Perkumpulan sesama para pencari Kebenaran (Tuhan) atau para Alim / Suci (Perkumpulan Tuhan) juga dikenal sebagai ‘satsang’’ di mana ‘Sat’ bererti Kebenaran Mutlak iaitu Tuhan dan ‘sang’ merujuk kepada perkumpulan sesama para pencari Tuhan (seekers) atau para Alim / Suci (Saints). Singkatnya, satsang merujuk kepada persekitaran yang kondusif untuk mengalami kehadiran Tuhan.
Satsang merupakan langkah berikutnya dalam amalan kerohanian setelah seseorang bermula mengucap dan mengulangi Nama Tuhan setiap masa, tetapi ini tidak bererti bahawa kita berhenti berucap mengulangi nama Tuhan. Satsang harus dilakukan seiring dengan pengucapan & pengulangan Nama Tuhan. Ia akan selalu membantu untuk berada dengan orang-orang yang berfikiran sama / selaras dengan kita sekerap mungkin secara teratur.
Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan menghadiri satsang.
Seseorang boleh mengajukan persoalan-persoalan tentang ilmu pengetahuan kerohanian dan oleh kerana itu dapat memperjelaskan setiap keraguan yang mungkin dimiliki oleh orang tersebut. Jika kita berasa ragu-ragu tentang amalan kerohanian atau prinsip-prinsipnya, kita perlu mendapatkan penjelasannya atau kalau tidak kita tidak dapat menjalankan amalan kerohanian dengan sepenuh hati.
Seseorang dapat berkongsi pengalaman – pengalaman kerohaniannya dan juga memahami makna kerohanian disebalik pengalaman tersebut. Hal ini memberikan kita motivasi untuk kekal di jalan ini, ekoran daripada inspirasi keyakinan orang lain.
Pada tahap halus / tak kasat mata (subtle level), (dimensi yang tidak boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar), seseorang mendapat manfaat daripada Kesedaran Tuhan / Kesedaran Tulus Suci (Chaitanya). Kemurnian / nilai atau sifat murni (Sāttviktā) tambahan daripada satsang membantu untuk memudahkan amalan kerohanian seseorang. Pencemaran kerohanian (spiritual pollution) dalam bentuk unsur-unsur rājasik dan tāmasik di sekitar kita, menyukarkan kita untuk melakukan amalan kerohanian, mahupun mengingati Tuhan. Namun, ketika kita berada bersama dengan sekelompok orang yang sering mengucap dan mengulangi Nama Tuhan sepanjang hari, arus yang berlawanan pula terjadi! Kita mendapat manfaat daripada sinaran sāttvik atau Kesedaran Tuhan yang memancar daripada mereka. Kita mungkin menyertai satsang dalam keadaan terhuyun-hayan akibat alunan ombak dalam kehidupan seharian, selama seminggu yang lalu, namun diri kita akan terhidup kembali dari dalam, dan merasa cergas seperti baru pada akhir satsang tersebut.
Gambar berikut memberi paparan, apa yang sebenarnya terjadi sewaktu satsang.