Alum kaedah untuk membuang mata syaitan
Faedah tambahan menggunakan alum adalah untuk seseorang mendapat tahu bentuk tenaga distres. Apabila alum digunakan dalam ritual ia dibakar, frekuensi-frekuensi Raja-Tama yang dikeluarkan daripadanya terpeluwap dan bentuknya menentukan tahap distres.
Apakah yang anda perlukan untuk melakukan ritual ini?
-
Langkah 1: Doa
-
Doa dilakukan oleh orang yang mana ritual akan dilakukan ke atasnya menawarkan sujud kepada Dewa Māruti: ‘Moga-moga mata syaitan yang meliputi saya (sebut nama penuh) dibuang dan moga-moga (menyebut nama penuh orang yang melakukan ritual) tidak dipengaruhi olehnya.’
-
Orang yang melakukan ritual sepatutnya berdoa kepada Dewa Maruti untuk terelak daripada pengaruh tenaga distres.
-
-
Langkah 2: Mengambil posisi
Orang yang dipengaruhi oleh tenaga negatif dan ritual yang akan dilakukan ke atas orang tersebut duduk di atas bangku kayu yang rendah atau duduk menghadap arah Timur dengan lututnya ditekuk lengkung ke arah dada. Tapak tangan menghadap ke atas dan diletak di atas lulut.
-
Langkah 3: Melakukan ritual
Langkah-langkah diikuti oleh orang yang melakukan ritual.
Berdiri di hadapan orang. Ambil satu butir alum setiap satu yang bersaiz buah ceri (rujuk ke gambar-gambar di bawah) di setiap tapak tangan.
Selepas itu tutup jari, buat genggaman dan silang genggaman di hadapan badan anda. Genggaman mesti disilang seperti tanda darab.
Kemudian gerakkan genggaman dari kepala ke kaki individu yang terjejas, dalam arah bertentangan dan menyentuh lantai.
Hanya untuk permulaan tangan adalah bersilang. Semasa kita memulakan ritual kita perlu mengasingkan tangan dan pada sama yang serentak gerakkan genggaman kanan ke arah ikut jam dari kepala ke kaki dan genggaman kiri ke arah melawan arah jam dari kepala ke lulut. Apabila sampai ke bawah, sentuh genggaman ke lantai.
Selepas menyentuh lantai, ulang dari mula seperti di atas iaitu asingkan tangan dan pada masa yang serentak gerakkan genggaman kanan ikut arah jam dari kaki ke kepala dan genggaman kiri arah melawan arah jam dari kaki ke kepala.
Berikutan diucap apabila melakukan ritual ini ‘Moga-moga mata syaitan yang meliputinya oleh pengunjung, roh-roh, pokok-pokok, orang yang lalu, tempat, dibuang dan moga-moga dia dilindungi daripada penyakit dan kecederaan’.
-
Langkah 4: Perhatikan kesan-kesan selepas membuang alum ke pan besi yang panas atau batu arang yang membara
Selepas ritual ini, buang butiran alum ke pan besi yang panas atau batu arang yang membara. Jika alum hanya terbakar ke bawah dalam beberapa saat ke timbunan amorfus tanpa mengambil sebarang bentuk maka ia bererti tiada masalah.
Jika alum tidak mengambil apa-apa bentuk tetapi terus terbakar untuk masa yang lama maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa tenaga distres sangat kuat.
Jika alum mengambil bentuk seekor haiwan atau seekor burung maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb) menyeksa orang tersebut melalui medium haiwan atau burung.
Kadang-kadang alum yang terbakar berbentuk patung. Ini bermaksud ahli sihir menggunakan gambar orang tersebut dan melakukan ilmu hitam menggunakan gambar sebagai medium.
Kadang-kadang alum menjelma dalam bentuk tengkorak. Ini bermaksud hantu tahap rendah dengan ketagihan yang teruk menyeksa orang yang terjejas.
Sebab mengapa alum tidak digunakan walaupun banyak faedah berbanding dengan bahan-bahan lain: Jenis hantu adalah terbukti dengan bentuk alum terbakar, maka terdapat lebih kemungkinan serangan ke atas orang yang melakukan ritual. Hanya jika orang yang melakukan amalan rohani dan jika tahap rohani lebih daripada 50%, boleh dia melawan serangan hantu-hantu. Oleh sebab itu ritual ini jarang dilakukan.
-
Langkah 5: Melupuskan sisa-sisa
Sisa-sisa perlu dikumpul di dalam beg plastik dikedap dan dilupus ke dalam tong sampah selepas berdoa kepaDa Dewa Maruti bahawa tenaga negatif dalamnya dimusnahkan.