pokok, orang yang lalu, tempat, dibuang dan moga-moga dia dilindungi daripada penyakit dan kecederaan’.
Alasan di sebalik menggerakkan genggaman dan menyentuhnya ke lantai. Dengan menggerakkan genggaman seperti diterangkan getaran distres pada mulanya diserap ke dalam bahan-bahan yang digunakan dalam ritual dan dengan menyentuh lantai ia akan ditarik ke dalam tanah. Jumlah pergerakan genggaman
diputuskan berdasarkan tahap distres. Kebanyakannya ahli-ahli sihir-halus (māntriks) melakukan ilmu hitam dalam nombor-nombor ganjil maka genggaman digerakkan dalam gandaan nombor-nombor ganjil.
-
Langkah 4:
Akhirnya semua kandungan dikosongkan ke dalam pan besi yang panas atau arang yang membara.