Apakah itu hantu dan bagaimana seseorang menjadi salah satu dari mereka?
1. Apakah itu hantu?
Apabila seseorang meninggal, hanya jasad fizikalnya (sthūladēha) sahaja yang tidak ada lagi. Namun, tubuh halus/rohaninya (yang terdiri dari fikiran separa sedar, intelek,ego dan jiwa (roh/ atma), yakni tanpa jasad fizikalnya) tetap ada dan berpindah ke rantau lain di alam semesta. Sila rujuk pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan pandangan lebih terperinci tentang terdiri dari apakah kita, dan apa yang kita tinggalkan setelah kematian.
Segolongan dari jasad-jasad halus/rohani ini akan menjadi hantu. Hantu, dari segi definisinya menepati kesemua kriteria-kriteria berikut:
- Mereka adalah jasad halus.
- Mereka bertempat di rantau alam Nether (Bhuvarlok) atau salah satu daripada tujuh rantau Neraka, (Pātāl) tetapi mereka juga hadir di rantau Bumi (Bhūlok). Hal ini berlaku disebabkan hantu yang berasal dari rantau halus di alam semesta dapat pergi atau masuk ke rantau yang lebih kasar (gross) seperti Bumi di atas kehendak.
- Mereka tidak dapat berada di dalam alam-alam positif di alam semesta seperti Syurga (Swarga) dan alam-alam diatasnya.
- Mereka mempunyai keinginan-keinginan yang tidak dipenuhi pada seks, alkohol (hal-hal yang hanya dapat dipenuhi dengan tubuh fizikal), balas dendam dsb.
- Mereka berseronok dengan mengenakan kuasa dan kawalan serta menyengsarakan manusia dan jasad halus yang lain. Tujuan am mereka berselarasan untuk mewujudkan ketidakadilan dan porak-peranda di dalam masyarakat.
Jasad halus seseorang setelah kematian fizikal didefinisikan sebagai hantu jika ciri-ciri dan niat mereka menepati apa yang disebutkan di atas. Oleh yang demikian, tiada proses khusus yang perlu dijalani mereka untuk menjadi hantu.
2. Apakah yang menentukan ke mana kita pergi dan apa yang kita terjadi selepas meninggal?
Selepas kita meninggal, arah kita di akhirat ditentukan oleh sejumlah faktor. Faktor-faktor tersebut adalah:
- Jenis-jenis dan jumlah impresi yang terhasil di fikiran bawah sedar berdasarkan pada bagaimana kita telah menjalani hidup kita. Sila rujuk kepada artikel berkenaanimpresi-impresi di dalam minda kita yang menentukan sifat alami dan keperibadian kita.
- Ego kita: Perkataan ‘ego’ di sini digunakan di dalam konteks kerohanian. Selain penggunaan hariannya sebagai harga diri dan juga keangkuhan, ego juga diertikan sebagai sikap dualisma dengan Tuhan. Dualisma bererti memikirkan diri sendiri sebagai membawa eksistensi yang berpisahan/berasingan dari Tuhan. Ego adalah suatu fungsi berkenaan sejauh manakah kita mengidentifikasikan diri dengan 5 indera, minda dan intelek bertentangan dengan mengidentifikasikan diri dengan jiwa atau Tuhan di dalam diri kita.
- Jenis-jenis amal perbuatan kita sewaktu hidup.
- Tahap dan jenis amalan kerohanian yang kita lakukan ketika hidup.
- Takdir kita
- Jenis kematian – semulajadi dan tenang, ganas atau kemalangan.
- Jenis pemakaman (pengkebumian, kremasi atau cara lain)
- Ritual-ritual yang dilakukan berdasarkan pemahaman sains kerohanian oleh anak cucu dan sanak saudara kita (selepas kematian kita) untuk membantu kita di dalam perjalanan akhirat.
3. Siapakah yang mempunyai kemungkinan besar untuk menjadi hantu?
Seseorang berkemungkinan menjadi hantu setelah kematian apabila
- Mereka mempunyai banyak keinginan yang belum tercapai
- Terlalu banyak kecacatan peribadi, seperti panas baran, takut/khuatir, tamak dsb.
- Terlalu banyak impresi negatif di dalam minda.
- Ego yang terlalu tinggi.
- Mereka pernah menyakiti/mencederakan yang lain dan mempunyai sifat dasar yang memudaratkan
- Mereka kekurangan dari segi amalan kerohanian yang terdiri dari tahap-tahap progresif menyerahkan diri dari segi minda, jasad dan intelek yang dilakukan dengan hasrat untuk mencapai realisasi-Tuhan.
