Bagaimana pengucapan dan pengulangan (chanting) berfungsi melalui kaedah pesongan

MALAY_chanting-through-deflection-method

 

Pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan berfungsi untuk memusnahkan impresi / tanggapan yang tidak baik (tidak betul) di dalam minda separa sedar. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pesongan, ia membantu kita menikmati faedah daripada pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan.

Jika kita lihat gambar rajah di atas, kita dapat melihat terdapatnya satu halangan/pemisah di antara minda sedar dan minda separa sedar. Halangan ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang khas. Ia tidak membenarkan minda sedar mengetahui rahsia-rahsia yang terkunci di dalam minda separa sedar. Sarung ini juga berliang / poros, akan tetapi ia hanya membenarkan satu fikiran muncul pada sesuatu masa dari minda separa sedar. Pemikiran yang muncul adalah pemikiran yang terkuat. Maka impresi/tanggapan dari minda separa sedar dengan secepatnya melanda minda sedar berturut-turut dan kembali untuk menguatkan pusat dari mana ia muncul.

Namun ketika Pusat Kebaktian berkembang dengan lebih kuat, melalui amalan kerohanian iaitu pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan, hal ini kemudian menjadi pemiikiran terkuat untuk melonjak naik ke minda sedar. Setiap kali nama Tuhan melonjak naik ke minda sedar, halangan / pemisah akan tertutup dan tidak membenarkan sebarang impresi/tanggapan lain menembusi / melepasi pemisah tersebut. Maka sebarang pemikiran dari minda separa sedar tidak mampu menembusi halangan / pemisah malahan ia akan terpesong seperti yang anda lihat dalam gambar rajah di atas.

Dalam proses ini, impresi/tanggapan dan pusat-pusat lain menerima tumpuan yang sangat kurang. Apabila ia terus diabaikan, pusat-pusat lain akhirnya akan semakin berkurangan sampai ianya tidak ada lagi / dibinasakan. Maka ini adalah cara efektif yang lain di mana pusat kebaktian membersihkan minda separa sedar.