Hanya orang yang telah mencapai tahap kerohanian 50% (samashṭi) atau 60% (vyashṭi) dan memiliki ego yang rendah, mampu untuk maju ke rantau-rantau yang lebih tinggi seperti Syurga dan selanjutnya dan tidak menjadi hantu. Semua umat manusia selainnya, apabila meninggal, akan mendapati diri mereka berada di rantau alam Nether (Bhuvalok) dan Neraka (Patal). Kebanyakan jasad-jasad rohani di rantau Nether kemungkinan besar akan menjadi hantu. Semua jasad rohani (halus) di Neraka adalah hantu.
Adalah suatu kenyataan bahawa, walaupun seseorang memiliki budi yang baik, namun tidak memiliki kekuatan kerohanian secukupnya melalui amalan kerohanian, maka ia tetap cenderung untuk menjadi hantu apabila meninggal. Ini disebabkan ia akan diserang oleh hantu-hantu peringkat tinggi yang mula mengawalnya. Sama seperti di Bumi, di rantau lain alam semesta juga ‘kekuatan adalah segalanya’ dan hanya yang paling kuat akan bertahan hidup. Hantu-hantu (iblis, setan, energi negatif dsb.) peringkat tinggi, dengan kekuatan kerohanian negatif mereka, akan memperlakukan jasad-jasad halus dari ‘orang budiman’ yang mana kekuatan kerohaniannya lebih rendah, supaya tunduk kepada hal-hal yang bertentangan dengan keinginan mereka dan secara tidak langsung membuat mereka menjadi hantu. Selepas jangka waktu tertentu, jasad halus dari ‘orang budiman’ tersebut mengalah dan menjadi hantu yang memperoleh kenikmatan melalui menyengsarakan manusia atau memenuhi hasrat duniawi dengan merasuki manusia .
Pesanan moral di sini adalah, jika kita tidak melaksanakan amalan kerohanian berdasarkan enam prinsip dasar Kerohanian yang bersifat universal dan tidak mengurangi ego kita, maka kemungkinan untuk menjadi hantu setelah kematian kita adalah sangat tinggi.
4. Siapakah yang tidak menjadi hantu?
Mereka pada lazimnya adalah orang yang:
- Melakukan amalan kerohanian dengan hasrat untuk mencapai realisasi-Tuhan (yang muktamad/mutlak di dalam perkembangan spiritual)
- Kurang impresi dalam minda, kurang kecacatan peribadi dsb
- Memiliki ego yang rendah.
- Tahap kerohanian lebih 50% ( samashti) atau 60% ( vyashti)
Apabila orang-orang sebegini meninggal dunia, mereka akan pergi ke rantau-rantau/alam lebih tinggi iaitu Syurga dan seterusnya. Hantu-hantu tidak dapat mempengaruhi atau mengawal mereka oleh kerana kekuatan kerohanian mereka dan perlindungan dari Tuhan.
5. Tahap kerohanian dan hantu
Di sepanjang ulasan bab mengenai hantu ini, apa yang dimaksudkan adalah hantu-hantu tahap lebih tinggi,yang mempunyai banyak energi kerohanian hasil dari amalan kerohanian dan pertapaan yang intensif. Sebagai hasilnya, mereka memiliki tahap kerohanian yang tinggi dan kekuatan kerohanian yang banyak. Hal ini mungkin nampak bertentangan kerana seseorang mungkin bertanya, “Bagaimana seseorang boleh menjadi hantu jika ia memiliki tahap kerohanian yang tinggi? Kekuatan kerohanian seorang Saint (wali) pada tahap kerohanian 70% dan hantu atasan seperti ahli sihir halus (māntrik) dari rantau ke-5 Neraka mungkin sama sahaja. Namun, perbezaan-perbezaan penting di antara mereka adalah:
- Seorang Suci/Saint (wali) melakukan amalan kerohanian dengan niat untuk menyerahkan jasad, minda, harta, ego dsb kepada Tuhan supaya dapat bersatu dengan Nya.
- Hantu atasan atau seseorang dengan kekuatan kerohanian yang tinggi (yang setelah meninggal menjadi hantu) melakukan amalan kerohanian dengan niat untuk memperoleh kuasa ghaib (supernatural) agar ‘menyamai Tuhan’ dan maka itu memiliki ego yang banyak.
Seseorang Suci/Saint/wali akan mengidentifikasikan lebih kepada prinsip Tuhan atau jiwa (roh/atma) di dalam dirinya. Sebaliknya ahli sihir halus/subtle-sorcerer pula sangatlah berbangga akan kekuatan kerohaniannya yang dimilikinya dan mengidentifikasi diri dengan egonya iaitu, ke-5 indera, minda dan intelek.